Tuesday, May 31, 2011

long month just ended..

 may ni terasa sangat panjang
mana taknye..
aku handing over zon 1 kt ipoh, farewell party en lan ngan azahar,pegi HQ (for the last time for this time being), balik penang, pindah kajang, keja baru, jumpe kawan  (zu)
syukurlah da 31 may...
InsyaAllah..harapnya Jun akan lebih baik
learning process lagi..

terkilan juge
boss aku msg aku mtk balik microwave tu..alamakk
rasa cm x berbaloi je SMS aku just for that thing
selama aku keja tak pernah aku amik ape2 pon dari site
mulalah aku nak ungkit
x baik..sabar2
gaji kena potong almost RM 700
padahal aku berenti on time, cuti pon 3 hari tu siap inform lagi
sampai hati betul HR
ex-housemate mintak ganti kipas bilik
aku tak rasa aku yang wat rosak
bukan aku gayut kat kipas tu pon
kalau taknak pulangkan deposit aku,
belilah kipas stand tu
cukup la kot
kadang2 fikir
it is hard to appreciate someone
or everything it start with M
x kisah la orang tu pernah stay ngan kita ke
tolong kita masa susah ke
Just Ingatan untuk diri aku
Sabar dzuli..kau kan janji nak tinggalkan semua perangai buruk kt ipoh
last2 semua aku x jawab...muahahaha..

dzuli

Sunday, May 29, 2011

Davids Dinners

sebelum aku meninggalkan kem syed putra ipoh...aku telah paksa en azli blanja aku kt cni..sbnrnye aku tak ingat nama dia david diners/david place hahahaha....

x sempat pon amik gambar interior sebab masa tu tak bawak camera pun. so gambar2 makanan pon hanyalah bertaraf camera henfon 1.3 Mp.

location dia dekat greentown business centre ipoh..sebaris ngan simpang 3

menu aku ngan en azli. chicken BBQ ntahapekebenda

menu ni pakej lengkap sekali ngan fruit juice, soup (chicken/mushroom),and ice cream juge. kalau tak salah RM 11.90.

menu cik tun.salmon steak

 yang ni kalau tak salah RM 23.90. potato bakar tu sedap (dr curly fries dlm menu kami tu). yang ni pon sekali ngan juices, brownies ice cream.
honey dew juices
chicken soup standed pizza hut


dinner rolls standed beli kat tesco
 nak kata sedap sangat tak la..x sedap pon....bolelah juga..kalau nak kelainan bleyla try..



dzuli

Tuesday, May 24, 2011

UBSB...

 Bagaimana Aku disini... (entry ini panjang gila)

 2 minggu lepas grad..aku dapat call untuk interview kat Pembinaan Tegak Sdn Bhd kat port kelang..masa dalam bus nak p KL, seorang akak call untuk intervw jugak, tapi kat ipoh..tapi aku mtk nak interview kat HQ sebab kebetulan aku dah p KL. akak tu pesan suh bwk FYP report..alamak..aku dah dalam bus.Syukurlah bwk pen drive yang ada sikit2 FYP tu

hari Jumaat yang penuh berkat (x ingat tarikh da., tapi around may 2009), aku p interview dengan ditemani oleh Lin..Expectation xde sebab xkan la construction nak amik pompuan (pikiran tipikal fresh grad yang low self esteem) Naik komuter kol 8, sampai shah alam ngam2 kol 10.00 pagi.

yang interview masa tu En Kadir ngan En faris (resign sudah).. sangat lama intervw itu..almost 1 hr. Last2 En kadir kata " aku bg kau satu special task, kalau ko bley wat ngan sukses, ko keja cni..boleh datang this monday?"...wahhh....tapi aku mtk kat dia selasa mmndgkan masa tu da hari jumaat..nak balik kemas barang lagi. En Kadir siap carikan aku rumah sementara juga..Thanks Aliza..

1st tugasan aku, report of defect untuk Kem Gemas. DLP da habis, tapi defect sangat teruk, structure pon involved. En Kadir seems so satisfied with my report.. Hantar kat Dato' tu.. Bangga? of course..saya budak  baru masuk keja 2 hari. Ingat conclusion untuk report aku "....because we are responsible contractor..." membuatkan En Kadir puji aku melambung2...

after that..aku diambil kerja kat UBSB with contract basis 2 tahun.  and aku di transfer kat ipoh..
pernah secretary bos aku citer

secretary: Bos, kenapa u amik that girl..kan sebelum ni da ramai datang interview
Bos        : Ntah, I have trust in her

sampai sekarang aku masih rasa sangat bersyukur sbb Allah bukakan hati bos utk appoint aku..

2 tahun peristiwa tu berlalu...banyak sangat yang aku belajar dan lalui kat sini. Aku bukanlah bagus sangat. kalau buat graf prestasi kerja aku..mesti zig zag naik turun. ada masa aku rasa cam pekerja cemerlang, ada masa aku rasa cam loser makan gaji buta..

En Kadir is a people deserve to call boss, aku pernah wat piling report utk company, dia sangat bangga sbb report aku tu bagus (bagi dia) siap boasting kat boss Target lagi. dia gak pandai guna psikologi utk staff dia, sbb tu turnover staff UBSB x teruk. En Hafiz, En Din, Kak Miza, Abang Lan,Mr John semua da keja kat UBSB 8-10 tahun tau. Time dia marah mmg takut but he is respectable.

Gaji kat sini..Alhamdulillah..antara yang terbaik (orang kata) 2 kali increment within 2 years. Ada bonus, ada duit raya. mmg syukur sangat  medical ada, claim pon ok, kebajikan pekerja pon Ok

site environment tersangatlah seronok.. mula2 aku diajar oleh seorang site supervisor yang hensem bernama En. Karim. He treat me like his sister. Ajar banyak menda..amik level, site supervison, sedikit management sbb dia experience almost 10 tahun. setakat ni he's still single. kalau berkenan PM me..haha. After 2 month dia kena transfer pergi sarawak. sedih..dia yang paling terrer teknikal la.. Sekarang dia ada kat Setiu, keja ngan SPK

sorang lagi Bro aku is En Muzie. RE kami..sporting tapi kalau kerja sangat serius. kadang2 kena marah..tapi pas kena marah kuar minum & main badminton sama2. En muzie juga ajar aku banyak pekara teknikal..sampai sekarang he still my mentor. dia sudah kawin anda ada sepasang anak yang cumel. tapi dia juga hensem hahaha...

Azahar..can i say that he is my best friend at site? Bolelah.. dia sub kon jalan. mula2 macam mat rempit sejati. masa dia kol aku " cik, kami da peg jalan, boleh check" apakebenda peg jalan..hahaha..tapi masa tu En Karim ada lagi..selamat. Then dia masuk full time kat zon 1..banyak sangat aku belajar dari dia technically. dia bagus kerja..tapi bising..hehe..juga tempat yang baik untuk dengar masalah. Dengar sahaja, bukan setel.. dia ada kat site kami setahun lebih. xpe dia x baca blog aku, tapi bagi aku dia sangat pandai bekerja even dia bukan lulusan diploma or degree..

Cik Tun pule kak arkitek yang serius masa kerja..tapi kami geng..kami jelah wanita kat site lepas liza berenti. sangat sesuai diajak meronggeng, jalan2 cari makan/cari pasal. sangat matang, x banyak cakap..tapi kalau mebebel sakit gak la telinga. Easy going. kami penah p KL, penang & sg sedim sesama..suka travel juga..dia da p europe, india dll...

Azrul plak site engineer RC cergas (sub con terbesar kami). sangat rajin. benda2 structure aku blaja ngan dia. cmne nak inspect reinforcement, check drawing, shear wall semua ngan dia. Bakal kahwin 4 June ini ok..dia juga sudah ada di Pekan ngan en muzie

En Lan COW C& satu cmpny ngan En muzie dulu..loud and frank, x simpan dalam punye. specialist dalam Infra. dia juga da tinggalkan UBSB sbb kontrak da habis. InsyaAllah bulan 6 ni akan start tempat baru di ipoh juge.

En Azli..ni supervisor site aku.. mmg bagus PR dia ngan client, kelebihan dia mmg PR la..senang nak deal ngan client, semua mejar2, kapten2 kat kem syed putra tu dia kenal. Dulu x ngam sangat, lama2 kami da boleh jadi team yang baik terutama bab cover2 bila ngular/datang lambat

Liza..TA kat cni..tapi dia dah berenti dari tahun lepas due to certain problem. ni pon geng gak luar waktu keja, pegi tengok wayang, lepak2, makan2..mulut mmg laju ckit tapi baik hati. sekarang dia ada kerja kat ipoh lagi.

Last but not least PM aku..hehehe..what to say..nothing, tapi ada la jugak benda aku blajar ngan dia hehehe

Ramai lagi orang kat site ni yang bagi aku ilmu secara rasmi/ tak..contohnye uncle chew (RC) dia seorang bos yang dihormati, Mr Choo Soon Plumbing, mulut bising, kerja bagus, Abang kamal, En Mazli, Meng LTF, Ah Yong (RC), Alex RC, our client representative Mr Bala, Mr John M&E coordi UBSB...hmmm..credit to them..

Yess, projek aku delay almost 4 month, tapi syukurlah siap juga xde major defect..sangat banyak halangan macam sub con lari, kena wat kerja 2-3 kali (khas untuk RC, Arena Perintis & Tiler), barang hilang, pekerja mogok, approval lambat, authority wat pasal and client cerewet..tapi tulah, semua nya dipanggil pengalaman kan.

kenagan mmg banyak..even hanya 2 tahun je aku kt ipoh, dulu 2 kali seminggu main badminton malam..mmg best selain dapat mengurangkan lemak2, kalau bulan pose mmg glamer xtvt bukak pose sama2, kalau subkon blanja..Alhamdulillah, kalau x belanja kami kongsi2. Breakfast sama2 mmg acara harian la. biasanya kat  Restoran Halimah Bachik sbb paling dekat dan sedap. kalau kami semua ada keja kat zon 1,  kat Hotspring Kopitiam. masa ni lah nak gossip, nak plan kerja or plan aktiviti lain.
kalau kami semua ada masalah, mmg senang diorang tolong, contonye masa aku excident, or ada orang gaduh2 kat site, angkut barang balik rumah/ pindah2mmg senang sebab mostly diorang ni ada 4wd/van. so bolehlah mtk tolong kalau perlu, blanje minum je.

kadang2 kami juga bertindak ala2 welfare, contohnye dulu ada sorang subkon aku mengalami krisis rumahtangga yang serius, cik tun ngan liza susah payah tolong apa yang patut . ada sekali shuib (site supervisor gak) bergaduh ngan sorang indon, diorang2 (yang laki la) tolong settlekan.

mmg best la environment aku 2 tahun lepas. dok ipoh tapi gaji KL..best kan? rumah aku mmg comfort. 2 storey teres. ada plasma screen 32 inch,astro, dekat ngan town dan segala mak nenek benda termasuk old town,mcd,dan cafe2 lain yang penting untuk aku cari wifi hehehe..housemate mmg bagus..wawa,za,wani,aida..semua satu kepala...kadang2 kami hangout carik tempat makan, karock, p gerbang malam...kalau bukan dengan diorang, aku keluar dengan kak syidah. dulu masa kt Uni kami tak close sangat, tapi da jodoh bertemu kat ipoh heehehe...aktiviti almost sama, kuar makan, shopping, tengok wayang, mandi sungai or pegi melawat cik ani. paling extreme pun kami p KL balik hari ngan cameron highland...

apa yang best kat ipoh....hmmm...bagi aku its ok as a place to bermastautin dengan lama, x sibuk sangat, x mundur sangat, peaceful, banyak tempat ronggeng selain dari shopping complex, dekat ngan kampung aku wahhhaaa(penting tau). tempat2 makan dia mmg best2.

mak ngan abah suka lagi kalau aku still kt UBSB...tapi aku yang tengah adrenalin memuncak2 ni..nak cuba dulu.aku harap diorang restui aku. aku pon satu wat decision dulu baru mtk restu diorang hahaha.....

aku juga lepaskan semua comfort aku (duniawi tu), Tv plasma aku hantar balik rumah, astro aku da potong, insurans satu aku da potong, aku reduce duit simpanan dalam ETIQA aku..hmmm. kt sini aku nak hidup lebih low profile, maklumlah gaji makin kurang, expenses makin bertambah. mungkin ni satu pelajaran untuk aku lebih berjimat cermat kan. gaji pulak reduce. mesti orang kata aku bodoh sbb transfer tempat yang gaji makin reduce (actually sama je, tapi site dapat elaun). I think this is a price to pay for an experience and ilmu kot..

aku tak kata UBSB ni yang terbaik, ada jugak keburukan tapi x yah la citer, lagipun tempat aku dan lain2 mencari rezeki yang halal dan ilmu yang bermanafaat kan

Despite semua yang bagus ni, kenapa aku nak keluar jugak. the answer is experience, ilmu & opportunity..kalau lepas ni aku ada peluang dengan UBSB semula..InsyaAllah..aku join. aku nak experience in organization, ilmu dalam highway and opportunity untuk IJM bukan datang banyak kali. So i'll give a try, hopefully Allah mudahkan segalanya untuk aku..


dzuli

wahahahahaha entry panjang gila... syukurlah aku da melapor diri kat IJM hari ni,,

Wednesday, May 18, 2011

falling in love again...


aku jatuh cinta lagi...
letih sangat
da tak larat dah
kalau frust cmdoh macam ari tu camne
nak mengharap...sorry lah..not anymore kat mereka yang bernama manusia ni..

tapi perasaan aku sebagai wanita kan..
xpe lah..i decide to give a try.........
kerana cinta itu satu fitrah...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Lee Kikwang plak...Jang Geun suk..sayonara :-P

















dzuli

handover sudah

16/05/2011
-projek kami secara rasminya da diberi kepada empunya tapi zon 1 sahaja..
ok lah tu.pagi2 pegi MSS ipoh..kena ketuk dulu ngan BPKP sbb wat keja syok snndri..yela x de sapa guide..kami wat je lah apa yang diorang suruh.
- 10.00 a.m drive balik opis cam orang gila sbb ada kena wat proper filing utk inventory list.
- 11.00 a.m syukurlah..ngam2 siap and meeting pon start
-maka rasmilah zon 1 da jadi milik diorang
-rasmilah juga aku ada 4 hari je lagi kat kem syed putra ni.

18/5/2011
- 6.00 a.m bertolak dari kulim sbb kol 9.00 ada inspection ngan team ambil alih projek
- syukurlah selamat sampai sblm kol 9.00 a.m hehehe
-berpeluh2 sampai tensen dok try kunci cam ada satu game show dulu "buka & menang"...tapi aku buka x  menang2 apa2 pon hahahaha..
-Alhamdulillah, everything seems so fine so far. team ambilalih ni ok gak..x banyak songeh sangat
-lega jugak dapat kuar dr UBSB ngan dpt tengok upacara pengambilalihan projek walaupon secara x rasmi..ok lah kan..

settle satu...next one is coming up...but I can't be there..sedih...


another 2 days to go and i'm so nervous..




dzuli

Saturday, May 14, 2011

the eyes that smile

Lee Joon (MBLAQ)...ninja assasin ni..jangan memain

Lee Kikwang (BEAST)....(dikatakan litlesheep lee...kuat kena buli kot)

gambar:google


ape yang 2-2 orang ni ada persamaan?
1)k-pop idol....betul la tu...
2) orang korea...dah K-pop idol
3) hensem.....mesti
4) nama diorang start ngan LEE.....err..buleh la


what i love the most about them is
they have an eyes that smile..(betul ke ayat)
or they smile with their eyes....ape2 lah

bila diorang senyum....mata jadi kecik...cuteeee..
sapa2 yang senyum cmni..otomatik akan jadi hensem/chantek utk pandangan mata aku
tu je...
saja nak mengarut...

this monday projek handover...YEAAAAAAHHHHHH.....3 years of effort worth....

dzuli

Wednesday, May 11, 2011

Farewell Party lagi




okey..
mula2 en muzi ngan azrul, pastu wani..sekarang giliran en lan ngan azahar pulak..
en Lan sudah tamat perkhidmatan ngan UBSB & JBSB juge
Azahar sudah habis kerja2 kat ipoh ni..
so, 2-2 orang ini akan cargas la.
tinggal la aku yang masih setia, walaupon aku yang antar resign letter dulu hahaha

mula2 dirang nak karaoke
aku xmo da join..cik tun lagilah taboo
last2 kami makan kat sini je

this is not my 1st time being here, tapi 1st time amik gambar hahahaha..

ada macam2 jenis bubur, tapi kami x amik pon, amik gambar je sbb presentationnya chantek

yang menimbun didepan akak itu ialah ayam kampung goreng

set yang kami order (utk 6 orang la)
menu2 dia:
ayam kampung goreng
siakap 3 rasa
ketam goreng kari
udang petai
kailan masak apentah
tomyam
kerabu mangga
air tembikai ngan kelapa laut
tambahan sotong goreng tepung
semua RM 130..(terima kasih Arena Perintis)

2 orang yang diraikan + seorang otai UBSB

ada liza juga malam tu..long time not seeing her hehe
okey la Wish u all the best
kalo da kaya jangan lupa kami (merujuk kepada business baja diorang)

sambungan itu
pagi tadi
aku p bekfes ngan cik tun saja..(da x meriah uolss da)
kami usha port baru

dekat kampung rapat (credit to kak syidah sbb suggest)

sini ada akok panas, sedap sbb x manis sangat. kenapa tinggal 1/2, sbb aku test dulu
kerana aku tamak, nasi dagang ikan + ayam hamekawww

credit to cik tun sbb blanja (sbb aku x bwk duit hahaha..wat malu sungguh)


dzuli

Tuesday, May 10, 2011

Tender Site Visit


pagi2 tadi kak zarina call suh check website kementerian perumahan dan kerajaan tempatan. dia kata ada site visit untuk tender projek bomba kat ipoh. Masa aku check x de pun..

tengah bersukaria bekfes wat kali terakhir (setakat ni la..) ngan azahar ngan cik tun (akak ni blom terakhir lagi InsyaAllah), En azli call bgtau yang En Kadir suh p tender briefing ngan site visit..Aduii..malas bebenor.

Tapi pegi la jugak, betul gak kata member aku, untuk experience kan..bila lagi nak try2 jadi boss hahaha....biasa yang mai tender briefing ni boss/Qs rasenye

kami pun pegi bangunan persekutuan. Projek ni membina pejabat pentdbiran untuk bomba kot, ada bangunan cam setor gitu la..5 tingkat kat Meru, Ipoh

yang paling x boleh blah, pegi site visit 12.30..panas gila...masa ni tengok betapa ramainye kontraktor kat Malaysia ni. Projek ni untuk kelas A.. tengok site 5 menet je, pas tu balik hahaha... Urusan seterusnya kami bagi kt HQ utk settlekan

beramai-ramai meninjau site

tuuu dia keta2 kontraktor, ni baru satu side je

berkumpul untuk serahkan borang, tanda kami telah melawat site

aku doakan UBSB dapat projek ni. maybe ada engineer baru akan dapat peluang macam aku dapat 2 tahun lepas hehe..


dzuli

Monday, May 9, 2011

Sunday, May 8, 2011

hari emak

yaa..mothers day today..
mmg aku ada baca yang mothers day bi satu perayaan yang melibatkan agama lain
tapi aku pernah tgk seorang ustaz dlm TV wat ulasan yang kata kalau kita meraikan dengan niat yang baik, macam untuk eratkan hubungan kekeluargaan/ utk wat mak kita rasa di" appreciate" boleh..

hari emak saya ialah hari-hari (wahaha) bagi saya
mmg kadang2 kami berselisih faham
terutama bila aku nak bertukar stage hidup
macam dulu2 after form 5, masa form 3
dulu mmg kuat rebel.
masa tu mmg banyak la konflik
situasi dia macam " ala mak ni x faham i"

then masa study kt poli (5 jam perjalanan naik bas dr umah)
aku mula belajar appreciate mereka
homesick x yah cakap la

pas tu mak ngan bah pindah perak (7 hrs pejalanan) lagi lah...

after poli..aku pegi keja kat KL..mula2 abah x bagi, tapi mak yang persuade abah so he can let me go

mungkin masa buatkan kami lebih kamcing
mak aku teman bergossip
tempat aku citer kalau aku crush or frust..(tapi not in a frank way)
untuk ajak shopping raya
untuk ajak p pasar malam
mak aku gak yang masak laksa tersedap untuk tekak aku
mak aku yang masak utk open house masa kt uni utk kawan2 aku
macam2 lagi...

mmg kami berlainan pendapat
tambah2 sekarang bila aku mula nak menentukan hala tuju karier aku
its like:

mak: keja la gomen
aku: x mau..boring

mak: keja la opis, bley pakai lawa2 dan ayu lagi
aku: x mau juge, boring kot..sonok gak dok site ni

mak: keja la kat area2 utara ni
aku: ala mak...ai nak berjalan2 dulu

mak: bila nak kawin
aku: aaa..err...when I met my prince charming + mr right...sekarang semua mr wrong hahahaha
mak: ish2

mak: jangan la kuat berjalan sangat, simpan duit untuk masa hadapan (iklan ASB disini)
aku: jauh perjalanan,luas pemandangan mak..


harap2 restu mak aku mengiringi perjalanan hidup aku yang baru 2KM ni, kalau boleh nak pergi lagi 4000Km++ mungkin..

despite all the ketidaksamaan pendapat..aku still sayang mak aku in my own way
ada satu hadis "sedekah kan Al-fatihah kepada ibu bapamu (yang hidup/yang sudah tiada), nescaya rezeki tidak terputus"
rezeki itu termasuk juga jodoh,kebahagiaan,kesihatan yang baik ye kawan2..

Al-Fatihah untuk mak & abah juge..

saya dan mak saya...(composition gambar sangat x betoi..maybe diambil oleh najah yang xreti guna rule of 3rd)



dzuli

Friday, May 6, 2011

Coring Test-premix


coring test ni utk tau ketebalan premix (Asphaltic concrete) yang kita lay kat site. Oleh kerana design kami 100mm (ACBC+ACWC)..so kami kena bagi dapat 100mm juge.
kalau kurang..ai potong payment uolss..ada beran?

ni alat dia utk core premix kami. mmg sentiasa kena buh air kat inlet tu supaya premix kami dicore ngan chantek sekali. Technician tu kata, kalo x buh air premix akan pecah2 sebab proses drilling ni panas


ni lubang yang tinggal


brader ni tengah busy drilling


tu dia sampel. yang ni lulus taw..ngam-ngam je 100mm (setakat plus minus sikit tu ok lah kan)

5 ketoi sampel dari zon 2 (utk zon 1, 3 ketoi sahaja)


bukan untuk coring test (tapi perlu utk p ke destinasi coring test ittew)

actually kami wat lebih sikit sample, almaklomla, ada yang tak cukup thickness. kepada sub kon di luar sana, sila jangan curik ayam. nasib baik ni jalan biasa aku bagi lepas la (it hurt my integrity opkosss) kalo highway/jalan persekutuan hatta jalan kampung sekalipon, takkan ku benarkan korang menipu rakyat....:-)

dzuli

Tuesday, May 3, 2011

StraiTs Quay Heyyy


weekend ari tu...aku dan najah bergedik2 nak p straits quay yang kunun2 baru dibukak kt penang..selain itu kami juge mahu mengepau kacik yang baru dapat Bonus setelah hampir 3 tahun bekerja di salah sebuah syarikat telekomunikasi pioneer negara (hahaha)

pagi2 buta (x la pagi sangat around 10.30) kami pon meredah jambatan pulau pinang. Dengan bantuan GPS dan ditambah dengan sesat (ada GPS pon sesat jugerr) ditambah lagi dgn kesesakan yang x hengat kerana cuti 3 hari kan..

Akhernyaaaa...

Ni Charlie Brown Dessert Cafe...tapi cam non Halal je...so amik gambar sudahlah..

sebab lapar sangat...lepak Pappa Rich..cepat la ko kaya Pappa ooi...tapi kt cni ni je lah tempat makan yang murah sikit. Tapi najah punya oder tak sampai2..last2 give up je hahaha..

Mocha ais najah.

Sementara tunggu kacik..kami jalan2 kat tepi laut..Peh..syok sungguh, kalau x panas lagi syokk. dekat kol 1, kacik sampai...dia bawak adik kesayangan dia p makan subway sbb dia pon lapar, najah pon lapar sbb oder dia cancel kat pappa rich tu,,

Excuse me...I x makan ok...tapi I rasa je sandwich diorang..hahaha..

Dah abih makan..kami pon bergedik2 dalam straits Quay tu.. Tak banyak lagi outlets..ada pon outlets mahal2 dan tak sesuai langsung ngan I, contohnye macam Versache, Selangor Pewter dll..apekehalnye aku nak beli barang2 gitu.. Restoran pon banyak yang Non Halal bar concept..yang biasa2 just Secret Recipe, Dome, Pappa Rich, Subway ngan Starbucks ajer..

Satu outlets best utk pembuat kek mcm kakcik itu..ada banyak baking pan, ada cake premix and macam2 baking appliances. Harga utk bahan2 mentah Ok, harga utk baking pan and stuff mahal ooh..

hari ahad ada flea market..najah sangat berkenan cincin 2nd hand tu..tapi dia trauma filem I am number Four ngan jangan Pandang Belakang hahaha..

Tempat ni dipenuhi ngan mat2 dan minah2 kamera..termasuk aku hahaha..comel wess..

Dah letih merayau2 kat situ...Tiba-tiba ada orang nak belanja Seoul Garden...yea..yea..dapat jadi Korean wannabe.. tapi kami pi kat Juru Auto City tau..taraf patah balik..

TQ kacik..dengan ini semagat saya nak kawin ngan Jang Geun Suk semakin berkobar-kobar.
harga buffet tak murah gak RM29.99/Pax..tak masuk air tau..teringat makan kat D-11 sarawak ari tu..sama je standard makanan..

Dah setel makan..kami bergedik2 lagi kat Juru plak..cehh..tapau Subway Sandwich utk abah ngan Cookies utk mak..pas tu baliklah.ape lagi..
tak selera nak ke Jusco bagai sebab trafik amat menyakitkan hati..

gambar2 lain ada kt my flickr..x lalu nak upload dlm ni banyak2.

Tapi mmg best hangout with my sis..:-)



dzuli