Wednesday, November 28, 2012

random sangat - 2


It's been a long month..
dan dalam masa beberapa minggu ni aku sangat busy dengan kerja-kerja hakiki
and my 1st ever design dah siap :-D
of course la tak proud sangat, baru perasan banyak benda yang boleh diimprove lagi
tapi sebab benda ni urgent gila, maka almost 2 minggu balik lambat (balik lambat rare di pejabat ini okeh), present, discussion, amend drawing..bla..bla..bla..

ciwi sangattt..orang lain dah design KLIA ooi
ada satu time aku rasa macam melayang-layang masa jalan nak balik
bukan aku tak biasa busy ataupun letih
tapi cabaran buat civil design ni lain sikit..letih otak melampau-lampau
ada sekali sampai flat jugak la bila balik.
tapi kepuasan A+ :-)
then masa yang sama JPP untuk projek yang aku uruskan pun nak meeting in the same week
adoi...kejap jumpe boss A, kejap jumpe boss B
Alhamdulillah, semua dah siap dan tinggal sikit-sikit je lagi
seriously ni paling letih mental aku rasa,
kalau cabaran kerja, percayalah aku pernah buat mende lagi teruk dari ni

banyak kena rijek T_T

selain daripada kerja hakiki
family punya tanggungjawab pun tak boleh diabaikan
almaklumlah, InsyaAllah walimatul urus adik aku yang sorang tu tak sampai sebulan pun lagi
last weekend memang busy jugak la
hari sabtu kitaorang memecut ke Nilai (aku malas nak p KL) untuk beli barang-barang doorgift,
balik Nilai, amik Najah dekat UKM then shoot terus pegi Mid Valley (tempat hazab parking)
dah tawaf mid valley untuk carik kasut (tak jumpe pun)
last-last jumpe kasut idaman dia dekat Bangsar Village
Ahad pulak pegi fitting baju kat Puchong dengan cari bunga telur dekat SSF
dalam dok busy tu sempat jugak la kami jalan-jalan cari makan
  1. Burger Bakar Abang Burn,Ramal Food Junction - takde la superb sangat tapi bolelah ganti McD 
  2. Pancake House,Mid Valley - not bad, will come gain for their fluffy pancake
  3. The Loaf, IOI Mall - bakery, roti & brownies yang terbaik dari ladang dengan harga berpatutan 
  4. Tappers Cafe, Cyberjaya - penah try yang dekat Setia Walk, tapi Cyberjaya punya ambiance seronok lagi, food yang sedap with reasonable price.
beger bakar.burn baby burnnnnn
tacos-pancake house
chicken parmigiana
semua sedap-sedap


sebagai kakak kena la bagi sokongan padu
harapnya majlis akan menjadi sempurna walaupun sederhana
tapi tetiba aku kena buat doorgift T_T
sebagai wanita yang amik KMT (kemahiran manipulatif tambahan) masa menengah rendah dan PKA (pengajian kejuruteraan awam) masa menengah atas
haruslah aku terrer sangat kan benda-benda cenggitu
nasib baik la housemate aku,Farhana tu tolong-tolong sikit
nasib la ghupe dia camne pun ek haha

prototaip  kekdahnye

aku juga telah menonton Breaking Dawn Part 2 pada hari pertama tayangan babeh !!!
kalau tak salah ni 1st time aku tgk movie hari pertama tayangan
gigih kan? dah la ramai gila, dapat seat row 4 dari depan
dan hasilnya setelah 3 siries aku berada dalam team Edward, kali ni aku berubah kepada team Jacob
sebab dia sangat sexy dalam breaking dawn part 2 ni *mode gatal*
akhirnya Twilight Saga pun berakhirla dengan ending yang memuaskan hati..ye lah dah adaptasi novel, kena la ending sama ngan novel.

source:Google Images
so, tu jelah karutan aku di petang hari ni :-)


dzuli

No comments:

Post a Comment