Tuesday, July 24, 2012

KPP Batch 3 2012-Genting View Resort- Part II

entry yang aku buat ni bukanlah atucara mengikut hari kursus
sekadar random sahaja (ikutsukahati)

lagi satu acara yang best lagi ditunggu-tunggu ialah
Public Speaking
last time aku buat menda ni ialah masa aku form 4 kot (purba gila)
yelah, memandangkan ramai yang kata golongan-golongan kami memerlukan softskills ini
maka, layankanjelah
masa 5 menet
tajuk bole dipilih dari 10 tajuk-tajuk yang disediakan
Tajuk yang paling glamer mestilah "positive work attitude", "effective communication skills" ngan "time management"
macam-macam peel ada
yang suh member on the floor menyanyi "rasa sayang" (rare ok)
yang bagi pantun,hadith,dsb
yang baca ala-ala "public reading" (aku partially public reading haha)
macam-macamlah
alah..semua neves sebab ramai orang khannn...yang kita selalu dok present masa meeting semua tu ok je..(bongga disitu)

ada lagi satu acara best
Group Presentation
tajuk mostly bekisar kepada projek management la
hahahahahahahahaha (gelak dulu)
group aku paling sempoi
berlatih 5 menet sebelum presentation start
kitaorang buat format drama gituuu
I yang pemalu ni pun terpaksa melakonkan satu watak...(pecah rekod)
last time aku belakon-lakon ni masa form 5 kot
(gambar-gambar masa berlakon takde orang upload lagi..)

storyboard drama group aku

dari segi pengisian ilmu pun ok gak
mostly yamg bagi talk ialah "otai-otai" dalam Jabatan
yang dah kerja 30 tahun
yang pernah terlibat dengan pembinaan KLIA
yang tengah buat PhD in Psychology
ada jugak yang pernah terlibat dengan projek-projek kat obersea
seeing them, bole tengokla kualiti engineer Gen-Y (kami-kamilah) ni kat  tahap mana kan
They live to learn...but sadly most of people nowdays learn to live.
so cabaran tu..
lagi satu penekanan terhadap integriti sangatlah ditekankan
bukan senang nak melahirkan insan-insan berintegriti tinggi ni

Ilmu agama pun kami tak lupakan uolls
ada 2 ustaz luar (disampir sorang internal ustaz (Ir Hazrey)
dijemput untuk majlis Ilmu
so, ape lagi yang takde? cukup lengkap sempurna

Site Visit juga ada tau
even ada sesetengah dari kami yang half of working life berada kat site (aku lah..ahaks)
kami pergi Site MRSM Bentong yang mengalami masalah slope failure yang severe
sehingga menyebabkan semua staff & student terpaksa dipindahkan ke MRSM Pekan
Slope repair guna soil nailing (treatment yang paling biasa dijumpai di Malaysia)
acara ni memerlukan kami menaiki bas dan memakai uniform (T-shirt free dari iTiDi)

lawatan tapak-dari jauh macam budak sekolah,hakikatnya
majority ialah mak+bapak budak

bersambung lagii....


dzuli

No comments:

Post a Comment