Wednesday, July 25, 2012

KPP Batch 3 2012-Genting View Resort- Part Finale

okeyyy..part Finale sudeyhh
cukuplah 3 part
sebab aku blogkan benda ni sebagai satu kenangan dalam perjalanan hidup aku dalam mencapai cita-cita
(haaaahhhh..bersusahtera gituu)

kemuncak kursus ini ialah Protocol Dinner
seumur hidup aku, first time yang pertama aku makan dengan protokol ala-ala dinner bersama Sultan-Sultan
pernah la aku tengok dalam TV pendidikan masa zaman flinstone dulu cara-cara makan berprotokol ni

petang sebelum dinner,Chef Zamri bagi satu kuliah dulu
ajar garfu mana nak amik, sudu mana nak amik
potong makanan guna kaedah continental ataupun amerika
jangan memain..ada kaedah Amerika tu nak potong ayam.

Malam tu, semua berdressing sakan
Dinner uolls..siap ada waiter letakkan napkin lagi.
kalau nak tunggu protocol dinner yang betul2..lambat lagilah
(maklumlah pegawai bawahan lagi kan)

masa bread sampai, ok lagi
sampai je appetizer..(I lost my appetite tengok appetizer ni)
udang ngan roti dengan pelbagai jenis rumput rumpai

soup pun agak epik
maklumlah diluar kebiasaan la minum sup-sudu-ke-luar kan?
roti tak boleh cicah2..kena cubit2 masuk dalam sup tu.
pehh..lambat..tak abis pun

Main course-Chicken Chop kot
Real war begin.aplikasikanla  cara memotong continental/Amerika tu
Continental: Pisau belah kanan,garfu tangan kiri
Amerika:Pisau belah kanan, bila nak makan tukar pisau tangan kiri, garfu tangan kanan

Tapi best la..chaghe kot..
yang kurang best, minuman dia rasa cam Innershine Prune tu haha.
nasib baik ada tea/coffee last sekali

bread,appetizer,drinks,soup,main course,dessert (left to right)

lepas dinner,
acara me"reveal" siapakah "monitorku sayang"
setiap orang boleh teka 2 kali je
hehehehe
memang lawak. ada yang tak disangka-sangka
yang ingat monitor dia perempuan,lelaki rupenya (sebab tulisan lawa, terus ingan perempuan)
ada jugak kawan-kawan yang dapat teka dengan tepat lagi jitu.

Aku:
heh..masa aku dapat surat 1st dia tulis "spek kita sama :-)"
terus aku ingan Fasihah ( a girl) depan aku tu sebab spek dia macam aku
surat kedua "awak suka pakai baju pink ek"
pun aku ingat Fasihah jugak  sebab dia ada tegur aku "eh, awak yang pakai baju pink semalam kan?"
so..aku buat conclusion Fasihah. then aku riki2 tulisan..sama pulak macam Fasihah tu
memang aku ingat perempuan la, sebab girly-kind-of message yang aku selalu dapat (sorry Hafni)
sekali, monitor aku ilah guy,arkitek yang dok semeja masa dinner..bole?
but thanks for all the message though..

dialah orangnye (selambe aku tepek gambar dia)

aku pulak telah menjadi monitor kepada Suhaina
seorang wanita comel yang tengah pregnant 1st baby (tahniah!!)
tapi dia tak dapat teka pun aku yang melayangkan surat-surat kat dia saban malam
ha ha ha..terrer jugak menghasilkan tulisan yang berbeza

yang bulat merah tu Suhana (tak bole buh gamba besar2)

Esok tu, Jumaat 20 Julai ( our last day)
masa upacara penutup
memang semua otak dah kat rumah, badan je kat Genting lagi.
ada la kami capture gambar2 (lagi)
berpeluk-pelukan (perempuan sahaja hokeyyy)
then balik ke rumah masing-masing untuk menjalankan kehidupan seperti biasa
21hb dah 1st Ramadhan
sempat la aku pegi Ikea ngan Carrefour beli barang-barang nak posa

This whole experience is kind of fun
jumpa kawan-kawan baru
knowledge baru
experience baru
hmm...InsyaAllah semoga ukhwah yang dibina selama 8 hari ni kekal selamanya.

kawan baru :-)
love this


pic: credit to FB group J41JKRB32012


dzuli

Salam Ramadhan 1433 Hijrah

Skip dulu cerita kursus hari tu
wahh...ni dah dah tahun ke dua aku berpuasa di Klang Valley (sejak grad)
macam biasa je, sebagai perantau tegar yang memang sangat jarang dapat berpuasa dengan family (mak ngan abah)
I'm OK :-)
kadang-kadang time bukak pose sorang-sorang tu biasa la, nak menetes jugak la air mata haha.
Tapi tahun ni maybe aku akan diaccompany oleh Najah secara tegar
so, kebarangkalian bukak pose sorang-sorang tu kurang la sikit berbanding tahun lepas

Tapi, sebab aku dah kerja jauh dari dulu
memang dugaan jugak la nak sampai umah
balik keja pukul 5.00 p.m
LRT ride dalam 25 minit
drive dalam 1/2 jam
paling awal aku dapat sampai umah pun pukul 6.00++ p.m
nak p bazar..memang tensen la tengok jem + susah nak parking+ramai
setakat 4 hari ni, 3 kali masak sendiri aje
tapi memang kelam kabut la masak
nasib baik la masak simple-simple je
takde la nak masak beriyani gam ke,kari kepala ikan ke kan..
bolelah makan. sedap jugak dari restoren tomyam depan rumah.

Traffic trend pun berubah sikit bulan Ramadhan ni
biasa aku keluar 6.30 a.m nak pegi opis tu, ok lagi
tapi sekarang jem dah build up
LRT pulak amboihh..lambat 5 menet, merasa la jadi sardin
petang pun sama
depan opis dah start jem dari pukul 4.30 p.m
sebab tu aku pikir panjang nak drive pegi opis
Dugaan kot, Allah nak ajar bersabar.
Tabahla...sebulan je
Banyak sikit pahala sebab sabar kan?

So azam Ramadhan camne?
hehe..nak adjust sikit la
contoh:

  1.  kalau biasa2 kurang sedekah, banyak la sikit bulan2 mulia ni
  2.  Terawikh kalau boleh nak buat hari-hari (jemaah/solo)
  3. Baca Al-Quran lebih2 sikit dari biasa
  4. Taknak membazir makanan. so,kurangkan pegi PaRam
  5. isu mengumpat di bulan ramadhan dah dapat dikurangkan dengan extreme sebab environment opis baru yang free dari mengumpat2 rakan sekerja.

okey..tu je..
SALAM RAMADHAN uolls


dzuli

Tuesday, July 24, 2012

KPP Batch 3 2012-Genting View Resort- Part II

entry yang aku buat ni bukanlah atucara mengikut hari kursus
sekadar random sahaja (ikutsukahati)

lagi satu acara yang best lagi ditunggu-tunggu ialah
Public Speaking
last time aku buat menda ni ialah masa aku form 4 kot (purba gila)
yelah, memandangkan ramai yang kata golongan-golongan kami memerlukan softskills ini
maka, layankanjelah
masa 5 menet
tajuk bole dipilih dari 10 tajuk-tajuk yang disediakan
Tajuk yang paling glamer mestilah "positive work attitude", "effective communication skills" ngan "time management"
macam-macam peel ada
yang suh member on the floor menyanyi "rasa sayang" (rare ok)
yang bagi pantun,hadith,dsb
yang baca ala-ala "public reading" (aku partially public reading haha)
macam-macamlah
alah..semua neves sebab ramai orang khannn...yang kita selalu dok present masa meeting semua tu ok je..(bongga disitu)

ada lagi satu acara best
Group Presentation
tajuk mostly bekisar kepada projek management la
hahahahahahahahaha (gelak dulu)
group aku paling sempoi
berlatih 5 menet sebelum presentation start
kitaorang buat format drama gituuu
I yang pemalu ni pun terpaksa melakonkan satu watak...(pecah rekod)
last time aku belakon-lakon ni masa form 5 kot
(gambar-gambar masa berlakon takde orang upload lagi..)

storyboard drama group aku

dari segi pengisian ilmu pun ok gak
mostly yamg bagi talk ialah "otai-otai" dalam Jabatan
yang dah kerja 30 tahun
yang pernah terlibat dengan pembinaan KLIA
yang tengah buat PhD in Psychology
ada jugak yang pernah terlibat dengan projek-projek kat obersea
seeing them, bole tengokla kualiti engineer Gen-Y (kami-kamilah) ni kat  tahap mana kan
They live to learn...but sadly most of people nowdays learn to live.
so cabaran tu..
lagi satu penekanan terhadap integriti sangatlah ditekankan
bukan senang nak melahirkan insan-insan berintegriti tinggi ni

Ilmu agama pun kami tak lupakan uolls
ada 2 ustaz luar (disampir sorang internal ustaz (Ir Hazrey)
dijemput untuk majlis Ilmu
so, ape lagi yang takde? cukup lengkap sempurna

Site Visit juga ada tau
even ada sesetengah dari kami yang half of working life berada kat site (aku lah..ahaks)
kami pergi Site MRSM Bentong yang mengalami masalah slope failure yang severe
sehingga menyebabkan semua staff & student terpaksa dipindahkan ke MRSM Pekan
Slope repair guna soil nailing (treatment yang paling biasa dijumpai di Malaysia)
acara ni memerlukan kami menaiki bas dan memakai uniform (T-shirt free dari iTiDi)

lawatan tapak-dari jauh macam budak sekolah,hakikatnya
majority ialah mak+bapak budak

bersambung lagii....


dzuli

Monday, July 23, 2012

KPP Batch 3 2012-Genting View Resort- Part I

kerana aku sudah bergelar P***** K******N.
maka haruslah aku kena pegi macam-macam jenis kursus
salah satu untuk noob cam aku,
kursus pengenalan (untuk berkenal-kenalan dengan organisasi)

so, Tengahari Jumaat (13 Julai) aku dan 38 orang kawan-kawan yang senasib berkumpul di lokasi kami untuk batch ke-3 ni iaitu di Genting View resort.
resort ni jauh dari genting ye..18 Km lagi kalau nak naik genting
agak usang resort ni, mungkin sesapa yang nak percutian bertemakan tahun 80'an bolelah sewa sini
harga agak murah. (so tak membazir duit rakyat kannnn?)


biasalah hari pertama
upacara perasmian
talk yang ringan-ringan
tu je
Malam tu start Team Building
best..nama fasi kami Dr Ibrahim Nor
banyak LDK la (latihan-dalam-kumpulan)

antara aktiviti-aktiviti kitaorang sepanjang 2 hari Team Building

buat logo kumpulan,
membina daya kreatif dan inovatif gituuuu

untuk part ni, kitaorang kena reka beberapa benda macam bunga, rerama, lagu rasa sayang guna benda-benda terbuang,pemadam ngan roket.yang bestnye kumpulan aku (k-4) menang. dapatla Apollo kek sekotak.

membina prototaip bandar pintar 
lagi gambar dalam jarak dekat

untuk model bandar pintar tu..
hahaha memang lawak + kagum
Dr Ib bagi satu projek brif & dengan kekretifan kami 39 orang berjaya jugak la membina model tersebut
significant dia ialah teamwork (beberapa group of people)
SUKSESS

mula-mula semua arkitek dikumpulkan
diorang buat master plan
pastu yang lain-lain cari sumber
macam-macam ada, kuali,botol mineral,abis pokok2 keliling resort tu kami tarah hahaha
tapi I kind of impress with daya imaginasi arkitek2 yang ada kat sini
lawa kot master plan yang diorang buat tu
kalau la direalisasikan..memang mantaplah Malaysia

lagi satu, aku memang impress dengan daya imaginasi & kreativity diorang
buat airport  model dengan papercup
subway station dengan kuali
green area guna wyre mesh
shopping complex dengan polistrin-jumpe-kat-mana-tah
hmmm...syabas

untuk agenda Ahad-Jumaat
biasa je
ceramah/talk,riadah.

ada satu aktiviti yang agak menarik
dipanggil "Monitor-ku sayang"

setiap orang akan dapat satu nama-orang
contoh: aku dapat nama Suhana
so hari-hari aku kena bagi surat kat Suhana tu.
tapi suhana tu tak tau aku yang bagi surat kat dia
masa last day baru kami akan teka & reveal sapa monitor kita
gitulah

Tapi, sebab ramai-ramai kreatif
ada je orang-orang yang dapat surat 30 keping/day (maknanya lebih dari seorang tulis untuk dia)
abang  kameramen urusetia pun dapat
Pak Mothtar urusetia pun dapat
ada yang surat ngan gambar
ada tulis ngan tangan kiri
ada dapat pantun
ada dapat angpau
aduhaiii
jadi upacara bergumbira pulak bila bukak kotak tu tiap-tiap malam

surat-surat dari monitor I



bersambung.....

dzuli

Thursday, July 12, 2012

Tanah Rendah Sekebun Bunga-Kelantan Part III

well...3 part cukupla..
3 hari je kan..(tu pun sebab tugas)

Selasa (10 Julai 2012)

my last day at KB
hari ni kira masa perjalanan la, so takde tugas-tugas pun

sebab aku tak confirm boss nak pickup aku pukul berapa
so dalam 8.15 a.m aku dah keluar carik breakfast
kedai sebelah & depan hotel tak bukak lagi
so aku jalan jauh sikit, aku rasa macam aku nampak cafe yang best semalam
tapi, jauh jugak, so aku malas haha
so, aku makan kat satu gerai
ada nasik je..huhu..tapi syukurlah masa aku sampai bubur nasik dia dah siap
so, bekfes aku bubur nasik ngan kuih
not bad, sedap gak, murah lagi

bubur nasi @ nasi air

dalam pukul 11.00 a.m boss aku sampai,
kitaorang pegi pickup colleague kami
then, kami terus pegi....Trademark of Kota Bharu
Pasar Siti Khadijah
pasar yang terkenal dengan para peniaga yang kebanyakkannye ialah wanita
girls power gituu

macam-macam ada. Budu,telur tuntung,durian,tempoyak

sampai sini, aku kena carik keropok segera cap Juara
ni Mena punya kiriman la ni. beli kudap-kudapan sikit
dah la..
barang-barang jualan dia macam Pekan Rabu, Alor Setar tu
tapi ada barangan basah jugak (pekan rabu takde pasar basah)
Boss ngan colleague aku beli buah-buahan, serunding daging (oh sini memang femes dengan serunding)
well, diorang family man, layaklah beli menda2 cenggitu
aku- takyahlah..kang keras je kat dapur haha

keropok,kuih-muih,makcik penjual vogue gitu

dah setel semua terus gerak pulang ke Key Ell
kali ni rotate driver (maybe boss dah penat sangat)
aku: dengan tak malunye tidur kat belakang hahaha

Arrive TBS ( sebab aku parking kereta kat situ) dalam pukul 8.30 p.m
solat, minum-makan
Boss bagi durian jugak kat kitaorang
huhu..TQ boss very-very much
aku hantar colleague aku balik rumah dia kat Putrajaya dulu
kesian pulak kalau nak mintak boss yang dok Ampang tu hantarkan dia
so aku volunteer untuk hantar. dekat je ngan rumah aku pun

dekat pukul 11.00 p.m baru sampai rumah
letih sangat.

but this is whole new experience for me
dok Malaysia dah seumur hidup
KB pun tak pernah pegi hahahahaha

From my observation la kan:
  1. taraf ekonomi penduduk dia agak baik- maybe yang selalu masuk rancangan Bersamamu tu area hujung-hujung kot. kamonla kat KL pun ada setinggan dan gelandangan kan . So jangan tipikal anggap taraf ekonomi penduduk Kelantan rendah uolls.(blame media on that hahaha)
  2. Comey-comey ore Kelate ni (sempat kauu). seriously..aku jumpe one group of people (men) dekat Rantau Panjang, mak aiiii..*bedarahhidung*
  3. Tapi, masalah air..(isu nasional ni). tak kira la parti ape yang memerintah negeri diorang, clean water is keperluan asas. So,pihak berwajib tak boleh overlook. aku nampak tong-tong air 9 liter tu dijual kat kedai-kedai runcit biasa. hmmmm
  4. Tudung Bawal Heaven...yeah right..sebagai seorang pemakai tudung bawal..hampir aku berguling-guling dekat uptown tu. harga memanglah agak murah..variety memang banyak, sebut je bawal crown, bawal rose,bawal cahaya, bawal 2 tone-3tone semua ada
  5. Makanan lazat...aku rasa ni adengan biasa la..balik kampung/setiap tempat memang ada keunikan makanan diorang kan.
  6. Tuak ialah nira, bukan minuman beralkohol yuuu..masa aku balik dari Rantau panjang, aku nampak signboard "Tuak ada disini", "Tuak,air tebu,Pulut mangga", "Tuak 50m", aku dok fikir..."eh kata negeri Islamik,selamba badak ko jual tuak tepi jalan"..then boss aku explain yang tuak dalam loghat kelantan ialah "Nira"..hahahahaha
  7. Last but not least...somebody, please improve their transportation system...pliss...plisss

*baru 2 hari balik, tomorrow InsyaAllah akan gerak pergi kursus kat Genting View Resort pulak..
Baju belum kemas,bilik macam tongkang pecah.



dzuli

Tanah rendah Sekebun Bunga-Kelantan part II

amboihla pegi Kelantan pun sampai 2-3 part ek

Isnin (9 July 2012)


dalam 8.30 camtu boss dah call bagitau dia dah on the way nak pickup kami
then, kitaorang gerak pergi breakfast dulu, and aku je yang belum breakfast memandangkan both of them were staying at their families house yo (untunglaaaa outstation dekat kampung halaman kan)

dekat kelantan, breakfast dia agak berat,
kebanyakkan kedai jual nasi tau, setakat nasi kerabu/nasi dagang tu memanglah biasa jumpe even kat KL pun
tapi ni nasi berlauk macam lunch. and aku memang tak biasa makan nasik awal-awal pagi

lepas tu kitaorang tunggu another team dekat Masjid Kampung Laut
ada ape dekat Masjid ni?
Masjid ni dibina tanpa menggunakan paku oleh beberapa orang pendakwah pada zaman dahulu yang berjanji, jika diorang survive dari ribut , diorang akan membina masjid dekat tempat diorang sampai/berlabuh
tempat asal dia bukanlah sini, tetapi dialihkan ke Nilam Puri ni. kalau nak pergi, senang je, dia betul-betul dekat depan Kampus UM Nilam Puri. boleh baca kat sini kalau nak tau serba sedikit

masjid yang dibina tanpa sebatang paku pun

papan penerangan
sempat jugakla aku snap a few pictures (gambar-gambar ni sempat aku upload dalam FB sebelum memory card rosak)

sampai je team lagi satu, terus kitaorang gerak pergi site opis
location dia dekat Pasir Mas
meeting....meeting..meeting
makan
nasi kukus yang best sangat (beras siam, bukan beras peratus hancur 15%)
pergi site
masuk dalam culvert 1.5 m (lagi rendah dari aku) so kena bongkok sepanjang dok dalam tu
pergi lagi ke culvert location yang lain
masa ni aku terasa amat kagum dengan boss aku ni
he goes deep down tau, buka cam kami-kami yang tengok dari atas ni je
oh, forget to mentioned yang Projek Manager untuk site ni hensem ohh (sempat lagi kauu)
1st time aku tengok earthwork untuk road construction yang mega (melibatkan cut,fill & rock blasting)
mode:curious & nak belajar rerajin

lepas tu bos bawak kami pergi Rantau Panjang
mode:Jakun sebab tak pernah pegi
Rantau Panjang ni sedara mara Padang Besar Perlis/ Bukit kayu Hitam
Border Malaysia-Thailand

Ape yang glamer kat sini?
Mestilah Jersey imitation gred baik dengan harga yang baik (kata boss dan colleagues aku)
lagi: periuk belanga (kebanyakkan saiz-saiz mega), toto, ada tilam-tilam baby,beras siam juga ada
disini menyaksikan seorang wanita kena tunggu kaum lelaki shopping
heh..biasa lelaki tunggu wanita soping kan (terbalik sudah)
aku juga menyaksikan colleague aku macam meroyan masuk ke satu kedai jersey-ke satu kedai yang lain dan membeli beberapa helai. Boss aku rileks sikit (yela, kampung dia kott..) kalau peniaga tu bagi harga yang dimintak, baru dia beli
aku hanya beli 2 helai tudung bawal cahaya ke nur kasih ke apetah RM 25 untuk 2 helai
murah kot sebab aku jumpe dalam online RM 15 sehelai

Jersey kat kedai sebelah

bolelah datang beli kalau ada plan nak bukak gerai nasik

masa dah nak gerak balik KB, Boss bawak kami pergi tengok Sg Golok
yeah..inilah dia sungai yang menghubungkan Malaysia-Thailand
kecik je, berenang pun boleh sampai
mungkin jugak sungai yang menjadi saksi  pasangan-pasangan yang kawin lari hahaha (mintak dijauhkan dari kita semua. Amin)

diseberang sana ialah Thailand

dari Rantau panjang ke KB lebih kurang 40Km
so kami singgah tegok site lain kejap (tak ingat nama site)
site ni dah siap just belum handing over je lagi
check the drainage & culvert
Jalan ni dekat sawah, ada tali air untuk bendang lagi

Road Engineering 101
Jalan yang dibina dekat tanah sawah prone to settlement
Jalan yang dibina di tanah gambut prone to wavy effects
(aku baru tahu uolls)

lepas tu singgah solat dekat Masjid (tak ingat nama)

sebelum bos hantar balik hotel, dia bawak aku makan dekat kedai "Nasi Kerabu Kak Azma"
ramai orang
tapi, aku makan nasi dagang..Ya Allah, sedap + marbelles
menetes air mata sebab sedap sangat (tudiaaa drama)

camera phone only-depan bos, so malu
nak bawak keluar kamera

sampai hotel, hujan agak lebat
so aku chill dulu..solat, mandi
dah siap semua,apa lagi terus la mengusha uptown Wakaf Che Yeh
misi aku ialah bawal rose dengan bawal-bawal yang lain
sekali aku tengok tudung yang sebijik macam aku beli dekat Rantau Panjang tadi cuma RM 18 untuk 2 helai
demmmmmmmm....
terus aku beli untuk 2 adik kat rumah.(yang malam tu diorang bergaduh kat timeline twitter sebab 2-2 nak tudung yang sama..Heh

hasil rembatan 4 helai jenis ni, 1 helai jenis rose 

sebelum balik, beli kopok lekor
pun sedap..(apesal semua makanan aku rasa sedap?)
padahal bukanla aku tak biasa makan keropok lekor kat KL ke kat Kedah ke hatta kat Parit Buntar pun
maybe new environment (for me) kot buat semua makanan sedap.

keropok lekor extra sedap

bersambung lagii.....



dzuli

Wednesday, July 11, 2012

Tanah rendah Sekebun Bunga-Kelantan

Entry ini tiada gambar sebab memory card rosak..sedih sangat..tapi apekan daya

Tajukkkkk..
ekcelli, kawan aku (kelantanese) bagitau yang nama lain bagi kelantan ialah "Tanah Rendah Sekebun Bunga"
ala macam "Sabah negeri dibawah bayu" ataupun "Sarawak Bumi Kenyalang" gituu.

Pengakuan: Aku kesini bukanlah untuk melancong ataupun complete the plan of "cuti-cuti malaysia " yang terbengkalai selama setahun tu, tapi demi tugasan hakiki. Tetapi, apalah gunanya jika tidak menyelam sambil minum air kan? Aku jugak memang tak pernah pergi Kota Bharu pun hehe..sebelum ni ada lah aku singgah kelantan dekat area Gua Musang,Jeli dengan Bukit Bunga je.

Perjalanan was free-but-not-easy 8 hours drive (pheww)
kami bertolak dari stesen LRT Pandan Jaya lebih kurang pukul 2.30 p.m
motif bertolak dari LRT Pandan Jaya sebab bos aku stay kat situ dan beliaulah yang akan drive kami ke sana.
selepas menyeberangi almost  400 km melalui federal route (bukan highway)
masa perjalanan almost 8 hours termasuk berhenti isi minyak, solat, buang air-tambah air dan lain lain
Alhamdulillah, kami sampai ke jajahan Kota Bharu almost pukul 11.00 p.m
Boss aku drive dengan kadar merempit jugak la (110-120 km/hr)
kalau aku yang bawak, maybe perjalanan extend lagi 2-3 jam kot.

Note: Transportation 101
FYI, perjalanan yang jauh mengunakan federal route 2 way-2 lane not as comfortable as driving in a highway/expressway.
contoh: kalau kawasan bukit yang takde climbing lane, dan depan kita lori muatan tinggi, maka bersabarlah follow lorry tu sampai dapat chance untuk overtake,
Then, jalanraya memang almost no lighting at all, agak dangerous bila drive malam.Syukurlah RSA (road safety audit) telah mensyaratkan untuk semua jalan Federal Route yang baru, wajib lighted at least at the junction.
Then, facilities untuk long distance drive pun tak banyak/bagus compare to highway. kalau tak salah ada 2-3 RnR sahaja along the way. I've got a chance to singgah at GuaMusang RnR and it is quite in good condition. jarak between one to another pun sangat jauh. Solat oklah kita boleh jamak, kalau natures call, maka berhentilah dekat stesen-stesen minyak yang ada.
seriously, I really think we need a highway to Pantai Timur.
400 km with 8 hours drive sort of kidding us, sebab 400 km to the north only take us 5-6 hours with the help of PLUS expressway. 
oh forget to mentioned yang projek ECER tengah berjalan dan ada jalan bypass tengah dibina. InsyaAllah it will help to improve transportation mode to Pantai Timur


mula-mula bos bawak kitaorang makan dekat Rangnok Restaurant dekat Pasir Mas-Salor
takde gambar sebab aku malu nak capture gambar depan boss ngan colleague aku haha (both of them are men)
kalau denga kawan-kawan mau cam hantu lilin dah kitaorang bergambar sebab restoren ni cantik hehe
boleh google la kalau nak tau camne.
Tomyam dia wahh..sedap...WAHHH..sangat authentic
ada ikan (???),aku tak pernah jumpe tomyam ada ikan
Harga dia...WAHHH..tak murah jugak.
tapi Boss bayar (TQ boss)

Lepas makan, terus boss aku hantar aku pegi wakaf Che Yeh.
hotel yang aku book dekat situ
sebab untuk memudahkan perjalanan kami ke site esok, boss suruh aku stay situ
hotel yang aku book, kitaorang tak jumpe, so aku check-in dekat Dynasty Inn
betul-betul dalam kawasan Uptown tu.

Hotel yang murah dan menepati bajet seorang yang masih belum dapat gaji
RM 56/night. bukan hostel tau.. Bajet HOTEL.
oklah jugak, ada TV,ada katil yang standed hotel 3 star, water heater, jakuzi takde, bathtub takde,air mineral sebotol, tu je
Tapi memang sempit la ek. nak solat pun ada la ruang dalam 2 ft gitu. bolelah
Boss aku macam encourage untuk stay dekat bilik yang lebih besar/hotel yang lebih baik
tapi lain kali la, bila jimat duit penginapan boleh I buat soping (tu motif sebenarnya)
lagi satu, location hotel ni memang terbaik
dekat dengan kedai-kedai makan dan yang paling penting kedai makcik jual tudung bawal ha ha ha
McD, bank, 7-eleven pun only a few steps away je.

*malang sekali gambar-gambar dalam memory card aku hilang sebab menatang tu corrupt..
aku sangat sedihhhh

masa aku check-in hotel, time dah almost 12.00 a.m
maka tidaklah ada mood untuk usha uptown lagi
lepas solat terus tido sebab esok pagi tu kena pergi site awal-awal pagi
tiadalah masa untuk mengular walaupun ketika outstation.





bersambung....











dzuli

Sunday, July 8, 2012

floria putrajaya 2012-part 2

harini last day of Putrajaya Floral Festival 2012
barulah aku nak buh gambar-gambar last week
oleh sebab tugas-tugas hakiki jugak tak mengizinkan aku meripit seround (apa punya bahasa)
takpelah, panjang umur boleh jumpa lagi next year

Layankan a few picture bagi sesiapa yang tak bekesempatan nak pergi

DSC04399
ayam-itik- school participation
DSC04382
bunga kegemaran mak ai
DSC04379
mentadak giant
boat parade
ntahlah apeni
kerana lokasi yang strategik-dapat shoot sepam dua
lagi sepam..ada banyak lagi
Johor-boat parade

Itu jelah untuk tahun ni..
I'm quite proud of this events
yelah, selain daripada ianya sejenis events untuk kita pergi tengok-tengok
sosio ekonomi pun boleh dijana kan
ada orang jual bunga, jual makanan, jual belon dll

Improve kreativiti students jugak
bila ada school competition tu
so, look it at the bright side okey.

yang kurang best sikit, ada satu part ketika masyarakat tengah solat Isyak jemaah kat Masjid besi
sibuk plak nak menyanyi kaat pentas utama (maybe penganjur overlook kot)
btw, boleh improve next time key..


dzuli


Saturday, July 7, 2012

seminar, Field job, Floria & Kursus

panjangnye tajuk..tak kreatif pulak tu
last week memamng minggu yang agak hectic
almost breathless dibuatnya
baju tak sempat basuh pun membukit dalam bakul

dimulakan dengan "seminar on river & drainage 2012"
dulu masa aku keja highway, seminar memang best
tempat bertukar-tukar pendapat & tahu teknologi ataupun inovasi baru untuk industry
yang ni, so-so kot
maybe masa ataupun floor yang tak memeberi respon masa Q&A section
but applause to their effort. Maybe it will be better next time

air,name tag (eja nama ayah aku salah)

hotel ni takde wifi free FYI..

esoknye pulak, kena pergi outstation yang tak berapa jauh la (PD je pun)
untuk satu projek yang telah menjadi "engineering disaster" disebabkan banyak benda
pergi ngan colleagues la kan sebab 1st time.
hopefully kami dapat fix masalah ni

tunjuk gambar parit je

Dalam dok busy tu, sempat jugak la aku meround Floria Putrajaya 2012 sebanyak 2 kali hehe
this year much more merrier dan aku rasa semakin cantek dari tahun lepas
cuma aku rasa bunga kertas susah sikit untuk diekpresikan berbanding tema bunga mawar tahun lepas

cari ape yang indah?

then...here come the most exhausted-nerve wrecking-CPESC 3 days course +5 hours exam untuk mendapatkan title CPESC (certified professional in sediment control) Professional tuuu..
takde lah, for me it is more to belajar environmental control plan ngan best management practice untuk sediment control la
3 days course sangat sangat pack. balik rumah je aku flat, lepas solat isyak, iron baju mesti trus zzzzzz..
hari exam lagilah..5 jam straight exam, kebas b***** duduk lama
ntahla bole pass ke tak.
part rures & regulations menyaksikan aku bantai almost semua soalan
oh, exam ni USA base ok, bukan Malaysia sebab we are not there yet (but we are currently working on it)
penceramah kami seorang mat salleh, Mr Eric, seorang warga malaysia yang bekerja di California USA, Mr Leong dan seorang Ir.Azman.
3 of them done a great job.

CPESC

study


That's all for now
esok, InsyaAllah aku nak pegi melencong ke negeri cik siti wan kembang :-)


dzuli

Sunday, July 1, 2012

Floria Putrajaya 2012- Part 1


aku malas nak tulis banyak
layankan a few pics dari floria putrajaya 2012
yang sedang berlangsung sehingga 8 Julai 2012

Buggy untyk DYMM Raja Permaisuri Agong


masih pagi, bunga masih fresh yo


macam penyapu pun ada
































































tema untuk tahun 2012


























Just nak bagitahu (bukan promote)
kalau ada masa..pergilah..sekali sekala cuci mata dengan flora, bau bunga-bunga, warna warni yang memikat hati adalah awesome berbanding window shopping di Pavi ataupun KLCC :-)

Bersambung......


dzuli