Thursday, July 12, 2012

Tanah Rendah Sekebun Bunga-Kelantan Part III

well...3 part cukupla..
3 hari je kan..(tu pun sebab tugas)

Selasa (10 Julai 2012)

my last day at KB
hari ni kira masa perjalanan la, so takde tugas-tugas pun

sebab aku tak confirm boss nak pickup aku pukul berapa
so dalam 8.15 a.m aku dah keluar carik breakfast
kedai sebelah & depan hotel tak bukak lagi
so aku jalan jauh sikit, aku rasa macam aku nampak cafe yang best semalam
tapi, jauh jugak, so aku malas haha
so, aku makan kat satu gerai
ada nasik je..huhu..tapi syukurlah masa aku sampai bubur nasik dia dah siap
so, bekfes aku bubur nasik ngan kuih
not bad, sedap gak, murah lagi

bubur nasi @ nasi air

dalam pukul 11.00 a.m boss aku sampai,
kitaorang pegi pickup colleague kami
then, kami terus pegi....Trademark of Kota Bharu
Pasar Siti Khadijah
pasar yang terkenal dengan para peniaga yang kebanyakkannye ialah wanita
girls power gituu

macam-macam ada. Budu,telur tuntung,durian,tempoyak

sampai sini, aku kena carik keropok segera cap Juara
ni Mena punya kiriman la ni. beli kudap-kudapan sikit
dah la..
barang-barang jualan dia macam Pekan Rabu, Alor Setar tu
tapi ada barangan basah jugak (pekan rabu takde pasar basah)
Boss ngan colleague aku beli buah-buahan, serunding daging (oh sini memang femes dengan serunding)
well, diorang family man, layaklah beli menda2 cenggitu
aku- takyahlah..kang keras je kat dapur haha

keropok,kuih-muih,makcik penjual vogue gitu

dah setel semua terus gerak pulang ke Key Ell
kali ni rotate driver (maybe boss dah penat sangat)
aku: dengan tak malunye tidur kat belakang hahaha

Arrive TBS ( sebab aku parking kereta kat situ) dalam pukul 8.30 p.m
solat, minum-makan
Boss bagi durian jugak kat kitaorang
huhu..TQ boss very-very much
aku hantar colleague aku balik rumah dia kat Putrajaya dulu
kesian pulak kalau nak mintak boss yang dok Ampang tu hantarkan dia
so aku volunteer untuk hantar. dekat je ngan rumah aku pun

dekat pukul 11.00 p.m baru sampai rumah
letih sangat.

but this is whole new experience for me
dok Malaysia dah seumur hidup
KB pun tak pernah pegi hahahahaha

From my observation la kan:
  1. taraf ekonomi penduduk dia agak baik- maybe yang selalu masuk rancangan Bersamamu tu area hujung-hujung kot. kamonla kat KL pun ada setinggan dan gelandangan kan . So jangan tipikal anggap taraf ekonomi penduduk Kelantan rendah uolls.(blame media on that hahaha)
  2. Comey-comey ore Kelate ni (sempat kauu). seriously..aku jumpe one group of people (men) dekat Rantau Panjang, mak aiiii..*bedarahhidung*
  3. Tapi, masalah air..(isu nasional ni). tak kira la parti ape yang memerintah negeri diorang, clean water is keperluan asas. So,pihak berwajib tak boleh overlook. aku nampak tong-tong air 9 liter tu dijual kat kedai-kedai runcit biasa. hmmmm
  4. Tudung Bawal Heaven...yeah right..sebagai seorang pemakai tudung bawal..hampir aku berguling-guling dekat uptown tu. harga memanglah agak murah..variety memang banyak, sebut je bawal crown, bawal rose,bawal cahaya, bawal 2 tone-3tone semua ada
  5. Makanan lazat...aku rasa ni adengan biasa la..balik kampung/setiap tempat memang ada keunikan makanan diorang kan.
  6. Tuak ialah nira, bukan minuman beralkohol yuuu..masa aku balik dari Rantau panjang, aku nampak signboard "Tuak ada disini", "Tuak,air tebu,Pulut mangga", "Tuak 50m", aku dok fikir..."eh kata negeri Islamik,selamba badak ko jual tuak tepi jalan"..then boss aku explain yang tuak dalam loghat kelantan ialah "Nira"..hahahahaha
  7. Last but not least...somebody, please improve their transportation system...pliss...plisss

*baru 2 hari balik, tomorrow InsyaAllah akan gerak pergi kursus kat Genting View Resort pulak..
Baju belum kemas,bilik macam tongkang pecah.



dzuli

2 comments:

  1. ahaaa, tuak dipanggil dengan slang 'tuok' kat sana. saya pun mula2, ingatkan minuman yang memabukkan. pastu saya beli dan minum air 'tuak nipah', sedap wa cakap lu ...

    definitely saya mau ke Kelantan lagi, tak puas hari tu dalam 4 hari aje. kali ni mau cuba berbasikal dari Tumpat ke KL pulak ...

    ReplyDelete
  2. Saye pun nak ripit klantan..hari tu pg sbb keja, tak puas.. nak pg taste all the kelantan food

    ReplyDelete