Friday, January 13, 2012

apa yang ada dengan universiti

university is an institution of higher education and research, which grants academic degrees in a variety of subjects. A university is an organisation that provides both undergraduate education and postgraduate education. The word university is derived from the Latin universitas magistrorum et scholarium, which roughly means "community of teacher and scholars (source wikipedia)

alamakkkk....speaking lak.
aku bersyukur sbb Allah bagi aku peluang belaja kat Universiti.
untuk menambahkan rasa bangga aku study kat Universiti terbaik di malaysia..okey lagu..
Universiti Sains Malaysia Menara ilmu terchenta......sambung sendirik

akceli ape ada kt universiti ..
(ni pandangan seorang ex-student yang zaman aku belajar xde politik kampus, xde kebebasan mahasiswa and tak pernah pulak kitaorang baring tengah jalan pukul 2 pagi utk mintak kat lecturer supaya hantar FYP lambat)

berikut ialah benda yang aku rasa seronok sepanjang 3 tahun aku menuntut di Universiti :

1. lecturer yang bagus/pandai/ best
- seriusly lecturer Uni best. Lecturer poli ada macam cikgu sikit (best jugak), lecturer uni lebih profesional, lebih tua (erkkk) ye lah 10-20 tahun experience,  and lebih inspiring. aku ingat lagi aku pegi majlis penganugerahan professor kot utk Dr Hamidi & Dr Farhan..pehhhhhhh, kalao aku ada di tempat diorang mesti aku da melompat2 gumbira tanpa mempedulikan student aku (ok tipu)

2. Syllabus pelajaran yang lebih menarik
- aku rasa 90% subjek masa aku kat Uni dulu aku suke, yang aku kurang minat sikit matematik kejuruteraan je ha ha ha.. aku paling2 suka mestilah highway & transportation ( yang membuatkan aku melangkah kaki ke IJM ini), pas tu aku suke environmental study, aku jugak suka geotek (my FYP opkoss) oh, aku pon suka steel structure design.

- ingat lagi masa buat projek design steel, wood,concrete & geotek, mmg tensen, tapi seronokk. design geotek & concrete paling horror sebab kitaorang tak tido almost 24 hours (sape suruh buat last minit ha ha). masa tu kat kafe Jaya/ Lembaran penuh kelompok2 budak kelas aku dok mengerah otak untuk menyiapkan tugasan supaya mendapat pointer bagus ye hadek2. kami tidak pernah membuat demonstrasi atau mengetuk pejabat pentadbiran tengah2 malam kerana kami semua sibuk buat assignment

3. campus life/ student life
- aku percaya part ni yang we remember & we miss the most kan. aku rasa masa ni la warna hidup aku seceria pelangi. Alhamdulillah Allah temukan aku dengan the most wonderful friend ever. sebenarnya golongan diploma-degree ialah golongan minoriti berbanding matrik-degree, tapi kami semua memang satu kepala, tolong menolong tu memang agenda biasa, tukar-tukar tips exam pehhh lagi la agenda utama masa tu, sekali sekala Iftar sama-sama and yang tak pernah miss open house kat umah aku/ apek sebab umah kami je yang paling dekat dengan U

1st year- masih kurus  ha ha ha..
banyak gambar-gambar masa student life tak dapat aku kongsi sbb , ada yang free hair, dah pon bertudung sekarang, (wajib dia dihormati) ,and  ada seorang sahabat yang telah pulang ke rahmatullah (she is my best friend and almost semua gambar ada dia..Al-Fatihah). so xpe lah biarlah kenangan-kenangan tu disimpan dalam hati je lah ek..

- pastu kami ni memang ada habit/ acara wajib yang mesti kami buat, contohnye lepas exam mesti pegi tengok wayang walaupon cerita cam shitttt, hehe, lagi satu setiap kali Ramadhan wajib pegi sahur kat McD Juru ngan bukak pose ramai2 kat mana. memang best la masa ni, pricelessssss.

dua tahun setengah dah berlalu selepas aku melangkah kaki keluar dari Uni, pencapaian tu xde la hebat mana, Alhamdulillah 2 kali (jee) dean list and aku menganggur lebih kurang dua minggu je. kebanyakkan kawan-kawan pon x de tanam anggur lama-lama.
 Tapi bersyukur dapat embrace life dekat Uni dengan jalan yang betul (no culture shock/ terlibat dalam mana-mana benda pelik)

sebenarnya aku wat entry ni utk hadek-hadek yang ada dekat Uni tu, gunakanlah masa 3 atau 4 tahun dengan betul, ia boleh jadi satu kenangan berharga dan tiket untuk masa depan (usaha) . bukan ke Allah & Rasul sayang orang yang gunakan masa muda dia dengan baik. belajar betul-betul, dah grad nanti perjuangkanlah ape yang korang nak perjuangkan kebebasan bersuara ke, kebebasan waktu keja ke hape ke, do it intellectually and people will respect you.

until now, I'm still a student didalam lautan ilmu milik Allah


dzuli

2 comments: