Sunday, November 18, 2012

thai tom yam kung- putrajaya

masih belum terlewat untuk ucapkan SalamMaal Hijrah buat semua muslimin dan muslimat,
semoga kedatangan tahun baru ni memberikan perubahan yang lebih baik kepada kita
tak lupa juga untuk mendoakan keselamatan saudara kita di Palestin yang sedang berada didalam kesusahan, kalau tak mampu buat apa-apa, doa saban hari pun satu bantuan. InshaaAllah. Aku ada kawan di Gaza yang update hampir setiap masa tentang keadaan disana, bila baca status FB dia, baru nak gelak-gelak happy pun rasa insaf kejap, so many blood & tears there. kalau jumpe mana-mana persatuan macam viva palestina, islamic relief etc, hulurkanlah bantuan setakat termampu. tanggungjawab sesama muslimin-muslimat kan..

Okey, kembali ke tajuk asal, cuti maal hijrah haritu, kami gunakan kesempatan untuk bergathering (4 orang geng single mingle some available,some not la). so pagi tu aku, zu and kak syidah bersuka ria dekat Taman Botani, then tengahari janji ngan kamal and had our lunch dekat Thai Tomyam Kung Putrajaya. Ni second time la aku makan kat sini.
menu yang kami order hari tu

sizzling black pepper beef -RM 15.90 kot (m)
air tembikai sejag-RM 13.90
kangkung crispy-must try- RM 5.90 kot
tom yam kung-sedap-RM 15.90 kot 
nasi putih aku :-P
semua diatas cost us about RM 62. agak reasonable, semua sedap. kami lepak kat situ sampai dekat pukul 4.00 p.m tapi yang best diorang tak halau or bagi2 hint untuk halau pun teheee..
biasalah lama tak jumpe, bayak la topik-topik yang nak dibincangkan.
sape-sape yang datang precint 15, bolelah try ek, restoran ni dekat dengan Mr Kabab & Nasi ayam Gemas.


dzuli

No comments:

Post a Comment