Wednesday, October 3, 2012

Ipoh-Kuala Sepetang-Taiping


sekembalinya aku dari explorace Kuala Terengganu-Kuantan-KL hari tu
selepas menyiapkan kerja-kerja hakiki yang ber"deadline"
maka tibalah weekend yang indah lagi permai (29 September 2012)

plan awal ialah untuk pegi Cameron
tetapi cuaca yang kurang baik, membuatkan kami mengubah plan
maklumlah Cameron Highland terkenal dengan tanah runtuh tambah-tambah pulak musim-musim hujan macam ni.
jadi, kami telah menukar plan. ada baca pasal Bird Sanctuary kat Kuala Gula, Kinta Natures Park, Batu Gajah &  Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang

So, kerana busy sikit
plan awal jadi sedikit kelam kabut.
Hotel kami booking last minute
tentatif program pun tak buat betul-betul
oh..jemaah kali ni ialah aku, kak Azma, Zu, then akan ditambah oleh kak Syidah and kak Fiza
apabila sampai di Ipoh nanti. ini kali pertama aku,Zu and Kak Syidah jumpe Kak Fiza. Juga kali pertama Kak Azma jupe kak Syidah. (sessi ice breaking sampai cair)

perjalanan dimulakan seawal jam 9.00 pagi (awal sangattt)
lepas amik semua jemaah ditambah dengan sesat sikit, dekat pukul 11.00 pagi baru bertolak ke Ipoh haha..
sampai Ipoh kami berenti makan kat Ipoh Hainan Chicken Rice (legend Ipoh ni) Wajib try.
sebagai seorang bekas warga Ipoh, aku tak la terkejut sangat tengok bill
tapi bagi warga KL tegar seperti kak Azma, haruslah dia terkejut tengok bill makanan untuk 4 orang yang tak sampai RM 40 pun haha...(suprisingly cheap la kan?)
btw, restoran ni ada gov tax, ambiance yang bagus, food yang sedap (penting) tapi harga yang sangat-sangat reasonable.

1st time dapat snap pic ni :-) sebab jadi co-pilot
ambra juice asam boi-terbaekkk

Dah makan, dah solat, amik pula jemaah-jemaah dari Ipoh
last-last dekat 4.00 p.m baru gerak ke Kuala Sepetang
so, agak lewat kan.?
sampai sana, check GPS, kuala Gula Bird Sanctuary 40 km lagi,
skip Kuala Gula
cari Hutan Paya Laut Matang
sesat pulak, tapi kami jumpe Jeti Nelayan Kuala Sepetang
banyak burung bangau, cantik..
tapi condition jeti tu tak elok sangat, tak tau la maybe kami stop dekat yang tak elok
tiba-tiba
aku tersedar
yang aku tertinggal DSLR aku 
T_T *nanges*
nasib la ada compact camera, kalau tak sia-sia jelah percutian ni tanpa gambar 10 Mp keatas hahaha

nampak sekawanan burung bangau itu?
zu,kak Azma,Kak Fiza,Aku- #retis sangat kitaorg
Sekitar Jeti Nelayan

dah lepak-lepak
amik gambar macam-macam pose
termasuk la pose ala-ala cover album K-pop
kami meneruskan niat cari Hutan Paya Laut Matang
tetiba, minyak dah "E"
cari petrol station punyalah jauh
lepas tu cari balik tempat tu dengan bantuan GPS (tadi mula-mula tak jumpe tempat ni dalam GPS)
rupe-rupenya dekat gila ngan Mee Udang Mak Jah tu..
masuk dalam dah 6.30 ptg
ingat nak naik bot dia, tapi faktor-faktor keselamatan 
kami batalkan niat itu, almaklumla senja-senja lepak dalam hutan, dalam sungai
tak bagus...
So, kami hanya berjalan-jalan diatas platform yang merentasi hutan paya bakau itu
platform yang bersih
kayu bakau yang berbagai species
bau hutan..mmmm....tapi species-species fauna (kecuali nyamuk) dah takde
maybe dah balik ke sarang masing-masing kot.
ada calet jugak kat sini
ada beran mau tido dalam hutan paya bakau?
platform ni panjang, tapi kami tak sempat jalan sampai habis
aku rasa penghujung dia paya kot..

entrance
walkway-bersih & kukuh
jeti utk naik bot

dah habis mencairkan lemak-lemak kat sini
perut pun lapar ngan tekak dahaga
so, ape lagi trademark Kuala Sepetang
mestilah Mee Udang banjir Mak Jah
dulu aku pernah pegi yang Mak Teh
Mak Jah ni memang famous, masuk JJCM, 
ramai gila orang, tapi servis cepat.
kali ni aku try kuew Teow goreng Udang
aku kurang suka mee kuah tu.

mee udang banjir-penuh ngan udang
kuew teow goreng udang

sebenornye, aku bukan peminat udang sangat, tambahan pulak udang yang sekor-sekor (tak buang kepala/sesungut) tapi dah alang-alang kat sini, maka kenalah cuba

Setelah melantak udang tak ingat, terus bertolak ke Taiping (kami booking hotel kat Pekan Taiping)
sampai Hotel, terus mandi-mandi
solat jamak..lepak-lepak kejap
then, kami mahu mengopi..hahaha
tak cukup segala mak nenek kopitiam kat KL, kita try kopitiam kat Taiping pulak
Kami lepak kat The Gate Cafe,
meriah sebab kebanyakkan kedai kopi kat tepeng ni chinese coffee shop, so sini antara yang Halal la..

white coffee & toast

Dah kenyang makan-borak
balik hotel, sambung borak lagi (biasalah when 5 girls in one room)
akibatnya pagi Ahad semua lebur balik lepas sembahyang subuh
konon-konon nak jogging kat Taman Tasik Taiping la
nak breakfast Taiping style la..habiss

Tapi we had our hearty lunch kat  sebuah gerai dekat dengan Penjara Taiping
sedap, ada ikan bakar. Price juga reasonable.
Then kami meneruskan perjalanan ke Ipoh.
layan bowling seround dulu

Penjelajahan ke Ipoh tidak lengkap tanpa makan Capati Medan Gopeng
Nostalgia zaman dulu-dulu ni, masa jaga projek kat Ipoh dulu, aku & colleagues suka gak makan sini
capati dia fluffy & tak kering, pekena pulak dengan kuah sardin..nyummsss...

capati lejendari..

around 4.30 p.m, setelah menghantar kesemua jemaah pulang ke rumah masing-masing
kitaorang pun gerak pulang ke KL

Tapi..sebagai penutup,
kami pergi layan Jeram Ikan Bakar kat Kuala Selangor tu
layan sotong celup tepung, asam pedas ikan sembilang, ikan bakar, tomyam bagai
dah kenyang sampai tak larat nak jalan,
barulah pulang ke rumah masing-masing

asam pedas ngan ikan bakar tak sampai lagi

Actually trip ni bukanlah ada misi tersendiri
just nak hang out ngan rerakan
nak releasekan tension sikit maklumlah 3 of us (aku, Zu,Kak Syidah) memulakan career baru *ecehh*
since that memang kami agak busy
so, misi success
akibatnya jugak,
aku dapat sore throat

T_T (banyak minum ais kot)


dzuli

No comments:

Post a Comment