Friday, June 15, 2012

carian kesini


































aku bukan bajet fames
just curious

so, kadang-kadang  aku check keyword search.
  1. ganja- dah banyak kali aku jumpe, kenapaaaa?
  2. flyers kek lapis sarawak - ?????
  3. taman sayuran-dalam blog ni ada cerita taman jepun je
  4. ke kwang jang market - Ki Kwang artis korea, jang market tak tau
sebenarnye sebelum ni macam-macam pelik yang aku jumpe, kain batik la,ape la....heh...



dzuli

Wednesday, June 13, 2012

annoying

heh..ni bukan entry annoying kat rakan-rakan/colleagues/bos
ni entry annoying kat certain song
yelah..setiap hari drive dalam 45 menet ke 1 jam
memang  mendengar radio je la kan (takkan nak tengok movie sambil drive pulak)

ada sesetengah lagu/iklan memang aku rasa nnoying gila
bila dengar intro pon dah alih siaran

lagu-lagu itu ialah

  1. Fun-we are young -- mak aiii...annoying tahap ketigabelas
  2. Jessie James-dominoes--maybe suara dia terjerit2 kot buat aku annoying
  3. Avril Lavigne-why,all my life--ni pon terjerit2
  4. Aliff aziz-*taktau tajuk tapi ada poking-poking*--heh..speechless
  5. lady gaga-almost semua--tak tau la..aku tak suka
  6. KLMU--sorry student KLMU,bukan salah kamu semua

Entry takde motif sebab masih lagi dalam mood "office honeymoon"


dzuli

Monday, June 11, 2012

Paya Indah Wetland-Having Fun With Nature

Paya Indah Wetland, Dengkil
Aku tahu tempat ni daripada blog MasMz (thanks for the info & story)
memang la ada nampak signboard dia, tapi tak tau pun ape yang ada kat sana :-)

Sebab dah 2-3 minggu tak pergi berlibur,
so, last minute plan was made with Kak Azma and Zu

Pagi-pagi sabtu (not so pagi, actually around 9.00 a.m) kami gerak dari rumah aku
syukurlah weather on that day quite cloudy dan tak panas langsung
sampai dekat Wetland tu almost 10.00 a.m
Breakfast dulu dengan makanan yang dibeli pagi-pagi tadi.

dekat depan opis

masa kami pergi ni ada company apetah buat family day, so basikal dah abis disewa :-(
akibatnye, kami pun ala-ala berjogging la.
Luas jugak kawasan dia,

Oh, dekat tempat sewa basikal ni ada memerang yang lincah gila, agak jinak la, sebab kita boleh pegang-pegang dia (kalau dia tak gigit). cute, tapi aku takut sebab dia  aktif sangat.

Mula-mula kami mengusha Lotus Pond,
Cantik, banyak gile lotus flower.

lepas tu kami round-round lagi kat dalam tu sebab nak ari observation tower
and bila jumpa, terus panjat naik atas
tinggi jugak,rasenya lebih tinggi daripada observation tower di Putrajaya Wetland.






















Sempat tengok crocodile feeding.
pehh..aku menang ngeri ngan reptilia ni (muka diorang  garang)
masa ni kita tengok budak-budak excited sungguh (termasuk mak& bapak budak)

muka legend gila

For Info: Ada 38 ekor buaya and semuanya dari Sarawak, bukan natural hidup kat sini. Kalau nak datang tengok orang bagi makan kat buaya-buaya ni hanya hari sabtu dan Ahad around 11.00 a.m

last but not least, mestilah pegi cari badak air, masa kami sampai, bebadak ni belum keluar dari rumah diorang. So, masa on the way nak pergi depan, nampak 2 ekor badak ni tengah brunch. makan rumput je.

Hippo tengah makan

Then, nampak rumah kongkang, tapi kongkangnye tak keluar pun. Tido kot.

Pukul 12.00 p.m barulah kami bertolak balik and singgah Taman Warisan, Putrajaya, pekena ABC ngan makan roti tuna yang kak Azma bawak.

Conclusion: Memang agak best kalau nak beriadah kat sini, next time, I'Allah nak datang awal sikit nak naik beskal hehe


dzuli

Friday, June 1, 2012

Public transport

sejak 2 minggu kerja baru ni,
aku menjadi pengguna tegar (semula) public transport

dulu (6 years ago)semasa aku mula-mula menjejakkan kaki kat Key Ell ni
opkoss la aku hanya mampu pegi keja naik public transport
(ketika itu aku seorang drafter dengan gaji kerani)
kebetulan pulak, opis betul2 depan steesen monorel apetah yang berenti dekat Berjaya Times Square tu (maharajalela kot)
Then aku menyewa umah yang walking distance je dari stesen LRT Miharja.
turun kat stesen LRT Hang Tuah
menapak la dalam 2-3 ratus meter pegi tempat keja.(patutla aku slim sikit masa ni haah)
Tapi aku rase best je, I don't bother pon about having a car (yela mane la nak mampu beli)
weekend,kalau angin nak p KLCC datang, aku naik bas RAPID depan umah yang RM 1 sehari (sekarang dah takde dah kot)

After 6 year,
Alhamdulillah, I can afford my personal car
Tapi aku masih memilih untuk menjadi seperti seekor sardin dalam komuter
sebab:

  1.  Aku malas nak drive masuk KL
  2. Aku malas nak pindah rumah yang dekat ngan opis
  3. Aku malas nak drive dalam KL (lagi)
  4. Aku kedekut nak bayar tol kat pemegang konsesi lebuhraya (haha)
  5. Aku sayangkan environment (ehhh)
Syukurlah tempat keja dekat (sangat-sangat) dengan stesen LRT. 

Tapi semalam..
LRT ni ada problem apetah and stuck dekat setesen Bandaraya (SOGO) dalam 15-20 menet jugak.
syukurlah, orang tak ramai.

Lepas tu sampai Bandar TasiK Selatan, Komuter yang supposed aku naik dah lepas
interval time for komuter is about 15-20 minutes,
then datang la sebijik lagi...sekali..mak ai..macam sardin
dah tak muat pun nak naik..so aku pon pasrah dan tunggu for  the next train
Syukurlah beberapa blas menet kemudian
datanglah Komuter baru yang canggih manggih tu
dan aku pon tiba pukul 7 kat stesen UKM tu.

Elleh:baru 2-3 kali naik dah merungut,Iolls naik benda alah tu da 5 tahun, biasalah mende2 camni jadi *kata seorang manusia dalam imaginasi aku*


So, aku rasa, aku terpaksa memikirkan beberapa option lain seperti :

1) Drive sampai TBS
 Pro: 
  • Takyah aku jadi sardin dalam komuter
  •  Takyah tunggu komuter yang 20 menet sebijik tu, (travel time dari umah pegi TBS pun dalam  20 menet) 
  •  InsyaAllah,boleh sampai rumah cepat sikit
 Cons: 
  • Tol: RM 4.60 (pegi balik), parking RM 3/day so, increase my travel cost RM 3/day
  • Jammed dekat Besraya dengan Tol Sg Ramal (SILK) tu -heh
  • Kalau drive dalam 20 minit lagi dah boleh sampai opis terus-heh^2 

2) Drive sampai opis terus
Pro:  
*sama seperti diatas*

 Cons: 
  •  Jammed merata-rata (opis aku ni memang kawasan jem paling glamer)
  •  Tak sustainable la..(dulu berapi-api promote sustainable transport, sekali stesen LRT depan opis pon gatai nak drive eh)
  • adakah petrol cost lebih tinggi/rendah dari cost commute guna public-belum buat research  lagi

3)  Pindah rumah
This is the last resort, rumah area KL ni kalau yang dekat ngan public transport mahal gila, parking lot pon takde yang khas,kalau ada plak kena bayar RM 60-RM 80/month. Last-last jadi sama je la(dari segi cost), lagipon aku memang tak gemor dok area-area KL ni, pinggiran lebih baik (Kajang,Subang,Damansara), tak la serabut sangat.

Furthermore, aku ada plan sikit untuk masa depan and my sister pun ada dekat UKM tu, (boleh gak jadi bahan bila bosan :-))

Heh, sekarang barulah aku rasa nikmatnye stay kat Ipoh/Alor Setar dulu....


dzuli