Thursday, December 20, 2012

dia terima nikahnya

tajukkk, macam filem kan?
akcelii tanggal 14.12.12 yang lalu, seorang adik aku telah menamatkan zaman single minglenya dengan telah menjadi isteri kepada jejaka pilihan beliau sediri
majlis yang sedarhana diadakan di rumah kami,
syukurlah semuanya selesai dengan sedikit drama apabila pengantin lelaki lambat tiba kat masjid *hehehehe*
maka, telah pencenlah jawatan aku buat sementara waktu menjadi supir ke butik-butik pengantin & kedai-kedai bunga di seluruh Malaysia

majlis walimatul urus pada 15.12.12. Alhamdulillah, ramai jemputan hadir, doorgift habis, makanan pun tak banyak membazir dan hujan petang tu. memang tetamu non stop sampai ke malam.
Terima kasih banyak-banyak kepada Kak ipar aku,makcik-makcik dan cousin-cousin yang bertungkus lumus membantu dalam pelbagai pekara.

Epik-epik sebelum majlis
  1. bunga untuk pelamin dibeli pada pagi sebelum hari pernikahan, aku ngan najah memblurkan diri didalam kedai bunga sebab tak tau nak beli apa
  2. baju pengantin siap 2 hari sebelum majlis. pagi sebelum aku balik kampung, meredah jem LDP nak amik baju tu kat puchong. keta aku dah macam almari baju.
  3. pelamin & set bilik tidur buat sendiri, tak ditempah
  4. hari khamis (sehari sebelum majlis akad nikah) aku ngan najah pegi penang nak buat cupcake untuk dessert buffet, tetiba bolelah pulak takde elektrik kat umah kacik, akibatnya aku ngan najah macam pencurik geledah umah dia dalam gelap, cari barang-barang untuk buat cake tu dan bawak balik  kat umah (kulim), lepas tu dah tengah jalan baru teringat canola oil, susu dsb tertinggal. Malam tu sekali ngan bakal pengantin kena buat kek haha, pastu nak kena berinai lagi, dah mak aku mebebel-bebel sebab dia nak tido & adik aku sibuk dok buh icing atas kek.
akhirnya, syukurlah semua selamat. aku cuma berharap yang terbaik untuk mereka, kebahagiaan dunia akhirat *lagu tema: In team*

kasut berangan Bella Swan, Twilight
baju nikah

abah juga tacing, sama-sama tacing
gambar standard lepas nikah
pelamin hiasan sendiri yang belum dikemaskini
gambar standard kenduri
fresh flowers, thanks kepada Ilya
sticker itu juga rekaan @doyahmdnoor




dessert buffet, semua cakes diatas ialah homade
dah kahwin,sukahati korang la nak posing camne pun

akhirnya, aku tau bahawa menjadi host untuk walimatul urus ialah sangat letih yo, dulu masa kenduri abang, rilex je sebab majlis kat Felda, kawan-kawan mak ramai (persatuan wanita la hapekebenda la) hehehehe,
InsyaAllah majlis bertandang di Muadzam pada 25.12.12, semoga semuanya berjalan lanjar & selamat hendaknya *jauhnyenakdriveuolls*

dzuli

2 comments: