Tuesday, August 28, 2012

random sangat

sedar tak sedar dah masuk 3 bulan lebih kat tempat ni
kadang-kadang busy, kadang-kadang rilex gila-gila
(ekcelly busy tu < rilex hehe)

so apebende yang aku buat dalam tempoh 3 bulan ni

1st month - memang banyak melangut, banyak baca-baca specs,tengok-tengok calculation je

2nd month - bulan ni memang chalengging, outstation,training,kursus, exam dll

almost full

3rd month - I've got my 1st  project. tapi memang dekat seminggu jugak termenung depan drawing sambil    berulang alik bilik boss & colleagues

1st projek...simple je

so, aku rasa kerja baru ni agak best la, environment memang totally berbeza dengan kerja-kerja aku sebelum ni. sebelum ni more on implementation/execution, sekarang more kepada planning & design.
tapi maybe sebab aku sangat fresh, banyak benda yang kena tau, sistem pulak macam-macam, itu nak kena update, ini nak kena semak. Panjang cerita kalau nak buat sesuatu pekara.

semua benda memang totally berubah, aku ke yang berubah, kerja ni yang buat aku berubah ataupun masa yang mengubah aku?
takdelah, maybe aku sampai ke satu "tahap" dalam kehidupan untuk stop fooling around and more concentrate terhadap apa yang sedang aku buat sekarang ni.
But I think perubahan paling ketara ialah kat wardrobe aku la hehehe. penuh ngan baju-baju kurung. Maybe ni satu kebaikan la, at least lebih sopan & menutup aurat. Kemeja,slack,blouse,cardigan semua dah simpan dalam kotak. ada setengah dah pass kat kakcik.

A few days ago, ada sorang kawan sekolah menengah aku call, (purba sangat,kawan sekolah taww), then kami sembang-sembang, dia kata aku agak berubah sebab dulu dia tanya sepatah aku jawab sepatah..well, Its been almost 10 years..lama tu, kalau baby baru lahir dah nak masuk darjah 4 tau.
Then semalam kawan-kawan sekolah rendah add aku kat facebook page apetah, (sekolah rendah lagilaa purba) even we hardly remember each other, tapi setelah aku memerah otak, ada la some of them yang aku ingat, but diorang still panggil aku dengan nama panggilan masa aku kecik-kecik..Goosebumps ok! malu dengar nama tu.(nama panggilan tu manja sangat, tak sesuwai dengan ai zaman 2012 ni)

kenapa ntah aku rasa semenjak-duamenjak ni connection dengan rakan-rakan macam makin luas :-)
jupe kawan sekolah rendah,sekolah menegah,kawan-kawan baru masa training dan seorang rakan blog yang aku jumpe secara live masa ramadhan setelah almost setahun beborak dialam virtual.
Youknowwhoyouare :-)

family pulak agak busy dengan macam macam hal, terutama dengan somebody's big day yang InsyaAllah akan diadakan bulan 12 ni. aku rilek je, just nak p tempah baju & beli apa-ape yang patut supaya majlis yang sederhana itu menjadi agak sempurna,

Then dah nak masuk bulan 9..my birthday coming soon (tak penting) and aku sedar tahun ni takde percutian mega lagi hahaha..apasal ntah, semua lampi, busy dengan acara mencari rezeki kot. harap-harap jadilah plan mega aku,Zu,kak Syidah & rakannya untuk berparti buih kat Singapore (tengok, niat pun dah tak betul)
tapi semua ahli jemaah masih belum memberikan kata putus berkaitan dengan tarikh, so aku pun malas nak pikir-pikir lagi. kot-kot tiba-tiba aku ada keberanian nak buat solo trip ke (berani sangattt)

kewangan pulak, Alhamdulillah...everything semakin baik. cuma aku nak menabung dengan gigih sebab panjang umur tahun depan ada peluang untuk aku p Melbourne tanpa dikenakan kos penginapan. peluang tu..so marilah menabung dalam tabung aranab kaler pink.

cukuplah karutan di pagi selasa yang hening dan sejuk ni.
dah la pagi tadi lambat gila-gila sampai opis kerana overslept  (6.40 baru terjaga), lepas tu jammed merata-rata sebab hujan. syukurlah bosses sorang pun tak sampai lagi :-p



dzuli

Friday, August 24, 2012

aidilfitri ini..


syukur Alhamdulillah
sekali lagi Allah bagi peluang untuk menyambut Ramadhan & Syawal pada tahun 1433 Hijrah ni
segalanya ok-ok saja bagi kami sekeluarga

Tahun ni (macam tahun-tahun lepas) raya kami sangat simple
almaklumlah family kecik kan
jeles jugak tengok kawan-kawan dok upload gambar family gathering dalam FB
ada yang siap buat bbq la,gambar family ramai-ramai la.
(ni rasa nak cari calon suami dari family besar ni hahaha)

Tahun ni complete 4 orang kami adik beradik balik raya
macam tahun lepas abang beraya kat rumah family mertua dia

Lain-lain aktiviti macam biasa je
lepas sembahyang sunat Aidilfitri, balik kampung
melawat saudara mara
then bagi aku & adik-adik
upacara diteruskan dengan melawat soping complex (Queensbay Mall) haha
masa ni la 3 of us nak bergossip/mengumpat/cari barang-barang
macam aku ngan Najah ye la..
dah lama kot tak jalan-jalan soping complex kat penang

kuih dan muih beraneka warna..
ni sebelum kacik balik & menambah lagi stok
baju raya ai. yang biru abah sponsor
tiada labuci/sulam/manik-manik..handmade by my mak
4 of us..
nyaris-nyaris nak kena pakai kasut ni time raya
akhirnya ai beraya ngan flippers kaler biru tali merah sahaja
pengantin tak berapa nak baru
ni je gambar satu family yang elok sikit..
yang lain-lain macam-macam hal

itu jelah yang nak diceritakan tentang raya aku
sederhana sahaja..tapi at least agak sempurna (syukur)

aku rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFIRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN



dzuli

Tuesday, August 14, 2012

Iftar dengan rerakan lama

Tak sempurna Ramadhan kalau tak Iftar dengan kawan-kawan baik kan
feeling dia sama macam kalau tak Iftar dengan keluarga terchinta.
pehh...

so edisi berbuka dengan kawan-kawan baik aku bermula seawal 5 Ogos yang lalu (16 Ramadhan)
kebetulan pulak, Kak Syidah turun KL,
original plan will be 4 of us (aku,zu,kak syidah & kamal)
so kitaorang pilih Bangsar sebab centre dari kedudukan kami berempat 
yela Kamal kat Taman Desa, Zu ntahmana-mana (soping), aku ngan Kak Syidah plak dari Ampang pegi melawat baby Lin.

Setelah pung-pang-pung pang (banyak benor masalahnye)
akhirnya dapat jugak la kitaorang Iftar bersama-sama
kat Mehbub, Bangsar
oh Kamal tak dapat join sebab last minute boss dia suh dia pegi Terengganu
so, signature dish kat sini mestilah nasi Beriyani diorang kan..
masa kami book around pukul 5.30 pun orang dah ramai tengah beratur untuk tapau
dulu-dulu sepupu aku memang selalu bawak aku makan kat sini
Feeling bukak posa kat sini macam dalam hutan hujan tropika/bird sanctuary haha
pastu kereta pulak abis kotor kena berak ngan burung
tapi makanan best la..air epal dia..peh  lazat lagi pure.

3 of us order nasi beriyani ayam madu
sehati sejiwa sungguh :-)


then 10 Ogos ( Ramadhan ke 21) aku iftar dengan kak Azma & member dia pulak
ekcelli dia baru je balik dari Jepun
present tech paper.
peh...seronok kot puasa di negara orang (aku nak buat at least sekali seumur hidup)
kami berbuka kat San Fransicso Pizza, Bandar Baru Bangi
tapi kitaorang tak makan pizza pun
aku order beef ball rice (sedap), kak azma makan pan fried chicken kot, sup kambing complimentary (sedap gila ok), bread pudding (paling sedap aku pernah makan), tiramisu, choclate brownies, kawan Kak Azma lak makan spaghetti ngan seafood soup.
makanan yang kami order aku amatlah puas hati, pricey sikit tapi satisfaction tu ada :-)

clockwise: pan fried chicken,mutton soup,bread pudding,tiramisu,
beef ball rice.


Then 11 Ogos, (22 Ramadhan) aku Iftar dengan 2 of my besties (Zu ngan Kamal)
setelah aku ngan Zu berpenat lelah berperang kat Jalan TAR (hotspot untuk cari baju raya)
tapi aku tak beli baju raya pun
beli 2 tudung ngan keronsang je.
saja je nak tengok kemeriahan Jalan TAR. bukan letih pun sebab kami spend about 2 jam je kat situ
petang tu, kami berbuka kat Restoran Alissara, Puchong Indah
(pagi kat KL, petang kat Puchong lak *sengal*)
pilih puchong bukan ape, centre dengan kedudukan kami semua :-)
Alissara ni dijumpai hasil google. banyak review kata best
well..memang agak best
kami order tomyam,ayam gajus (sedap),sayur campur,kerabu mangga,telur dadar,air teh o ais limau satu jag (ikan paus sangat),pastu amik dessert siam yang tak tau nama tapi sedap ok
aku suka yang bebola hijau tu..aku makan dekat 2-3 bijik kot
semua makanan tu RM 60..ogak ok kot memandangkan lauk banyak tak hengat.
Edisi Iftar ni memang sakan, sampai 9.30 kot baru gerak balik
(surau ada kat restoran ni tapi tak selesa sikit, but ok lah, at least ada kan?)

clockwise:dessert A,dessrt B,sayur campur,teh o ais limau,ayam gajus
* dessert b tu rasa dia macam ABC, ada jagung,nata de coco,jelly,nagka dll.


walaupun kitaorang ni selalu jumpe untuk hangout & berjimba tapi iftar bersama-sama ialah acara wajib :-p.




dzuli

Monday, August 6, 2012

Iftar with new friends


salam 17 Ramadhan
kesinambungan dari satu pertemuan di Gentig View Resort hari tu,
kami sekali lagi membuat satu aktiviti ad-hoc
iaitu iftar beramai-ramai

bermula dengan satu komen di Fb
Teh: Eh rindu la kat korang semua, my new family
aku: kalo rindu kami, belanja la kami buka pose
mat noor: weh,arrange la bukak posa ramai-ramai

dang..esok tu penuh mailbox ngan thread pasal ni
macam-macam cadangan, akhirnya kami shortlisted  a few restaurant/hotel
dan akhirnya kata sepakat memilih Restoran Nelayan Titiwangsa pada 3 Ogos 2012
harga pun ok dan sesuai dengan bajet kitaorang RM 37/pax (dewasa), RM 18.50 (kanak2)

dan secara tetiba aku dilantik menjadi treasury
heh..motiff
takpelah, I take the responsibility untuk collect duit dari rerakan
Arina pulak take the lead untuk membooking restoren dan mengupdate kehadiran

sesi perbincangan jarak jauh

memang sporting abis diorang ni
yang dok jauh-jauh tu memang tak dapat nak join la kan :-(
then ada jugak yang tak dapat join sebab family matters etc
takpe..maybe next time

setelah seminggu, gedebak gedebuk, kutip duit, book restoren & bincang camne nak pegi restoren tu
akhirnya Jumaat tu, lepas balik keja,
kami pun pegi ke restoren yang rupa-rupenya hanyalah 2 kangkang kera dari opis aku
Heh..motiff la aku on GPS bagai
btw..aku pergi ngan mad Noor, masa training aku jarang cakap sangat ngan dia
so, bila dia tanya sapa yang boleh amik dia kat LRT Titiwangsa,
maka akulah yang paling sesuai (sebab opis betul-betul kat situ)
pandangan aku, dia ni peramah & gentleman even masa training dialah manusia yang paling kuat memberikan respon delam setiap pekara+ agak hyperaktif (hehehehe) 



restoren ni ada macam-macam
steamboat buffet, makanan melayu, makanan china ngan sate
agak berbaloi-baloi dengan harga
tapi jangan expect steamboat dia macam kat Red Wok/ Seoul Garden
just basic seafood je..tapi Ok
antara makanan lain ada nasi goreng,nasi ayam, char kway teow, ayam bakar,masakan melayu basic la cam kari ayam, rendang dsb.
kemudahan kat sini pun ok. surau pun agak luas


kami pun makan
nyembang
main dengan anak-anak rerakan
star of the day opkoss la anak Alin yang comel tu..dah la cute, mesra lagi
anak bujang Fitry pulak wah wah wah...kemain aktif
anak Zul ngan anak Abang Rashid, behave budak-budaknye
agak meriah la even tak semua dapat hadir

Sebelum balik,
opkoss la misi gegambar beramai-ramai




Overall, majlis terkejut ni agak berjaya la kirenye
Thanks kepada semua kawan baru yang sudi memberikan komitmen dari segi kehadiran & duit
walaupun memang semua orang ada kesukaran masing-masing kan :-)
InsyaAllah..jika ada masa & rezeki kita akan buat lagi


p/s: Isteri Fitry yang tengah sarat pregnant pun hadir malam tu, dia dijangka due pada 10hb Ogos gitu, then Sabtu 4 hb Ogos Fitry post dalam FB yang isteri dia dah selamat melahirkan seorang princess..Hehehe..ke baby terkejut dengan kawan-kawan mak bapak dia memekak kat luar :-)



dzuli