Friday, June 1, 2012

Public transport

sejak 2 minggu kerja baru ni,
aku menjadi pengguna tegar (semula) public transport

dulu (6 years ago)semasa aku mula-mula menjejakkan kaki kat Key Ell ni
opkoss la aku hanya mampu pegi keja naik public transport
(ketika itu aku seorang drafter dengan gaji kerani)
kebetulan pulak, opis betul2 depan steesen monorel apetah yang berenti dekat Berjaya Times Square tu (maharajalela kot)
Then aku menyewa umah yang walking distance je dari stesen LRT Miharja.
turun kat stesen LRT Hang Tuah
menapak la dalam 2-3 ratus meter pegi tempat keja.(patutla aku slim sikit masa ni haah)
Tapi aku rase best je, I don't bother pon about having a car (yela mane la nak mampu beli)
weekend,kalau angin nak p KLCC datang, aku naik bas RAPID depan umah yang RM 1 sehari (sekarang dah takde dah kot)

After 6 year,
Alhamdulillah, I can afford my personal car
Tapi aku masih memilih untuk menjadi seperti seekor sardin dalam komuter
sebab:

  1.  Aku malas nak drive masuk KL
  2. Aku malas nak pindah rumah yang dekat ngan opis
  3. Aku malas nak drive dalam KL (lagi)
  4. Aku kedekut nak bayar tol kat pemegang konsesi lebuhraya (haha)
  5. Aku sayangkan environment (ehhh)
Syukurlah tempat keja dekat (sangat-sangat) dengan stesen LRT. 

Tapi semalam..
LRT ni ada problem apetah and stuck dekat setesen Bandaraya (SOGO) dalam 15-20 menet jugak.
syukurlah, orang tak ramai.

Lepas tu sampai Bandar TasiK Selatan, Komuter yang supposed aku naik dah lepas
interval time for komuter is about 15-20 minutes,
then datang la sebijik lagi...sekali..mak ai..macam sardin
dah tak muat pun nak naik..so aku pon pasrah dan tunggu for  the next train
Syukurlah beberapa blas menet kemudian
datanglah Komuter baru yang canggih manggih tu
dan aku pon tiba pukul 7 kat stesen UKM tu.

Elleh:baru 2-3 kali naik dah merungut,Iolls naik benda alah tu da 5 tahun, biasalah mende2 camni jadi *kata seorang manusia dalam imaginasi aku*


So, aku rasa, aku terpaksa memikirkan beberapa option lain seperti :

1) Drive sampai TBS
 Pro: 
  • Takyah aku jadi sardin dalam komuter
  •  Takyah tunggu komuter yang 20 menet sebijik tu, (travel time dari umah pegi TBS pun dalam  20 menet) 
  •  InsyaAllah,boleh sampai rumah cepat sikit
 Cons: 
  • Tol: RM 4.60 (pegi balik), parking RM 3/day so, increase my travel cost RM 3/day
  • Jammed dekat Besraya dengan Tol Sg Ramal (SILK) tu -heh
  • Kalau drive dalam 20 minit lagi dah boleh sampai opis terus-heh^2 

2) Drive sampai opis terus
Pro:  
*sama seperti diatas*

 Cons: 
  •  Jammed merata-rata (opis aku ni memang kawasan jem paling glamer)
  •  Tak sustainable la..(dulu berapi-api promote sustainable transport, sekali stesen LRT depan opis pon gatai nak drive eh)
  • adakah petrol cost lebih tinggi/rendah dari cost commute guna public-belum buat research  lagi

3)  Pindah rumah
This is the last resort, rumah area KL ni kalau yang dekat ngan public transport mahal gila, parking lot pon takde yang khas,kalau ada plak kena bayar RM 60-RM 80/month. Last-last jadi sama je la(dari segi cost), lagipon aku memang tak gemor dok area-area KL ni, pinggiran lebih baik (Kajang,Subang,Damansara), tak la serabut sangat.

Furthermore, aku ada plan sikit untuk masa depan and my sister pun ada dekat UKM tu, (boleh gak jadi bahan bila bosan :-))

Heh, sekarang barulah aku rasa nikmatnye stay kat Ipoh/Alor Setar dulu....


dzuli

6 comments:

  1. lama aku tak terjah blog ko. ape kabor member? aku semakin bz skrg ni sampai takde masa nak update blog. aku pun sbnrnya semak nak bawak keta dalam kl tapi apakan daya, kerja aku memerlukan aku membawak keta. eh ko dok area miharja ke? mcm dekat je rupanya kita. bila lagi nak mengeteh?

    ReplyDelete
  2. fattt....aku rindu kamuuuu...
    khabar baik, aku sudah bertukar kerjaya eheee..
    6 tahun lepas aku dok miharja tu,
    tapi sekarang aku keja kat area2 pekeliling tu, so..marilah kite mengeteh kat mana-mana yang berdekatan..bleh jupe ko in person gituuu

    ReplyDelete
  3. aku pun rindu kat ko. hehe...hah, itule, dah lama aku tak borak2 alam maya dgn ko. sejak menjadi pekerja ni masa aku nak berjimba2 pun dah limited. ko dok kat area pekeliling ke? yg dekat pwtc tu ke? ala kl ni tak jauh mana pun, bleh la jumpa. si tun dok kl jgk ke?

    ReplyDelete
  4. yep..tun kat KL gak, opis dia kat sentul tu..yezz..dekat PWTC, kalo stesen LRT kat setiawangsa, InsyaAllah kalo ada masa2 kite jumpe dan berborak secara live..aku pun dah opis jauh ngan umah,weekend je la betul2 nak rileks..opis masuk kol 8 pulak..weekdays malam memang out la..hehe

    ReplyDelete
  5. "Aku kedekut nak bayar tol kat pemegang konsesi lebuhraya ..." - - - > Alasan paling pelik !

    "Aku sayangkan environment ..." - - - > Alasan paling sweet ... Go green !

    ReplyDelete
  6. wakjan: dulu saye keja kat konsesi highway...letih la nak bayar hari-hari. tapi kt klang valley nak jalan elok ngan cepat memang takde option lain selain highway..

    Well, I'm ex- student major in environmental science..

    ReplyDelete