Wednesday, January 25, 2012

the original sheesh kebab


Terbaek kebab ni. Didapati dgn harga yg sangat berpatutan Di restoran Sultan Hadramawt Bangi. Restoran ni terpencil sikit.. tapi the food quite good. So, kalau nak mkn Arab cuisine dgn harga yang murah, boleh try dtg sini

Published with Blogger-droid v2.0.3

Monday, January 16, 2012

balik kampung = balik makan = reset otak

semenjak aku berhijrah ke kajang ni
balik kampung ialah acara yang rare
masa kat ipoh, mesti at least sebulan 2 kali
so, memandangkan ada rezeki sikit
aku pon amik cuti 3 hari dan memecut cik PKA ke kulim kedah

menyelusuri lebuhraya utara selatan dengan jarak 300 km seorang diri memang membuatkan aku terfikir banyak benda
mostly pasal career and life la..
sbb aku rasa macam aku berada diambang epic fail dalam career idaman aku..
o.k..sudah..
lepas tu masa ni la mula wat survey pasal sikap pengguna lebuhraya la, trend pemanduan la ha ha ha.kalo aku buat thesis/paper mesti aku bole dpat A.

so, 7 Jan 2012 tu, aku gerak dari subang pukul 8, and dalam 11.45 aku dah masuk Juru,
aku pon singgah la kat kakcik dulu..lepak2 tengok awang secara live.
Awang ni kucing senget sikit, dia nampak orang lain, terus menyorok secara extreme, macam takut ngan orang, kesian kau awang...macammana la nak survive dalam dunia moden ni kalo ko perangai macam tu.

muka jambu, nama awang
lepas Zuhur, aku ajak kacik pegi soping dengan sisa-sisa duit bonus ha ha..and kacik belanja aku chillis, ooh, tempat ni mmg sedap, tapi kos satu hidangan = 5 kali makanan kampung haha..Thanks cik, I lap u..doakan I dpt bonus 3 bulan, nnti I belanja U bubba gump

chicken bla bla bla....(tak tau nama)
hasil rembatan aku, dapatla sekotak contact lense salah power, sebijik beg tangan yang agak murah, tapi I suke, 2 botol solution (tak kelass langsung shopping haha).

2 hari aku dok umah, mmg kategori makan tido, nak puaskan nafsu balik kampung, cuma petang Isnin tu je ajak maka keluar Giant Kulim, nak beli bahan buat bihun.
memang enjoy la balik rumah kali ni, mebi sebab betul2 lepak, pegi beli langsir, survey baju pengantin cik bakal pengantin, makan homecook, layan Astro sampai lebam ooh...heaven..

Lepas tu, aku balik kajang awal sehari, bukan ape, nanti letih & aku MC lagi haha
so, aku singgah Ipoh...wahhh baru 8 bulan aku tinggalkan ipoh, development quite fast, hampir2 sesat sebab da banyak build commercial area.

Aku da memang buat appointment ngan best bud aku, Kak Syidah
seronok gila lepak Jusco Ipoh macam 8 bulan lepas, siap sempat window shopping lagi, tak sedar diri, padahal menyinggah je haha.

Lepas tu drive Kajang balik, sambung balik pkir masa depan dalam kereta
survey perangai orang kat RnR pulak, tengok rakyat Mlaysia suka makan ape dekat RnR, (tipu)
Then life aku macam biasa je...


# ape motif entry ni..ahh lantaklah







dzuli

Friday, January 13, 2012

apa yang ada dengan universiti

university is an institution of higher education and research, which grants academic degrees in a variety of subjects. A university is an organisation that provides both undergraduate education and postgraduate education. The word university is derived from the Latin universitas magistrorum et scholarium, which roughly means "community of teacher and scholars (source wikipedia)

alamakkkk....speaking lak.
aku bersyukur sbb Allah bagi aku peluang belaja kat Universiti.
untuk menambahkan rasa bangga aku study kat Universiti terbaik di malaysia..okey lagu..
Universiti Sains Malaysia Menara ilmu terchenta......sambung sendirik

akceli ape ada kt universiti ..
(ni pandangan seorang ex-student yang zaman aku belajar xde politik kampus, xde kebebasan mahasiswa and tak pernah pulak kitaorang baring tengah jalan pukul 2 pagi utk mintak kat lecturer supaya hantar FYP lambat)

berikut ialah benda yang aku rasa seronok sepanjang 3 tahun aku menuntut di Universiti :

1. lecturer yang bagus/pandai/ best
- seriusly lecturer Uni best. Lecturer poli ada macam cikgu sikit (best jugak), lecturer uni lebih profesional, lebih tua (erkkk) ye lah 10-20 tahun experience,  and lebih inspiring. aku ingat lagi aku pegi majlis penganugerahan professor kot utk Dr Hamidi & Dr Farhan..pehhhhhhh, kalao aku ada di tempat diorang mesti aku da melompat2 gumbira tanpa mempedulikan student aku (ok tipu)

2. Syllabus pelajaran yang lebih menarik
- aku rasa 90% subjek masa aku kat Uni dulu aku suke, yang aku kurang minat sikit matematik kejuruteraan je ha ha ha.. aku paling2 suka mestilah highway & transportation ( yang membuatkan aku melangkah kaki ke IJM ini), pas tu aku suke environmental study, aku jugak suka geotek (my FYP opkoss) oh, aku pon suka steel structure design.

- ingat lagi masa buat projek design steel, wood,concrete & geotek, mmg tensen, tapi seronokk. design geotek & concrete paling horror sebab kitaorang tak tido almost 24 hours (sape suruh buat last minit ha ha). masa tu kat kafe Jaya/ Lembaran penuh kelompok2 budak kelas aku dok mengerah otak untuk menyiapkan tugasan supaya mendapat pointer bagus ye hadek2. kami tidak pernah membuat demonstrasi atau mengetuk pejabat pentadbiran tengah2 malam kerana kami semua sibuk buat assignment

3. campus life/ student life
- aku percaya part ni yang we remember & we miss the most kan. aku rasa masa ni la warna hidup aku seceria pelangi. Alhamdulillah Allah temukan aku dengan the most wonderful friend ever. sebenarnya golongan diploma-degree ialah golongan minoriti berbanding matrik-degree, tapi kami semua memang satu kepala, tolong menolong tu memang agenda biasa, tukar-tukar tips exam pehhh lagi la agenda utama masa tu, sekali sekala Iftar sama-sama and yang tak pernah miss open house kat umah aku/ apek sebab umah kami je yang paling dekat dengan U

1st year- masih kurus  ha ha ha..
banyak gambar-gambar masa student life tak dapat aku kongsi sbb , ada yang free hair, dah pon bertudung sekarang, (wajib dia dihormati) ,and  ada seorang sahabat yang telah pulang ke rahmatullah (she is my best friend and almost semua gambar ada dia..Al-Fatihah). so xpe lah biarlah kenangan-kenangan tu disimpan dalam hati je lah ek..

- pastu kami ni memang ada habit/ acara wajib yang mesti kami buat, contohnye lepas exam mesti pegi tengok wayang walaupon cerita cam shitttt, hehe, lagi satu setiap kali Ramadhan wajib pegi sahur kat McD Juru ngan bukak pose ramai2 kat mana. memang best la masa ni, pricelessssss.

dua tahun setengah dah berlalu selepas aku melangkah kaki keluar dari Uni, pencapaian tu xde la hebat mana, Alhamdulillah 2 kali (jee) dean list and aku menganggur lebih kurang dua minggu je. kebanyakkan kawan-kawan pon x de tanam anggur lama-lama.
 Tapi bersyukur dapat embrace life dekat Uni dengan jalan yang betul (no culture shock/ terlibat dalam mana-mana benda pelik)

sebenarnya aku wat entry ni utk hadek-hadek yang ada dekat Uni tu, gunakanlah masa 3 atau 4 tahun dengan betul, ia boleh jadi satu kenangan berharga dan tiket untuk masa depan (usaha) . bukan ke Allah & Rasul sayang orang yang gunakan masa muda dia dengan baik. belajar betul-betul, dah grad nanti perjuangkanlah ape yang korang nak perjuangkan kebebasan bersuara ke, kebebasan waktu keja ke hape ke, do it intellectually and people will respect you.

until now, I'm still a student didalam lautan ilmu milik Allah


dzuli

Friday, January 6, 2012

klepak klepung bunyi kompang

permulaan tahun baru 2012, aku telah mendapat satu jemputan perkahwinan dari kawan baik..
yatta.... seorang lagi geng bakal menamatkan zaman bujang beliau..namenya Rosmanida @ kak Ida.. baik orangnye, beliau ialah kakak cyclist terkenal negara iaitu Azizul Hasni...ha ha ha....tu diaaaa..

Aku mendoakan kebahagiaan mereka sehingga ke akhir hayat. Big possibilities yang aku tak dapat nak pegi kerana ketiadaan geng dan waktu yang tak sesuai. (Raya Cina ialah waktu highway sibuk)

Tadi gigih jugak pegi Alamanda jumpe dia sebelum dia begelar isteri, lagipon dapat kad kahwin (aku lebih suka kad bebanding jemputan dalam FB). Well kak ida, selamat bergelar isteri.. lepas ni kita wat after wed party okeyyy.

walimatul urus Rosmanida & Yusma






dzuli

Sunday, January 1, 2012

RECAP -2011

 macam seronot plak tgk orang buat recap tahun 2011 (iaitu last year)
so nak jugak la..even life aku ni bukanlah menarik sangat kalau nak dibandingkan ngan life Dato' Najib ataupon Siti Nurhaliza kan

Januari  2011 - I menjejakkan kaki ke Sg Sedim...tree top walk terpanjang di asia tenggara tau..

saje  je boh gambar diri sendiri.



 Februari 2011 - I pergi Brunei, my 1st & last overseas trip for 2011. Jangan ditanya kenapa Brunei..

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin- one peaceful night

Mac 2011 - Aku menekadkan diri menghantar resign letter dekat UBSB, dengan linangan air mata

Tempat kerja paling best- I've met a lot of wonderful people here

April 2011 - Proses handing over 1st project aku- zone 1..it was not a joke, very tedious but sangat puas hati bila semua settle.

Finish product- zone 1

May 2011 - Menjejakkan kaki ke IJM -LEKAS highway

Ampangan Toll Plaza- Genset stimulation

June 2011 - Nothing much

July 2011 - Kakcik Engagement..(ye langkah bendul..ye aku faham)

my shots tauuu

August 2011 - Bulan Ramadhan, da start feeling2 financial crisis dalam hidup gua. (aku x beli baju raya tahun ni)

kung pao chicken in yam basket- Iftar with cik tun & kak siti

September 2011 - 
  1. Aidilfitri. 
  2. aku menjejakkan kaki ke Ampang Lookout
Aidilfitri without my brother & sister in law
Nice kan- Malaysia hebat ape..

Oktober 2011 - 
  1. Abah & Mak berangkat ke tanah suci untuk menunaikan Fardhu Haji.Alhamdulillah, semuanya selamat.
  2.  Aku pegi Melaka wohoooo
  3. Aku dipaksa join jadi comitee Adidas King of the road 
ni je benda yang menarik kat Melaka tu
tugas gua utk memastikan tiada kebocoran trafik

November 2011 - Raya Haji without my parents.. sedih woooo. End of the month, my parents selamat tiba ke tanah air.

ala kadar di petang menjelang Aidiladha

 Disember 2011 - 
  1. IJM Give day out di Ulu Bendul
  2. gua menjejakkan kaki ke FRIM Kepong
  3. pegi cari pasal kat Putrajaya Wetland
  4. Engineering disaster di highway - Alhamdulillah, almost settle
ni la ahli-ahli highway LEKAS.

view from lookout tower- Putrajaya Wetland
Track yang membuatkan sendi-sendi terus refresh
hampir diselesaikan

Aku rasa 2011 tahun aku kearah menjadi seorang pencinta alam (dulunya aku pencinta shopping mall)aku tengok, eh..apasal aku banyak masuk hutan ni haha (tapi bukan hutan-hutan extreme la)

so tamatlah riwayat 2011 dalam hidup hamba Allah bernama Dzuliza ni..
hopefully 2012 tahun untuk membetulkan kesalahan 2011 (bole ke macam tu).
semoga aku dapat menjadi Dzuliza yang lebih baik & dzuliza yang lebih beriman
last but not least, aku nak berjaya dunia akhirat..


dzuli