Monday, August 6, 2012

Iftar with new friends


salam 17 Ramadhan
kesinambungan dari satu pertemuan di Gentig View Resort hari tu,
kami sekali lagi membuat satu aktiviti ad-hoc
iaitu iftar beramai-ramai

bermula dengan satu komen di Fb
Teh: Eh rindu la kat korang semua, my new family
aku: kalo rindu kami, belanja la kami buka pose
mat noor: weh,arrange la bukak posa ramai-ramai

dang..esok tu penuh mailbox ngan thread pasal ni
macam-macam cadangan, akhirnya kami shortlisted  a few restaurant/hotel
dan akhirnya kata sepakat memilih Restoran Nelayan Titiwangsa pada 3 Ogos 2012
harga pun ok dan sesuai dengan bajet kitaorang RM 37/pax (dewasa), RM 18.50 (kanak2)

dan secara tetiba aku dilantik menjadi treasury
heh..motiff
takpelah, I take the responsibility untuk collect duit dari rerakan
Arina pulak take the lead untuk membooking restoren dan mengupdate kehadiran

sesi perbincangan jarak jauh

memang sporting abis diorang ni
yang dok jauh-jauh tu memang tak dapat nak join la kan :-(
then ada jugak yang tak dapat join sebab family matters etc
takpe..maybe next time

setelah seminggu, gedebak gedebuk, kutip duit, book restoren & bincang camne nak pegi restoren tu
akhirnya Jumaat tu, lepas balik keja,
kami pun pegi ke restoren yang rupa-rupenya hanyalah 2 kangkang kera dari opis aku
Heh..motiff la aku on GPS bagai
btw..aku pergi ngan mad Noor, masa training aku jarang cakap sangat ngan dia
so, bila dia tanya sapa yang boleh amik dia kat LRT Titiwangsa,
maka akulah yang paling sesuai (sebab opis betul-betul kat situ)
pandangan aku, dia ni peramah & gentleman even masa training dialah manusia yang paling kuat memberikan respon delam setiap pekara+ agak hyperaktif (hehehehe) 



restoren ni ada macam-macam
steamboat buffet, makanan melayu, makanan china ngan sate
agak berbaloi-baloi dengan harga
tapi jangan expect steamboat dia macam kat Red Wok/ Seoul Garden
just basic seafood je..tapi Ok
antara makanan lain ada nasi goreng,nasi ayam, char kway teow, ayam bakar,masakan melayu basic la cam kari ayam, rendang dsb.
kemudahan kat sini pun ok. surau pun agak luas


kami pun makan
nyembang
main dengan anak-anak rerakan
star of the day opkoss la anak Alin yang comel tu..dah la cute, mesra lagi
anak bujang Fitry pulak wah wah wah...kemain aktif
anak Zul ngan anak Abang Rashid, behave budak-budaknye
agak meriah la even tak semua dapat hadir

Sebelum balik,
opkoss la misi gegambar beramai-ramai




Overall, majlis terkejut ni agak berjaya la kirenye
Thanks kepada semua kawan baru yang sudi memberikan komitmen dari segi kehadiran & duit
walaupun memang semua orang ada kesukaran masing-masing kan :-)
InsyaAllah..jika ada masa & rezeki kita akan buat lagi


p/s: Isteri Fitry yang tengah sarat pregnant pun hadir malam tu, dia dijangka due pada 10hb Ogos gitu, then Sabtu 4 hb Ogos Fitry post dalam FB yang isteri dia dah selamat melahirkan seorang princess..Hehehe..ke baby terkejut dengan kawan-kawan mak bapak dia memekak kat luar :-)



dzuli

2 comments:

  1. tentulah seronok kan Iftar dengan kawan2 baru ni. moga silaturrahim akan lebih rapat ...

    ReplyDelete