Friday, September 2, 2011

aidilfitriku aidilfitrimu jua-part 2

hokeeyyy...apa yang paling glamer masa raya..
balik kampung ooooo balik kampung
i'm coming home coming home tell the world...bla bla bla..

acara ni mmg fames, mestila kita nak beraya ngan family terchenta kan
even ada orang balik kampung tiap2 minggu pon, tetap x sama ngan balik raya.

time festive season pihak-pihak yang paling sibuk mengendalikan acara balik kampung ni:
  • Pak polisi (polis)- Ops sikap dll, nak pastikan rakyat Malaysia ikot peraturan & balik kampung dengan selamat.tapi kadar kemalangan ttp meningkat, (sbb ada yang degil & tak sabar ) Ye, ajal maut di tanga Allah, tapi x salah kot drive carefully.
  • Pemegang2 konsesi lebuhraya (ehem3)& LLM: PLUS &  MTD antara paling busy la, PLUS ada cadangan pejalanan (agak bagus kalau semua orang ikut), MTD pun ada rasenya. ada twitter utk info user keadaan trafik. LLM pon ada twitter. PLUS standby ramai peronda kat tepi2 highway. masa balik malam, kesian tengok2 pakcik-pakcik tu berjaga utk keselamatan pengguna. tu belum kira controller, technician, TC yang gerenti ada yang tak boleh balik raya. Yeay tu pemegang Konsesi (ehem3).
  • Bomba & Ambulans: yang sentiasa bersedia, biasanya pemegang konsesi akan hantar emergency response plan kat diorang. In case ada accident, da tau mana diorang nak kuar & stesen mana terdekat. 
  • Media (elektronik & massa): yang sentiasa update situasi2 terkini. yang memastikan pemandu kurang ngantuk masa drive (radio), dan macam2 lagi fungsi yang berkaitan.
  • peniaga2 di stesen minyak & RnR : memastikan pengguna tidak lapar masa drive, dapatlah kami membeli sebotol redbull, juga utk mereka2 yang x sempat sahur/buka di rumah masing- masing.
  • penjual-penjual lemang & ketupat : takkan la kami nak balik dengan tangan kosong kot. kalo balik umah mak mentua konpem kena kutuk belakang dengan ipar duai.
  • pemandu-pemandu yang rasa dia baya roadtax extra/ jalan tu dia bayar tol lebih ( reckless driver): selain dari membahayakan diri sendiri & orang lain, dapat la juga kami ni menghiburkan hati dengan mengutuk korang sepam dua. (tapi jangan kutuk sebelum bukak pose). selain tu income negara pon boleh bertambah dengan PDRM/JPJ menyaman korang. (ada sumbangan gak kat negara rupanya) takde lah...it just memang menyakitkan hati bila tengok diorang sangat reckless . pandulah dengan cermat, ingatlah orang tersayang. kalau korang xde orang tersayang, orang lain ada.
panjang lak citer.
sebenarnya aku bertolak balik kampung dalam pukul 9.00 mlm 27/08 hari tu. Alhamdulillah sampai umah safe & sound siap sahur lagi. ada la jem sikit sebab accident rasenya. ngantuk gak, tapi sbb sangat excited, x nak berenti tido pon, berenti just rehat-rehat, pekena nescafe setin dua ngan pegi toilet je.

kereta sangat banyak. ni kat Tapah rasenya. around kol 12mlm kot
    macam siang, padahal tengah malam ni...
    aku bertolak bali kajang lak 1/09 sebab 2hb da stat keja.. sempat singgah ipoh tengok anak shila yang bernama thaqif. comel seh... aku round2 gak la, tgk ex-project dulu, tempat lepak2 dulu..pehh down with memory lane..(mmg banyak memory :-))

    thaqif
    ni thaqif- hero shila & husbandnye

    hamikkk...jem nak exit simpang pulai.
    down memory lane la sangat, jem hampir sepanjang perjalanan. lepas tanjung malim kot baru okey ckit. smpai umah kol 9.00 malam..10 jam drive yuuu....tapi Alhamdulillah selamat sampai safe & sound gak. InsyaAllah, mak ngan abah nak mai cni ahad ni, semoga semua selamat..

    petikan buletin utama "dianggarkan 8 juta bijik tayar akan bergerak kembali ke ibukota"... 8 juta tayar= 2juta kenderaan ...hmmmmmm.....

    dzuli

    No comments:

    Post a Comment