Tuesday, May 29, 2012

semangat Segamat.


last saturday (26 May 2012)
aku telah berjaya menjejakkan kaki ke Segamat Johor,
Sebab ada member aku kawin.
(kalau tak,maybe takde reason untuk aku datang jalan-jalan kat sini kot)

Perjalanan started as early  8.30 a.m
breakfast dekat R&R Seremban, 
ramai sungguh umat manusia, yelah trend Malaysia kalau cuti sekolah kan

so around 11.00 a.m dah exit tol Tangkak,
rupenya Segamat lebih kurang 50 km dari exit Tangkak ittew.

So, around 12.00 p.m baru lah sampai dekat rumah pengantin ni.
Liza (purple dress) dia ex-colleagues aku masa kat UBSB dulu,
member sama-sama pegi tengok wayang,lepak mamak, lepak starbucks ataupun balik lambat sebab buat report.

clockwise: aku,kak syidah,cik tun,liza
She and her Husband 
Drinks: Carbonated tau..
Serious  best beriyani itu

oh forget to mentioned, adat orang Johor, sebelum pihak lelaki nak masuk untuk bersanding,
sedara mara belah perempuan akan tahan diorang untuk kutip "tol"
lepas beberapa halangan/"tol" barulah diorang boleh masuk :-)


Lepas beberapa siri mengambil gambar (banyak yang K.O daripada O.K)
so, kami meneruskan perjalanan balik KL semula,
oleh kerana tangkak amat famous dengan kain pasang yang murah (pernah masuk Majalah 3 uolls)
so, kami pon berhajat untuk mengusha,

Tapi, aku telah dinasihatkan supaya tak beli kat tangkak, tapi pegi dekat HQ Jakel kat pekan segamat tu,
so, aku ngan Kak Syidah pun pergi ke tempat yang dicadangkan

cotton dari pelbagai negara (japan/italy/U.S*tipu*)
penin..masa tu pulak ada happy Hour
So, kerana budget yang agak tight, aku dapat la sepasang printed chiffon dengan harga RM 54.00 (murah jugak la)

Kak Syidah rembat printed chiffon RM 50, ngan cotton RM 30. Biasa la tokey besar..

Lepas tu terus balik KL, syukurlah tak jem (opposite side, jammed like crazyyy)

So, Selamat pengantin Baru untuk Liza, semoga bahagia sehingga ke akhir hayat.


dzuli

Thursday, May 24, 2012

IJMHS-More than words


LEKAS (IJMHS) Hmmm..
satu experience yang sukar nak digambarkan dengan kata-kata
so aku gambarkan dengan gambar-gambar :-P

Aku menjejakkan kaki kat sini atas dsar kecintaan mendalam terhadap highway and masa tu angin sengal aku utk berenti dari UBSB tengah naik.
So, after a very bad 1st interview,
Aku dipanggil utk 2nd interview..and maybe Allah tetapkan aku kat sini utk sesuatu.

After a year..phew..a long  year ok..I have to resigned kerana aku perlu berkhidmat untuk penaja biasiswa aku. :-p

The Good
  •  banyak sangat benda baru yang aku belajar. as a fresh in highway operation in maintenance, memang aku sangat excited. seminar, technical briefing,  even KIK presentation pon aku sapu semua
  • Meet a lot of people, kalau masa project dulu, kehidupan revolves around the project, but here, memang dapat bergaul dengan ramai orang.LLM is a platform untuk jumpe mereka-mereka yang dari bidang yang sama. 
  • Dapat ramai kawan..biasalah, da jumpe ramai orang, opkoss some of them jadi kawan
  • Perasaan best bila dok tepi jalan (masa major repair) then ada budak2 civil eng nampak aku then diorang pun berangan nak jadi cam aku (trust me, aku macam tu lah dulu)
  • banyak kumpul souvenir, non woven bag,organizer hehehe. selalu bila ada technical briefing, supplier akan bagi ape-ape complimentary gift gitu.
  • Banyak event yang agak menarik macam  IJM give,masak bubur lambuk an distribute to user.

gambar masa buat genset stimulation
IJM GIVE


The Bad
  • Environment pejabat yang kurang best (takyah la elaborate)
  • Kurang rasa "friendship" (berbanding masa dekat UBSB dulu)
  • Intenet takde (boss block intenet aku sbb aku main angry bird..boleh camtu?)
  • sesetengah event yang hazabb nak handle (adidas run,distribute flyers)

*tak perlu la aku bagitau yang lain. mungkin perasaan aku sorang je kan?

Adidas Run-mencabar bila tak tido lebih dari 12 j

The Ugly
  • Work station aku hehe..

meja aku masa awal bulan, hujung bulan clean and
clear sbb kurang paperwork.
style aku, sbb aku cepat short term memory loss


Extra Pictures untuk menggambarkan situasi sebenar alam pekerjaan aku *ecehceh*

TCSS..canggih tak?
TCSS-Traffic Control Surveillance Centre -macam real time monitoring la 

sedikit gambaran rupa highway aku
ni salah satu daripada major repair work.
New year  PARTY..party ok..bukan dinner

tempat ni tak lah seprti ape yang aku harapkan, but at least I've learn something new, improve knowledge,meet new friends,belajar cara nak berjimat.:-)
Hopefully, ape yang aku belajar kat sini/pengajaran yang aku dapat dekat sini boleh aku gunakan untuk masa hadapan.InsyaAllah.

IJMHS,
Till we meet again.

dzuli

Wednesday, May 23, 2012

after 3 days

hari ni hari ke-3 aku bekerja di tempat baru
everything is so odd for me

1)etika berpakaian
2)cara bekerja
3)environment
4)transportation mode nak pegi keja.

yelah da 3 tahun dalam persekitaran private company kan.

The Good (so far)
  1. I've been positioned under hydrology department , so 100% design babeh-I looikeee
  2. LRT ride every day-save $, environmental friendly and menyihatkan badan (banyak jalan,2 transit tau)
  3. I got my own room..yeay
  4. department yang kecik-senang nak belajar

The Bad
  1. If I drive, traffic jammed (sigh)
  2. Menjadi seeolah-olah seekor sardin dalam komuter (petang sahaja)
  3. sunyi la dok sorang-sorang dalam bilik

The Ugly
  1. Selipa jepun aku :-P


InsyaAllah, hopefully I can deliver & do my best, utk agama bangsa & negara (hamboiiih)

*teringat sepotong doa yang dibaca tiap-tiap pagi kat HQ sblm start keja "Ya Allah, ikhlaskanlah hati kami untuk bekerja demi agama,bangsa & negara..Amin"



dzuli

Sunday, May 6, 2012

Sepang Gold Coast- The other side

satu hari kak Azma post kat wall FB "dzuli nak pegi jalan-jalan tak?"
aku pon reply "pegi mana?"
dia reply balik " mana-mana pon boleh, sabtu"
so, aku pon usulkan bagan lalang sebab simple je
akak tu nak release tension je maybe busy dengan thesis PhD dia

Sabtu petang, kitaorang pon pegi la sini.
for me, this is the 2nd time la, dalam bulan lepas kot aku ada berjimba ngan member-member aku kat sini
tapi this time kami pergi yang kat sebelah lagi, area resort tu
masa kami sampai memang air tengah pasang, so takde la makne nak berlari-lari di tepian pantai
ataupon duduk bawak pokok Ru dengan topi riben besar.

kitaorang p usha Sepang Gold Coast resort tu haha..
Enjoy the pics sajalah.


aku capture ni dari area-area lobby resort kot

satu cabang dari pelepah pokok kelapa tu.

yang ni masa kitaorang jalan-alan ke arah club house
memang da jadi  hobi plak amik gambar camni

camni la layout resort tu

So, setel la agenda jalan-jalan weekend aku
kalau ada duit lebih, bole la spend the night kat sini
nampak very calming, then staff dia pun agak friendly la
ada extreme park jugak, so kalau bercuti kat sini tak la bosan
kalau bosan jugak, bole je terjun dari tingkap bilik, straight masuk dalam laut...chaghe jugak tu.

dzuli