Monday, December 31, 2012

recap-2012

InsyaAllah esok kita akan menyambut tahun baru 2013. another year have passed. so harapnya tahun depan akan dipenuhi dengan kejayaan-kejayaan untuk dunia dah akhirat :-)

dah nak masuk tahun baru, mulalah teringat kenangan-kenangan dan pencapaian-pencapaian tahun ni kan..
untuk aku, tahun ni maybe agak slow dari segi jalan-jalan cari pasal ataupun aktiviti-aktiviti menarik. mungkin sebab banyak hal (bertukar kerja, family event dll) tapi Alhamdulillah ada benda-benda yang still menggembirakan hati. ewahhh.

1. Februari 2012
jalan-jalan buat hal kat Tropicale Colmar, Bukit Tinggi dengan Zu (lah,siapa lagi kann). short trip, tapi sangat fun. Kalau bukan sebab Zu, mebi aku tak sampai lagi sini walaupun hanya sekangkang kera dari KL haha.



2. May 2012 (nampak sangat Mac ngan April takde ape-ape aktiviti )
i. aku pergi membuang masa di Gold Coast, Sepang lagi dengan Kak Azma Pulak.

sunset tak jadi
ii. Aku berjaya menghantar resign letter kat previous company, kali ni bukan dengan linangan air mata (macam tahun 2011 dulu) tapi dengan hati yang berbunga-bunga dan bersyukur. Alhamdulillah.

colleagues company lama
iii. Kali pertama sampai kat Segamat Johor walaupun aku orang Malaysia yang tak pernah dok luar negara. Kali ni sebab member aku kahwin,

kalau bukan kerana Liza, mungkin aku masih tak tau segamat kat mana

3.June 2012
i. Menikmati keindahan Paya Indah Wetland. Tempat ni best and highly recommended

ikon Paya Indah Wetland
ii. Bulan ni aku tengah struggle kat tempat baru, Office jauh dari umah, banyak training kena pegi dan adjusting my life untuk situasi yang completely berbeza sangat.


4. Julai 2012

i. Melepak lagi di Floria 2012, aku memang suka Floria Putrajaya, Aummmm

buggy
ii. Pertama kali jugak pergi Kota Bharu Kelantan (dengan tak malunya mengaku). walaupun atas sebab urusan rasmi, tapi sempat jugak la feel-feel kelantan.

the famous Pasar Siti Khadijah
iii. Kena pergi kursus selama 8 hari kat Genting View Resort. Lama okeyy, bole rindu kat tilam bantal kat rumah sendiri.

monitorku sayang-one of the activity


5. Ogos
Ogos ni bulan Ramadhan Al Mubarak, aktivity slow sikit, tapi Iftar bersama kawan-kawan dan keluarga is a must :-).
Ramadhan ini jugak aku jumpe seorang rakan maya aku iaitu blogger yang dah mempunyai fanpage sendiri.
orang yang suka travel mesti kenal blog dia. Thanks Fatt sbb sudi berjumpa aku secara live ahahaha.
Aidilfitri  tahun ni pun best sikit sebab semua family member balik.

Iftar dengan kawan-kawan baru :-)


6. September 2012
aku dipaksa pergi ke perhimpunan Janji ditepati, 1st time masuk ke dalam SNBJ dan mungkin aku tanak masuk dah hehe. bukan ape, just not my thing, tu je.

dikir barat teramai di Malaysia kekdahnye.


7. Oktober 2012
i. aku telah menjejakkan kaki buat kali pertama (kali pertama lagii) di Terengganu. kali ni atas urusan rasmi jugak, tapi kali ni betul-betul menjejakkan kaki sahaja, tak sempat mengular. maka haruslah diripit. InsyaAllah.

taste of terengganu yang sempat dibawa balik

ii. Setelah 6 tahun lebih meninggalkan kuantan, Aku kembali semula (tu pun sebab tugas), pehh, down to the memory lane la kiranye.

iii. Roadtrip ngan kak Azma, Zu, Kak Syidah ngan Kak Fiza, KL-Ipoh-Taiping. Walaupon lokasi yang dekat dan nampak cam tak menarik, but it was a blast, we have fun and kenal kawan baru :-)

hutan paya laut matang, kuala sepetang

8. November 2012
i. kali pertama lagiii pergi ke Sunway Lagoon. Totally Free and easy yeah..aku bukanlah penchenta theme park, tapi I have a great time spending my weekend here gituuhh..

mungkin akan ke legoland pula 

ii. Beriadah & berphoto gedik kat Taman Botani yang walaupun sekangkang itik dari rumah, tapi tak pernah terasa nak pegi.

teringat canopy walkway Sg.Sedim

9.Disember 2012
events terbesar untuk family kecik aku, My sister wedding. tanggal 14.12.12 yang lalu dia telah pun selamat diijabkabulkan (bahasa novel please) dengan Khairul Idharm, sekarang mereka sedang bergembira berhoneymoon di sana-sini. Semoga kegembiraan mereka sehingga ke akhir hayat hendaknya.

comey banner rekaan doyahmdnoor ni
big bad wolf book fest juga pada bulan ni. events ini membuatkan aku tawaf MIECC sebanyak 3 kali. dan baru 2 bijik buku yang habis dibaca ehehe

bila nak abis baca ntah

so, even tahun ni ada beberapa pekara (terutamanya trips) yang terpaksa dibatalkan atas banyak sebab, namun aku bersyukur sebab dapat melalui 2012 dengan gembira & sihat walafiat. Semoga Allah berikan tahun 2013 dan tahun-tahun akan datang segala kebaikan untuk digunakan di dunia dan diakhirat.
semoga semua orang di luar sana pun begitu ;-)




dzuli

2 comments:

  1. Nak pinjam culture shock New Zealand tue pls! Hehehe.

    ReplyDelete