Monday, October 1, 2012

Terengganu-Kuantan dalam 55 Jam


last weekend
aku telah berjaya menjejakkan kaki
ke satu-satunya negeri di Malaysia
yang aku belum penah pergi (sedih)

Tapi..memang aku bukan pergi untuk bersuka ria la kan
untuk menunaikan tanggungjawab bagi mendapatkan rezeki yang halal *gituu*
macam explorace pun ada
tak sempat pun aku nak pegi makan sata la, otak-otak la, ikan celup tepung yang digembar-gemburkan itu
dah tu, ada la 2-3 tragedi yang berlaku
tapi, Alhamdulillah dapat ditangani dengan jayanya

Tentatif:

23 Sept. 2012
2.00 p.m- bertolak dari KL
8.00 p.m - sampai Kuala Berang, makan-makan 
10.00 p.m - sampai hotel, Permai Inn (not bad la hotel ni) 

24 Sept. 2012
8.00 a.m - checkout dan breakfast. 
8.30 a.m- on the way pegi wisma negeri, didapai tayar Pkachan telah pancit, dan boss aku yang telah menukar tayar itu. *timakasihbos* oh terima kasih jugak kat adik pekerja hotel tu.
10.00 a.m - gerak pegi site dari Wisma Negeri
12.30 p.m - pergi lunch kat Restoran Selera Kampung yang agak famous kat Kuala Berang. Ikan sungai ada  yang berharga RM 100-200/kg..T_T
2.30 p.m - on the way balik wisma negeri, sempat la singgah kampung losong yang digembar-gemburkan itu.
3.30 p.m - memulakan perjalanan ke Kuantan pula, rasa busuk lak sebab dari site tadi haha..*pasrah*
6.30 p.m - arrive Masjid Besar Kuantan, ala yang femes dengan acara iftar tengah padang ketika Ramadhan tu.Memandangkan aku penah stay Kuantan 3 tahun, maka aku tak jakun sangat pun
7.30 p.m - check in Hotel dan hanya melepak dalam bilik tengok TV sebab letih dan dah takde mood nak keluar.

ni, ikan sungai yang mahal, tapi aku tetap tak makan
Keropok Losong Adnan-dikatakan one of the best
Boss yang snap gambo ni-kat hotel permai Inn
sedang tekun bekerja #propa

25 Sept.2012
9.30 p.m - checkout hotel dan terus ke tempat meeting. aku dah ber ayu-ayuan berbaju kurung tapi tak masuk meeting sebab kang budak praktikal ni nak tinggal mana pulak
11.00 p.m - pegi lepak kat Old Town Air Putih sementara tunggu boss meeting. tetiba keta aku kena saman dengan MPK. adohaiiiii...aku ingat shoplot camtu MPK tak ade.
12.30 p.m - pegi site visit pulak, dengan baju kurung dan sandal aku berjalan-jalan di kawasan yang tengah buat earthwork. pehhh...
3.30 p.m - pergi memborong keropok lekor kuantan lak (kiriman kawan).
4.30 p.m - bertolak dari Kuantan.
9.30 p.m - sampai umah dan tido

tudiaaaa...pack gila.
tapi syukurlah walau ada sedikit tragedi tak best, aku sampai kerumah dengan safe and sounds
InsyaAllah, ada rezeki aku akan melakukan personal travel ke Kuala Terengganu lagi


26 Sept 2012
_
_
_
_
hamekawww

T_T

dzuli

No comments:

Post a Comment