Tuesday, August 28, 2012

random sangat

sedar tak sedar dah masuk 3 bulan lebih kat tempat ni
kadang-kadang busy, kadang-kadang rilex gila-gila
(ekcelly busy tu < rilex hehe)

so apebende yang aku buat dalam tempoh 3 bulan ni

1st month - memang banyak melangut, banyak baca-baca specs,tengok-tengok calculation je

2nd month - bulan ni memang chalengging, outstation,training,kursus, exam dll

almost full

3rd month - I've got my 1st  project. tapi memang dekat seminggu jugak termenung depan drawing sambil    berulang alik bilik boss & colleagues

1st projek...simple je

so, aku rasa kerja baru ni agak best la, environment memang totally berbeza dengan kerja-kerja aku sebelum ni. sebelum ni more on implementation/execution, sekarang more kepada planning & design.
tapi maybe sebab aku sangat fresh, banyak benda yang kena tau, sistem pulak macam-macam, itu nak kena update, ini nak kena semak. Panjang cerita kalau nak buat sesuatu pekara.

semua benda memang totally berubah, aku ke yang berubah, kerja ni yang buat aku berubah ataupun masa yang mengubah aku?
takdelah, maybe aku sampai ke satu "tahap" dalam kehidupan untuk stop fooling around and more concentrate terhadap apa yang sedang aku buat sekarang ni.
But I think perubahan paling ketara ialah kat wardrobe aku la hehehe. penuh ngan baju-baju kurung. Maybe ni satu kebaikan la, at least lebih sopan & menutup aurat. Kemeja,slack,blouse,cardigan semua dah simpan dalam kotak. ada setengah dah pass kat kakcik.

A few days ago, ada sorang kawan sekolah menengah aku call, (purba sangat,kawan sekolah taww), then kami sembang-sembang, dia kata aku agak berubah sebab dulu dia tanya sepatah aku jawab sepatah..well, Its been almost 10 years..lama tu, kalau baby baru lahir dah nak masuk darjah 4 tau.
Then semalam kawan-kawan sekolah rendah add aku kat facebook page apetah, (sekolah rendah lagilaa purba) even we hardly remember each other, tapi setelah aku memerah otak, ada la some of them yang aku ingat, but diorang still panggil aku dengan nama panggilan masa aku kecik-kecik..Goosebumps ok! malu dengar nama tu.(nama panggilan tu manja sangat, tak sesuwai dengan ai zaman 2012 ni)

kenapa ntah aku rasa semenjak-duamenjak ni connection dengan rakan-rakan macam makin luas :-)
jupe kawan sekolah rendah,sekolah menegah,kawan-kawan baru masa training dan seorang rakan blog yang aku jumpe secara live masa ramadhan setelah almost setahun beborak dialam virtual.
Youknowwhoyouare :-)

family pulak agak busy dengan macam macam hal, terutama dengan somebody's big day yang InsyaAllah akan diadakan bulan 12 ni. aku rilek je, just nak p tempah baju & beli apa-ape yang patut supaya majlis yang sederhana itu menjadi agak sempurna,

Then dah nak masuk bulan 9..my birthday coming soon (tak penting) and aku sedar tahun ni takde percutian mega lagi hahaha..apasal ntah, semua lampi, busy dengan acara mencari rezeki kot. harap-harap jadilah plan mega aku,Zu,kak Syidah & rakannya untuk berparti buih kat Singapore (tengok, niat pun dah tak betul)
tapi semua ahli jemaah masih belum memberikan kata putus berkaitan dengan tarikh, so aku pun malas nak pikir-pikir lagi. kot-kot tiba-tiba aku ada keberanian nak buat solo trip ke (berani sangattt)

kewangan pulak, Alhamdulillah...everything semakin baik. cuma aku nak menabung dengan gigih sebab panjang umur tahun depan ada peluang untuk aku p Melbourne tanpa dikenakan kos penginapan. peluang tu..so marilah menabung dalam tabung aranab kaler pink.

cukuplah karutan di pagi selasa yang hening dan sejuk ni.
dah la pagi tadi lambat gila-gila sampai opis kerana overslept  (6.40 baru terjaga), lepas tu jammed merata-rata sebab hujan. syukurlah bosses sorang pun tak sampai lagi :-p



dzuli

No comments:

Post a Comment