Thursday, July 12, 2012

Tanah rendah Sekebun Bunga-Kelantan part II

amboihla pegi Kelantan pun sampai 2-3 part ek

Isnin (9 July 2012)


dalam 8.30 camtu boss dah call bagitau dia dah on the way nak pickup kami
then, kitaorang gerak pergi breakfast dulu, and aku je yang belum breakfast memandangkan both of them were staying at their families house yo (untunglaaaa outstation dekat kampung halaman kan)

dekat kelantan, breakfast dia agak berat,
kebanyakkan kedai jual nasi tau, setakat nasi kerabu/nasi dagang tu memanglah biasa jumpe even kat KL pun
tapi ni nasi berlauk macam lunch. and aku memang tak biasa makan nasik awal-awal pagi

lepas tu kitaorang tunggu another team dekat Masjid Kampung Laut
ada ape dekat Masjid ni?
Masjid ni dibina tanpa menggunakan paku oleh beberapa orang pendakwah pada zaman dahulu yang berjanji, jika diorang survive dari ribut , diorang akan membina masjid dekat tempat diorang sampai/berlabuh
tempat asal dia bukanlah sini, tetapi dialihkan ke Nilam Puri ni. kalau nak pergi, senang je, dia betul-betul dekat depan Kampus UM Nilam Puri. boleh baca kat sini kalau nak tau serba sedikit

masjid yang dibina tanpa sebatang paku pun

papan penerangan
sempat jugakla aku snap a few pictures (gambar-gambar ni sempat aku upload dalam FB sebelum memory card rosak)

sampai je team lagi satu, terus kitaorang gerak pergi site opis
location dia dekat Pasir Mas
meeting....meeting..meeting
makan
nasi kukus yang best sangat (beras siam, bukan beras peratus hancur 15%)
pergi site
masuk dalam culvert 1.5 m (lagi rendah dari aku) so kena bongkok sepanjang dok dalam tu
pergi lagi ke culvert location yang lain
masa ni aku terasa amat kagum dengan boss aku ni
he goes deep down tau, buka cam kami-kami yang tengok dari atas ni je
oh, forget to mentioned yang Projek Manager untuk site ni hensem ohh (sempat lagi kauu)
1st time aku tengok earthwork untuk road construction yang mega (melibatkan cut,fill & rock blasting)
mode:curious & nak belajar rerajin

lepas tu bos bawak kami pergi Rantau Panjang
mode:Jakun sebab tak pernah pegi
Rantau Panjang ni sedara mara Padang Besar Perlis/ Bukit kayu Hitam
Border Malaysia-Thailand

Ape yang glamer kat sini?
Mestilah Jersey imitation gred baik dengan harga yang baik (kata boss dan colleagues aku)
lagi: periuk belanga (kebanyakkan saiz-saiz mega), toto, ada tilam-tilam baby,beras siam juga ada
disini menyaksikan seorang wanita kena tunggu kaum lelaki shopping
heh..biasa lelaki tunggu wanita soping kan (terbalik sudah)
aku juga menyaksikan colleague aku macam meroyan masuk ke satu kedai jersey-ke satu kedai yang lain dan membeli beberapa helai. Boss aku rileks sikit (yela, kampung dia kott..) kalau peniaga tu bagi harga yang dimintak, baru dia beli
aku hanya beli 2 helai tudung bawal cahaya ke nur kasih ke apetah RM 25 untuk 2 helai
murah kot sebab aku jumpe dalam online RM 15 sehelai

Jersey kat kedai sebelah

bolelah datang beli kalau ada plan nak bukak gerai nasik

masa dah nak gerak balik KB, Boss bawak kami pergi tengok Sg Golok
yeah..inilah dia sungai yang menghubungkan Malaysia-Thailand
kecik je, berenang pun boleh sampai
mungkin jugak sungai yang menjadi saksi  pasangan-pasangan yang kawin lari hahaha (mintak dijauhkan dari kita semua. Amin)

diseberang sana ialah Thailand

dari Rantau panjang ke KB lebih kurang 40Km
so kami singgah tegok site lain kejap (tak ingat nama site)
site ni dah siap just belum handing over je lagi
check the drainage & culvert
Jalan ni dekat sawah, ada tali air untuk bendang lagi

Road Engineering 101
Jalan yang dibina dekat tanah sawah prone to settlement
Jalan yang dibina di tanah gambut prone to wavy effects
(aku baru tahu uolls)

lepas tu singgah solat dekat Masjid (tak ingat nama)

sebelum bos hantar balik hotel, dia bawak aku makan dekat kedai "Nasi Kerabu Kak Azma"
ramai orang
tapi, aku makan nasi dagang..Ya Allah, sedap + marbelles
menetes air mata sebab sedap sangat (tudiaaa drama)

camera phone only-depan bos, so malu
nak bawak keluar kamera

sampai hotel, hujan agak lebat
so aku chill dulu..solat, mandi
dah siap semua,apa lagi terus la mengusha uptown Wakaf Che Yeh
misi aku ialah bawal rose dengan bawal-bawal yang lain
sekali aku tengok tudung yang sebijik macam aku beli dekat Rantau Panjang tadi cuma RM 18 untuk 2 helai
demmmmmmmm....
terus aku beli untuk 2 adik kat rumah.(yang malam tu diorang bergaduh kat timeline twitter sebab 2-2 nak tudung yang sama..Heh

hasil rembatan 4 helai jenis ni, 1 helai jenis rose 

sebelum balik, beli kopok lekor
pun sedap..(apesal semua makanan aku rasa sedap?)
padahal bukanla aku tak biasa makan keropok lekor kat KL ke kat Kedah ke hatta kat Parit Buntar pun
maybe new environment (for me) kot buat semua makanan sedap.

keropok lekor extra sedap

bersambung lagii.....



dzuli

2 comments: