Monday, November 7, 2011

apa yang kita sanggup korbankan?

Salam Aidiladha..
hari raya kedua sudah..
semalam kami mengisi hari raya di perantauan dengan melawat Pak Chaq aku..
dah lama x jumpa dia sebab dia selalu sakit and jarang dapat balik kampung..

berbalik ke tajuk asal..
apa yang sanggup kita korbankan
pengertian Hari raya Aidiladha tu bila kita mengenang semula kasih sayang Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S..
pagi tadi aku dengar dekat TV, maksud tersirat disebalik sejarah tu ialah rasa cinta dan kasih sayang
diantara:
Allah dan hambanya
suami dan isteri (Nabi Ibrahim A.S dan Siti Hajar)
ayah dan anak (Nabi Ibrahim A.S & Nabi Ismail A.S).

untuk zaman yang kita sedang lalui ini apa yang kita sanggup korbankan?
berbaloikah pekara yang sedang kita korbankan?
berfaedahkan pekara yang kita sedang korbankan tu?

situasi 1:
kita korbankan masa bersama keluarga untuk mencari duit, sedangkan salah satu pekara yang takkan kembali itu ialah masa.

situasi 2:
kita korbankan keluarga demi cinta (applicable kepada cinta sesama manusia)
sedangkan yang mencintai kita tanpa syarat itu kedua ibu bapa

situasi 3:
kita korbankan solat untuk pekerjaan
sedangkan rezeki yang kita dapat itu mestilah tak berkat.


contoh2 kat atas ialah antara pekara2 yang pernah aku buat dulu...aku sedang cuba memperbetulkan diri.
bila difikirkan balik ada pekara yang aku buat tu good for nothing..

so...sempena hari raya korban ni, aku berharap biarlah pekara yang aku korbankan memberi faedah kpd diri sendiri dan orang-orang sekeliling...

untuk kerjaya aku sekarang, aku berkorban or aku terkorban????


dzuli

No comments:

Post a Comment