Wednesday, July 25, 2012

KPP Batch 3 2012-Genting View Resort- Part Finale

okeyyy..part Finale sudeyhh
cukuplah 3 part
sebab aku blogkan benda ni sebagai satu kenangan dalam perjalanan hidup aku dalam mencapai cita-cita
(haaaahhhh..bersusahtera gituu)

kemuncak kursus ini ialah Protocol Dinner
seumur hidup aku, first time yang pertama aku makan dengan protokol ala-ala dinner bersama Sultan-Sultan
pernah la aku tengok dalam TV pendidikan masa zaman flinstone dulu cara-cara makan berprotokol ni

petang sebelum dinner,Chef Zamri bagi satu kuliah dulu
ajar garfu mana nak amik, sudu mana nak amik
potong makanan guna kaedah continental ataupun amerika
jangan memain..ada kaedah Amerika tu nak potong ayam.

Malam tu, semua berdressing sakan
Dinner uolls..siap ada waiter letakkan napkin lagi.
kalau nak tunggu protocol dinner yang betul2..lambat lagilah
(maklumlah pegawai bawahan lagi kan)

masa bread sampai, ok lagi
sampai je appetizer..(I lost my appetite tengok appetizer ni)
udang ngan roti dengan pelbagai jenis rumput rumpai

soup pun agak epik
maklumlah diluar kebiasaan la minum sup-sudu-ke-luar kan?
roti tak boleh cicah2..kena cubit2 masuk dalam sup tu.
pehh..lambat..tak abis pun

Main course-Chicken Chop kot
Real war begin.aplikasikanla  cara memotong continental/Amerika tu
Continental: Pisau belah kanan,garfu tangan kiri
Amerika:Pisau belah kanan, bila nak makan tukar pisau tangan kiri, garfu tangan kanan

Tapi best la..chaghe kot..
yang kurang best, minuman dia rasa cam Innershine Prune tu haha.
nasib baik ada tea/coffee last sekali

bread,appetizer,drinks,soup,main course,dessert (left to right)

lepas dinner,
acara me"reveal" siapakah "monitorku sayang"
setiap orang boleh teka 2 kali je
hehehehe
memang lawak. ada yang tak disangka-sangka
yang ingat monitor dia perempuan,lelaki rupenya (sebab tulisan lawa, terus ingan perempuan)
ada jugak kawan-kawan yang dapat teka dengan tepat lagi jitu.

Aku:
heh..masa aku dapat surat 1st dia tulis "spek kita sama :-)"
terus aku ingan Fasihah ( a girl) depan aku tu sebab spek dia macam aku
surat kedua "awak suka pakai baju pink ek"
pun aku ingat Fasihah jugak  sebab dia ada tegur aku "eh, awak yang pakai baju pink semalam kan?"
so..aku buat conclusion Fasihah. then aku riki2 tulisan..sama pulak macam Fasihah tu
memang aku ingat perempuan la, sebab girly-kind-of message yang aku selalu dapat (sorry Hafni)
sekali, monitor aku ilah guy,arkitek yang dok semeja masa dinner..bole?
but thanks for all the message though..

dialah orangnye (selambe aku tepek gambar dia)

aku pulak telah menjadi monitor kepada Suhaina
seorang wanita comel yang tengah pregnant 1st baby (tahniah!!)
tapi dia tak dapat teka pun aku yang melayangkan surat-surat kat dia saban malam
ha ha ha..terrer jugak menghasilkan tulisan yang berbeza

yang bulat merah tu Suhana (tak bole buh gamba besar2)

Esok tu, Jumaat 20 Julai ( our last day)
masa upacara penutup
memang semua otak dah kat rumah, badan je kat Genting lagi.
ada la kami capture gambar2 (lagi)
berpeluk-pelukan (perempuan sahaja hokeyyy)
then balik ke rumah masing-masing untuk menjalankan kehidupan seperti biasa
21hb dah 1st Ramadhan
sempat la aku pegi Ikea ngan Carrefour beli barang-barang nak posa

This whole experience is kind of fun
jumpa kawan-kawan baru
knowledge baru
experience baru
hmm...InsyaAllah semoga ukhwah yang dibina selama 8 hari ni kekal selamanya.

kawan baru :-)
love this


pic: credit to FB group J41JKRB32012


dzuli

2 comments:

  1. spotted an IJM tag in the picture. :d

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..I have to use it due to my tag broke..
      luckily it have the same colour.

      Delete