Tuesday, September 4, 2012

Rumah Terbuka Janji Ditepati

seluruh rakyat Malaysia  mesti dah sedia maklum
31 Ogos, kita menyambut kemerdekaan
dan tahun ini yang ke 55..
dah nak masuk umur warga emas da Malaysia terchenta ni

sebagai rakyat, aku hanya mengharapkan keamanan,kestabilan politik,pengurusan sisa pepejal yang lebih efisyen, public transport yang lebih baik,pengawalan kemasukan pekerja asing dan cukai yang berpatutan dengan taraf ekonomi 27 juta rakyat ni.
ekcelli,kalau semua ni dicapai,mungkin rakyat tidak memerlukan brim,krim dll..hehehe (just saying)

so, sebagai salah satu tugas sampingan aku, kami  pergi ke Perhimpunan Janji Ditepati pada 31 Ogos haritu.
aku pergi naik LRT dan balik juga naik LRT, agak meriah, ramai orang
cuma, perhimpunan yang niatnya menyemarakkan patriotism di kalangan rakyat Malaysia, tak perlu la dicemarkan dengan perangai remaja-remaja tengah nak up. Aku rasa tak perlu bawak vuvuzela (sejenis trumpet bising gila) ngan pakai wigs (macam rambut "punk"). Just bring your spirit, it is much better.

By the way, ni jugak kali pertama aku betul-betul masuk kedalam stadium Bukit Jalil tu. memang blurr,pintu tak tau kat mana,just bantai2 ngan ikut-ikut orang je. Last-last jumpe jugak kawan-kawan.

lebih kurang pukul 6.00 p.m-dah ramai
kereta tak boleh masuk, bas je yang boleh
dikir barat Malaysia Book of Records

setakat tu jelah laporan perhimpunan yang sempat aku cover, kerana masalah dalaman, aku tak boleh tunggu sampai abis. 


Sabtu pulak (1 Sept.2012), almaklumlah masih mood raya kan, aku dapat 2 jemputan rumah terbuka.
satu umah kak Azma dan satu lagi Faezah. Faezah ni kawan masa kecik-kecik aku sampai sekolah rendah & menengah, kami terpisah almost 14 tahun sebab kerjaya bapak-bapak kitaorang. ekcelly, mak & ayah kami pun ialah rakan baik gitu.

tapi ada dugaanya, masa nak pergi rumah kak azma, Pkachan kesayangan aku telah melanggar sebuah Pesona masa nak keluar simpang..adoiii...syukurlah tak de ape-ape kat pesona tu (minor calar) tapi Pkachan aku la, lampu retak,bumper terkeluar sikit..sedih.Tapi terima kasih banyak2 kat tuan pesona tu sebab lepaskan aku, :-)
Tapi, aku teruskan jugak perjalanan, sebab aku kat Gombak, umah kak Azma kat Selayang, aku tau Pkachan aku gagah berani, dia tak terkesan hahaha.
Open house rumah kak Azma sangat meriah, makanan macam kenduri kawin je hehe. Thanks Kak, you are nice host.

3 of us

dah setel urusan rumah kak Azma, kami gerak ke Sentul pulak, aku janji ngan Ean (also my childhood fren), tapi ada banyak consequences dia lambat sikit, akibatnya kami datang open house rumah Faezah time maghrib (baguih sangat kann?) tapi tuan rumah menyediakan kelengkapan solat yang secukupnya kepada para tetamu hehe.
masa ni memang gebang sakan, tapi Faezah sebagai tuan rumah tetap kena menjalankan tanggungjawab dia, bayangkanla recall back cerita 20 tahun dulu memang lawak.

sebab tanak balik lewat sangat, dalam pukul 9.00 p.m kami gerak balik, sekali lagi Pkachan aku dapat aral, boleh tayar masuk longkang, adoi laaaa..kesian beliau. Syukurlah ada sorang brader yang kami jumpe kat rumah Faezah tadi +pak guard ngan sape-sape tah  tolong. Thanks ek.
Lepas antar Zu balik rumah & Ean dekat LRT Kelana Jaya, aku terus pulang dengan doa supaya aku & Pkachan selamat hendaknye.

persahabatan more than 20 years.
Zuraida mesti kena ada :-)

Even macam-macam berlaku, syukur jugak sebab semuanya dipermudahkan oleh Nya. sekarang tengah peninh fikir kos nak repair budak Pkachan tu :-)


dzuli

5 comments:

  1. gua dah kate... gi bayar zakat.. hahahahah

    ReplyDelete
  2. hahahaha.. gambaq x amik lagi.. lupa la..mggu ni balik reja kul 7.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala..gottileb tu dekat je kot..tak bole lebih 7 hari weh..ada 2 hari je lagi due date dia..tolong amik today.dia tutup kol 8

      Delete