Thursday, October 27, 2011

hepi deepavali

Masuk office Pagi ni ada emel,
Dzuli, please attend meeting at LLM ...
Heh.. aku x pakai shirt... pkai t-shirt blouse je.. mesti huduh nmpk stgi.
Aah... tensi...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, October 23, 2011

Here we come-melaka

well, hello there (bajet anwar hadi)..
setelah almost 2 minggu aku tak  melayan blog ni
sebab kesibukan jiwa yang melampau batas.

ada la 2 entry yang aku wat masa kat opis guna gambar dalam henpon
tapi aku masih nak blogging. ada org baca ke tak ke aku tak peduli. it is for myself to share..(even not to the whole wide world or 100000 followers yang hanya follow tapi tak baca miahahahaa..
okey cut the crap.

last saturday, 1 lagi wishlist kat belah kanan blog aku ni dapat.. aku p Melaka babeh
sorry to say, it is not exciting trip..tau tau whats the problem is.. Maybe we are bit overage for the Melaka excitement (zoo, taman buaya, menara tamingsari and stuff..) or maybe we went with too tight budget..(biasalah zaman ekonomi diri sendiri menurun)

sampai je kami pegi bandar hilir la...its really change. last aku jejakkan kaki kat bumi hang tuah masa darjah 4 (kalau x salah..very2 purba dahulu).

waterfront
melaka waterfront-bolelah tahan

beca bewarna warni
beca-nak bergambar pon kena bayar uolss...

lepas tu pergi Jonker Street. aku sangat teruja kat sini sebab boleh try street photography yang sangat aku idam-idamkan tu muahaha. banyak sangat kedai makan yang menarik. tapi kebanyakkan tak halal la..adik2 aku skeptikal ckit. jangan harap diorang nak makan/minum kat kedai non-muslim.
jonker street ni tempat cari souvenir, banayak kafe2 china, guesthouse pon ada rasenye.

Jonker street
Jonker Street
on that day, cuaca memang panas la. 2 org budak ni da tergedik2 da tak tahan. aparaaa..x tough betul. last2 kami masuk dalam satu mall ape ntah dekat dataran pahlawan tu. refresh ckit. tgk satu pameran yang membuatkan aku rasa loya bila teringat balik...pegi makan pizza yang service cam haremmmmmm....

lepas tu kitaorang pegi usha pantai klebang. pantai ni sangat tandus ok. pasir putih, lapang gila. ramai main layang-layang,sesuai la sangat sbb pokok2 tinggi pon x ada.

my little sisters
my 2 sisters at the deserted island hahaha

flip-flop
3 selipa jepun milk beta
here come the best part in Melaka, original coconut shake klebang. tepi jalan otw to pantai klebang, nampak ramai2 manusia beratur tu..itulah dia...
almost 1/2 jam kitaorang beratur sebab nak try test yang kata sedap sangat tu....
tapi aku rasa sama je macam yang aku beli kat putrajaya haha..tapi portion besar, harga murah...kami beli jugak air kelapa dia, air kelapa dia memang sedap...x campur gula, ais sikit je...isi kelapa banyak...mmmmm...

klebang coconut shake yg femes
abaikan awek hot tu

tapau style
tapau je, minum dalam keta

dah setel misi-misi ni kitaorang balik. mesti pelik sebab tak try ikan bakar kan? adik aku nak balik awal sebab dia nak pegi big bad wolf bookfair haha..ikan bakar bagan lalang pon bolehhh






dzuli

pulut mangga



It's been a while since my last time eating this delicious pulut mangga. Dulu selalu jual dkt pests barangan Thailand tu. Farhana la iklan kat aku ada pulut mangga kat Sofina tomyam, dekat dgn pintu masuk precint 14 putrajaya..
Terbaik uolls...pulut yg creamy. Mangga yg manis..harga Rm6 sepinggan
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, October 20, 2011

hasil rembatan kat big bad wolf

Last 2 weeks ada the largest bookfair iaitu big bad wolf bookfair. Aku pegi pun secara x sengaja ngan housemate. Mmg banyak gila and murah gila-gila.. buku jamie oliver hardcover 25 hengget je. Tapi aku bukan suke masak pun haha.. kewangan agak constraint, so yg korea chic tu je aku punya. 2 lagi aku beli for my sister
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, October 18, 2011

my family

Gambar ni kami capture sblm hantar mak and abah kt kelana jaya utk mereka berangkat ke tanah suci. Pemergian yg disusuli air mata dan doa supaya mereka dpt haji yg mabrur. Mak ada call 2 kali dr kota madinah. Syukurlah mereka masih sihat. Semoga Allah permudahkan semua
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, October 17, 2011

saya yang malas

saya terlalu malas utk memblog..
my parents da selamat sampai di kota Madinah dan Makkah
saya sudah pergi Melaka
sayajuga pegi Bg bad wolf bookfair
saya MC hari ni..
keja saya di opis banyak
saya mengharapkan bonus

dzuli

Sunday, October 9, 2011

majlis semarak aidilfitri-IJMHS

cerita almost lapuk
jamuan raya ni 27 sept hari tu..
agak simple but meriah
LEKAS bolot semua hadiah
persembahan terbaik dengan gerai terbaik...
makanan sedap
persembahan simple, tapi OK la..

so..malas nak cerita panjang..
hehehe

sebelum jamuan

persembahan budak2 LEKAS-para2 dance

menang uolls, jangan main2

gerai tercantik pun menang jugak..
all pictures: credit to FB shamsidar sulaiman



dzuli

Thursday, October 6, 2011

tak terluah dengan tulisan

last  week and this week maybe minggu paling busy dlm sejarah 4 bulan bekerja dengan LEKAS (ye ke hahaha)
banyak sangat rasa nak tulis dlm blog utk kenangan diri aku.

  1. jamuan raya IJM toll division- simple tapi menarik
  2. KIK convention kat LLM- very informative, jumpe kawan lama
  3. ADIDAS run- sejarah aku keja 12 jam (da buat entry)
  4. PCA tender dan sampai stage tender interview
  5. customer service training- simple tapi bagi impact yang baik utk diri sendiri.
nnati la..weekend ni ke baru citer2..rugi pulak kalau x tulis2 memori2 ni...

*maybe aku makin nerves sbb mak ngan abah nak berangkat ke tanah suci 5 hari lagi...




dzuli

Wednesday, October 5, 2011

seminggu lagi

InsyaAllah dlam seminggu lagi, mak and abah akan menyahut salah satu seruan Allah & rukun islam ke-5 iaitu menunaikan fardhu Haji.
semoga perjalanan mereka selamat, penuh keberkatan dan dikurniakan Haji yang mabrur
begitu juga dengan jemaah yang lain yang datang dari seluruh dunia.

Sebagai anak, aku hanya boleh mendokan yang terbaik untuk mereka
semoga mereka selamat pergi & selamat kembali
selama 27 tahun aku hidup dengan diorg, paling jauh pon hanyalah kuantan-perak.
now, 45 days berjauhan beribu2 batu dengan diorang.
tapi aku kena sabar...benda bukan main2..
bukan selalu dapat pergi sana
so, gunakan masa & kesempatan yang Allah bagi sebaik mungkin.

Semoga Allah permudahkan yang lain-lain jugak
urusan cuti aku (supaya dapat hantar diorang dengan tenang)
urusan adik2 aku
supaya aku ngan abang boleh menjaga adik2 aku 2 orang yang boleh tahan nakal tu baik2 selama diorang ada kat sana.
kena jaga baik2 supaya mak ngan abah tak susah hati masa buat ibadah nanti
bukan jaga apa pun, just pasikan diorang jaga diri baik-baik je...

So..InsyaAllah...semoga semuanya selamat

dzuli

Monday, October 3, 2011

ADIDAS king of the road-part 2

so, sekarang aku nak cerita camne kami menghandle  events ni.
According to our PR, NPE is a co-host with adidas is a main sponsor with Sunway.
ape-apelah aku pon tak paham camne.

NPE as the co-host
inilah banner dia
mula-mula semua perempuan di-assign untuk water station, tiba-tiba last minit tukar, perempuan technical department kena jaga road closure.
1st impression aku WTH, perempuan sorg-sorang kat simpang yang gelap, kul 3.00 a.m..
then aku lega sikit bila tau ada partner ngan sape2.

episod agak hampeh bermula

10.30 p.m- aku ngan tech.asst aku bertolak dari umah aku. aku ingat simple je sbb aku penah pegi NPE tu, tiba-tiba aku salah jalan termasuk SKVE....walawehhh jauh dol, kena masuk LDP pastu dok pusing2 LDP ngan pusing2 NPE sbb aku termasuk PJS 2 la, PJS 5 la..aku sampai agak lewat....ooh..tensi, lebih dari RM 10 gak la toll kena bayar...

12.15 a.m- gather dalam kelam kabut sbb name list yang didistribute x sama. aku check aku jaga seksyen 3, tpegi kat seksyen 3, nama aku xde, tengok ada kat seksyen 2 pulak..hoiii..naik hantu jugak la...

1.00 a.m - kami dibriefing semua.masa ni da agak O.k tapi aku tensen gak sebab aku kena jaga simpang sorang-sorang.adui..masa tu ada la rasa cuak sikit, tapi sbb diorg kata lepak PJS 7/13 dulu sbb simpang aku close pukul 5.00 a.m

2.00 a.m - start gerak dekat lokasi masing-masing. then aku tengok lokasi aku yg gelap dan menakutkan..aku terus mencarut sikit dalam hati. apasal la wanita lembut (eceh) macam aku ni dicampakkan ke sini..

2.30 a.m - aku lepak kat port sorg brader ni sementara tunggu 4.30 a.m. memang tensen la + ngantuk lagi. user plak asyik dok tanya2 apasal tutup jalan. ceh..ada iklan kot, ni nak naik hangin jugak..

3.30 a.m - 2 pakcik peronda datang, then aku terangkan masalah aku and dia kata, xpe lah korg pegi jaga sana 2 orang, x boleh jugak nak letak perempuan sorang2 kat situ...its like HOOOO...Alhamdulillah, ada jugak orang yang memahami masalah aku.

4.30 am - almost semua jalan masuk and keluar untu ke NPE dah ditutup. serius mengantuk, and aku terlelap tepi jalan. haha...pakcik polis pun dah datang. tapi memang cuak la kalau aku jaga sorang2, motorist bukan dengan kata, hampir2 sorang motorist tu kena lepuk ngan polis tu sbb dia nak masuk jugak jalan tu. then ada yang tunjuk middle finger la...pehh..tak tau la camne kalau aku dok sorang2 kat situ.

about 5.00 a.m
bahagia sangat tgk traffic clean & clear
5.30 a.m- everything almost ready, paramedik pun da standby, polis2 semua da datang,LLM pun dah ada. masa ni mmg crucial and tak dibenarkan kebocoran traffic. Budak HELP college pon ada datang untuk tolong.

6.30 a.m- pelepasan pertama untuk 16.5km. ada sorang mat saleh ni (juara la) dia lari meninggalkan orang lain kt belakang. memang jauh la jarak dia dengan peserta2 lain.

7.00 a.m- perlepasan utk peserta 10 km..da tak tau sapa 1st sbb da mixed dgn runners 16.5km tadi.


escort team
escort2 in case mana tau pensan ke ape ke

ramai2 lari
masa ni da tak tau berapa KM
so, kami pun melepak kat tepi simpang tu. da la partners aku ni semua mcam kurang kecoh, so aku agak bosan la..last2 aku rilexxxxx.........

10.30 a.m - masa yang ditunggu2 utk balik huahuha..betapa gumbira nya hati bila diorg suh bukak plastic barriers tu, bertambah gembira bila tengok pool car amik aku.

12.00 a.m- kami pun bersurai selepas sessi photogedik. aku ngan farhana sempat singgah The Mines dulu sbb  dia mengidam sushi..

white & blue-adidas bab
gambar bajet masuk IJM portal
balik tu memang pensan la..syukurlah everything went very well, our director pon send message of appreciation. FYI, yang paling seronok sebab dapat baju Adidas free. yang tak seronok aku tau berapa ramai kantoi subuh sbb handle mende ni., tapi entahlah nak kata camne, harap2 Allah terima solat qada' kitaorg semua.


dzuli

Saturday, October 1, 2011

ADIDAS king of the road-part 1

credit to RunFoolblog
jangan terkejut dengan tajuk ni..
aku buaknlah seorang runner atau peminat Adidas tegar
tapi tempat keja aku menjadi penaja lokasi Adidas King of the Road 2011.
secara tak langsung kami semua akan menjadi volunteer/ staff pada hari events ni ( 2 Oct 2011)

memang agak havoc
road closure dari pukul 3.00 a.m smpai 12.00 p.m tu need a traffic management yang mantap
water station jugak need hundreds of people
runner more than 3500 runner uolls...

so, PR ngan traffic & technical department la yang paling busy.
da berapa hari diorang berkampung kat NPE tu

Hopefully this events will go smoothly..
hopefully kami juga akan bersabar menjaga traffic & water station dlm keadaan cuaca yang tak menentu.
hopefully T-shirt Adidas free tu muat la..hahaha

IJM toll division..say HOOOOOOOO......
(akutaummgramaitakpuashatiandmerungutpasalbeberapa bendasabarjelahyangmampu)

dzuli