Friday, December 30, 2011

A year wiser -2011

2011..what a year..

terasa masa pendek, tapi macam-macam dah berlaku

azam...

biarlah rahsia, (biasanya azam akan goes to the drain je)

harapan

Leave in blessing from Allah, murah rezeki, family yang bahagia , sihat walafiat.

tu je..

selamat tahun baru uolls....





dzuli

Monday, December 26, 2011

A slight problem

traffic management & repairing work

percaya tak, dulu-dulu, (not so "dulu" la...) bila nampak orang repair highway or yang berkaitan dengan highway,
aku selalu berangan yang aku akan ada disitu suatu hari nanti (insyaAllah).
Alhamdulillah, my pray were answered yesterday and a day before. (even a few difficulties and sentapness arises)

actually ada something happened at my highway  which need use contra flow method.
the preparation was not easy..
imagine we have to stay at site from 11.00 a.m to 10.00 p.m (without going to toilet, haha..)
it involved a lot of planning and approval from management level.

Alhamdulillah, facing the problem like this made me learn a lot of things from my seniors
Our manager En Mohamad was a big help for us
experienced in highway business almost 15 years
this thing is kacang la for him
but for me...waaahh...i'm so pening, dont know what to do..

with the help and cooperation from everyone,
the contra flow only can be started at 2.20 a.m
rugi jugak x dapat ada kat sana,  at 9.30 p.m, they asked me to leave because i'm a woman (soo untung hahaha)

the contra flow maybe cause some congestion at site, but it is only for 1.5 km, after that it is very very free flow 
for our highway user, sorry for the inconvenienced.

Published with Blogger-droid v2.0.2

Saturday, December 24, 2011

Marissa Birthday + Trekking at FRIM kepong part II

poyo lah cerita cuti 2 hari kat KL nak ber part II bagai...
welll....

pagi ahad yang indah,
redup pulak tu memandangkan sekarang ialah musim hujan,
dalam area 9.00 lebih kami bertolak dari flora damansara
pekena roti canai dulu untuk mengecas tenaga
then zoooommm....dekat je, around 15 minutes gitu
kitaorang kena caj RM 11/12 tau (tak ingat amaun sebenar)
kereta=RM 5
Kamera= RM 5 (nyesal aku x sorok kamera kat bawah kaki dlm kereta)
person=RM 1 ke 2 ntah

no komen
hahaha

masa gambar diatas diambil, kami masih bertenaga.
dua kesalahan besar kitaorang haritu;

  1. x pakai sport attire- ingat main-main macam dekat Sg Sedim dulu
  2. tak bawak air langsung- kafe tidak dijumpai hokeyy
then berbekalkan sekeping peta, we start berjalan-jalan.
ramai orang berlari-lari or kayuh basikal


dedaun
it is so cantik tgk daun2 dari bawah

apakah??
jangan ditanya apa maksudye

tempat ni kan research centre, so sebagai manusia yang tak pernah blaja biologi, maka aku tak paham pon istilah2 dalam ni. just enjoy the view ngan cuci-cuci mata saje (ahakss)
well, a lot of hot guy mountain biking in this area.

DSC03381
well, aku suka pokok yang bulu-bulu tu.

jangan main-main la trekking kat cni, aku rasa macam neverending road,
last2 aku tengok batu tanda, da 5 KM kitaorang jalan
its like WHATTT? kalo tak, takde pasal la nak jalan 5 km, keluar peluh jantan beb.

DSC03373
jalan-jalan jumpe kem perah ni..maybe perah tenaga orang kot
tapi sayang sebab kitaorang tak naik canopy walkway dia
ramai gila, pastu tiket kena beli kat bawah lak..

she left me behind
laju cik kak ni jalan
pic kat atas ni ialah bayangan trail yang kami kena  lalui..huh..

last but not least, kami carik sampai jumpe rumah tradisional Melaka & Terengganu yang diimpot dari kedua-dua negeri ittew...pehhh rasa takot pon ada..maklumla rumah dari zaman purbakala..(actually its around 1917 cam tu la)

rumah melaka
okey..saje nak enteprame
okeylah..agak panjang dan mengarut..
pada sesiapa yang nak meningkatkan metabolisme, bolelah datang cni..
dekat je,..



dzuli

Wednesday, December 21, 2011

Marissa Birthday + Trekking at FRIM kepong

segalanya bermula di sebuah pagi sabtu.
aku dan keretaku memecut laju ke rumah abangku di subang
syukurlah pagi sabtu Federal Highway yg fames tu tidak jem,lepas tu aku nak pegi ke sentul plak
perjalanan ke sentul timur juga senang je,
naik Putra pas tu Star, n kenari gold yg dikenali sudah menunggu gue di seberang jalan.
utk ape perjalanan ini?
untuk PARTYYYY..yeahh
tapi birthday party sbnrnye
 merancang dengan kawanku, Tun Arnida utk pergi ke majlis harijadi Eiman Marissa
siapa Eiman Marissa? Siapa? siapa? (echo)

yg tengah tu eiman marissa
okey..si comel ni daughter of En Muzie..( a lot of his name mentioned in my blog).
aku & cik tun antara kawan2 yg dijemput, yang lain2 semua saudara mara ajer..VIP uolls.
it is a simple yet warm birthday party...seronot la budak2 zaman sekarang
aku masa kecik dulu, mak wat mihun ngan kek je pastu panggil kawan2 sebelah umah.haha
banyak gambar x menjadi, gatal x tuka telephoto lense.

kiddos
those innocent kids
most of kids dlm picture diatas ni sepupu2 eiman marissa ni, boys yg paling kiri tu abang dia..
aku rasa 2 siblings ni mmg copy muka En Muzie la..

lepas abih, utk killing time sbb ada something happened,
aku ngan cik tun merayau2 area sungai buloh sbb nak jupe kak ct
masa ni la kami lepak kat sebuah kafe comel nama  Richman Cafe,
banana puff dia awesome, sedap ooh.

ala2 full house gitu

dah jumpe kat ct, cik tun hantar aku sampai umah zu, siap wat kecoh lagi kat umah orang,
sebab ape kecoh, sbb member aku tu bilik dia terkunci, semua barang2 dia dlm bilik tu
masa kami sampai ada 2 guys tgh cuba mengopak pintu tu..lawak btoi la member aku tu
thanks cik tun sbb tolong anta, kalo x tak tau la bila bole smpai umah dia.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Teaser FRIM kepong.

DSC03413
tempat ni boleh menyebabkan org kurang stamina menjadi givap


dzuli

Monday, December 19, 2011

teaser



Banana strudels- Richman Cafe, somewhere in Sungai Buluh,
with my buddies Cik Tun...
jeng jeng jeng

Published with Blogger-droid v2.0.1

Monday, December 12, 2011

Tribute to my besties

dalam minggu ni aku dapat berita
2 of my besties akan berhijrah tempat kerja
zu akan pergi ke cypark resources -one of biggest company in solidwaste management
che kamal akan ke satu company (x ingat nama) dan menamatkan tugas beliau sebagai seorang PTD.
they obtained quite a good offer (unlike me :-( )

wahh..ada sikit jeles
but, i'm happy for them
in this industry where we belong kan..
hopefully all of us are true professionals in the making (okey berangan)
InsyaAllah

lunch ngan che kamal, feeling2 org gomen ha ha ha
picture taken at Taman Warisan-Putrajaya

*even gaji aku x sebanyak diorang,bosakukedekutandopisakudipenuhidgnkakikipasdanbusybody,akuharapakubersabaruntuk ilmu Allah yang sangat luas ni



dzuli

Putrajaya Tanah basah

tajuk cam pelik kan?
actually di satu pagi yang hening, lepas hanta adik kecik aku (kakcik) balik penang kat LCCT
flight dia pukul 8.30, we barely arrive LCCT pukul 8.00 sbb ikot GPS papago yang agak vodoo itu.
aku ngan Najah mula la memikirkan ape yang kami nak buat utk kill the time
mula-mula dengan mode mengada, kami telah pegi bekfes kat Taman Warisan
sungguh tak berbaloi kerana harga Nasi Lemak ayam rempah dia RM 6 hengget sepinggan (erkkk...)
agak mahal utk harga gerai ok..

pastu Najah ajak survey wetland utk projek biologi kelas dia whatever ntah.
ok la memandangkan masa tu baru pukul 9.30 a.m.

masuk je wetland, aku rasa pemandangan dia superb
sangat menyenangkan
ramai family datang utk riadah

mula-mula naik lookout tower yang tinggi gila
aku seorang yang gayat ok
tapi gigih aku naik jugak
tapi yg rigu sbb tak bawak camera
yang ada hanya 5MP henfon camera

IMAG0177
jeng jeng jeng


IMAG0179
the view from up there

lepas tu dengan mode gigih lagi, aku carik kolam flamingo.
ini serius, the real flamingo kaler pink yang tido berdiri sebelah kaki tu tau
tapi aku juga takut binatang cam burung2 ni, so aku tgk dari deck yang agak jauh sahaja ha ha ha
oo, kat cni ada itik serati ngan itik biasa gak

IMAG0183
sekawanan flamingo.

definitely, i'll come back with my baby (sonychan)
utk hasil2 yang lebih memuaskan hati.



dzuli

Monday, December 5, 2011

IJM Give day out 2011

semalam company aku hold satu events wajib utk semua anak syarikat mahupun HQ
Give day out nama dia
considering yang kami telah banyak memusnahkan alam sekitar dengan projek-projek pembangunan and stuff,
so kami semua kena buat khidmat masyarakat ni

utk LEKAS, boss pilih nak bersihkan kawasan rekreasi ulu bendul, kuala pilah
last aku jejakkan kaki kat sini, almost 15 tahun lepas kot,
memang da banyak berubah.
ada free wifi uolls, jangan main-main.

around 8.30- semua participants berkumpul kat Plaza tol setul, breakfast and gerak secara konvoi ke Ulu bendul

9.00 a.m - semua sampai, bergambar dulu, light briefing and start la kerja.

muka-muka tekun dengar briefing

the best part is aku dapat kerja bersihkan alat-alat taman permainan yang berhabuk, berlumut dan berkulat2 untuk dibersihkan. semua kerja dibahagikan dalam group yang kecik la, group aku ada dalam 6 orang.
that day, kami la yang paling comot sekali sebab main air kotor...haha...nasib la ada water jet, kalau tak ntah la camne nak bersihkan.

gambaran keja kump aku.
yg tgh gigih berlakon tu my colleagues merangkap ketua kumpulan
gambaran lebih jelas rupa sebenar alat2 permainan tu
member-member geng bersihkan sungai lagi seronok, jupe pampers, kain pelikat, spender??? haha..kamonlah rakyat malaysia, kat Ulu Bendul ni tong sampah merata-rata tau, pampers anak pon nak buang dalam sungai ke

10.30 a.m - take a break, bos belanja aiskrim kring kring.. da lama tak makan aiskrim pakcik moto yang femes di mana-mana pusat rekreasi ni haaa

10.45 a.m - sambung keja dengan tekun awww...

ni la geng-geng bersih sungai
12.30 p.m - berenti semua, mari bergambar2 untuk dimasukkan dalam IJM portal, dan fanpage LEKAS.
                   lunch kami nasik ayam Lina yang glamer di seremban ni tau. dah lapar , semua sedap.

da setel semua, balik lah dengan muscle yang sakit. nampak sangat da lemau lama tak buat keja berat huahuahua.
posing2 standard. (dari zaman sekolah sehingga kini)

kat bawah ni semua gambar-gambar selingan. jeng jeng jeng



men in black to our big boss..hensem kan??
gambar bonus
sekali sekala buat xtvt cam ni chaghe kan? :-)

(some pictures taken from LEKAS fb & farhana FB..harigatoo)


dzuli

Friday, December 2, 2011

Kepulangan yang dinanti

gambar ni je yg sempat gua capture (apakahhh???)



setelah genap 48 hari mak dan abah menuanikan ibadah di Tanah suci
28 Nov bersamaan 3 Muharam mereka selamat sampai di Tanah air
tgk diorg keluar dr arrival hall, wahhhhh rasa macam "syukurlah mereka selamat kembali".
bukan kami adik beradik je, mak njang, pak njang, kak long, kak su and abang Ijan sudi join the club malam tu,(mak njang ialah kakak yg paling rapat ngan mak aku.).
actually ada ribuan ahli keluarga para jemaah kat KLIA malam tu
ETA dalam pukul 12.00, tapi ada delayed dalam 30 minit je.

even sebenarnya masa tu aku sangat letih menjadi supir utk adik2 kesayangans gua yang manja and banyak songeh

cik supir ni melulakan tugas pukul 8.00 a.m
bangi-LCCT-subang-the curve(hahaha)-subang-bangi-KLIA..-phewwwww.
tugas berakhir pukul 3.00 a.m

tapi cik supir dapat upah segelas besar starbucks (nathape2 nama), satu set ayam penyek ngan soda gembira..
ooh lari tajuk

mak agak kurus, terkejut mak I jadi slim gitu...abah ok je, tapi depa batuk and masih belum baik lagi.
biasa la da balik mekah, macam2 barang dibawak balik untuk hadiah kepada orang-orang tersayangs.
paling common biasa la kurma, pistachios, kismis besar (sedap), aprikot kering (sedap), coklat mekah (sedap), teh arab (sedap), biskut butter mekah (sedap), pashmina (cantek), sejadah, and my mom bought a lot of (bukan a few) Abaya..yeah adik aku yg peminat abaya merembat 80% dri semua abaya yang mak beli.

then, siang tadi baca paper, kita digalakkan memeluk orang baru pulang dari Makkah untuk ambik keberkatan..yes we all did that.
harap2 next year mak njang ngan pak njang dapatlah pegi menunaikan haji, dah lama diorang tunggu...

Harap-harap mak ngan abah diterima taubat mereka, dimakbulkan doa mereka dan dapat menjaga kesucian gelaran haji & Hajjah sepanjang hayat mereka~ Amin~


Published with Blogger-droid v2.0.1