Tuesday, October 23, 2012

Excited, tapi.....


akhirnya, setelah berpuluh-puluh emel discussion
setel jugak urusan plan trip 2013 kami 4 orang
tapi ni baru kira 20% la,
tiket balik Malaysia belum beli sebab harga melambung naik
so, setakat ni, ni jelah yang mampu,
bak kata kawan aku, "kena yakin, InsyaAllah ada penyelesaian"
yaaa.... aku tengah yakin nih..
lagi satu masih belum sure nak balik dari mana, jogja ataupun surabaya
boleh pulak buat perangai cam ni :-)

agak lambat lagi
so, chillax je dulu 
semoga sehingga tiba saat itu
semua masalah dapat diselesaikan, tiada rage from mother nature &  semua urusan berjalan lancar
InsyaAllah.

for this time being,
amik mood dengan tengok flight itinerary ni.. hahahah
semoga flight jogja-KL akan turun 
mak nak pegi jogja nokss.. (tetiba mood maknyah)
nak pegi Borobudur dengan Keraton




dzuli

Tuesday, October 16, 2012

pretzel & bersara awal

walaupun aku baru 3 tahun lebih
bekerja dalam industri yang diidamkan dari sekolah menengah atas
tapi
ada jugak
perasaan
nak bersara awal
dan bukak kedai pretzel


masalahnya
pandai ke
kau buat pretzel
dzuliza ooi....?

berenti mengarut
buat kerja seikhlas mungkin :-)

kalau pandai buat pretzel standard cam ni, bolelah bersara awal.
kena pandai buat coffee jugak. takkan pelanggan kau nak makan
pretzel ngan  plain water?

dzuli

Friday, October 12, 2012

Chill a cup :-)

normally orang akan kaitkan coklat/dessert sebgai makanan yang boleh mengurangkan stress.
Tapi, aku pulak bila stressed/nak rilex/nak lepak-lepak chill aku suka minum coffee.
bagi je kopi ape pun, aku ok 
kopi O kampung ke, kapal api ke, kapal air ke, asal sedap, aku layan je hehe.

kalau wallet cam ok, aku pegi la Starbucks, bukan ape, selesa jugak la, nak termenung-menung (sorang2), sembang-sembang private (beramai-ramai). Aku juga biasa pegi hari Jumaat sebab dapat buy 1 free 1, (pemegang kad sejenis bank sahaja ek.)

Kalau wallet cam kurang cun, aku pegi la tempat takde tax, cam kat Supremo Donuts & Coffee (Bandar Baru Bangi), Sempoi Kopitiam (Bandar Baru Bangi gak) ataupun Bangi Kopitiam (mestilah kat bangi).
Kalau luar bangi, standard la pegi Old Town yang merata ceruk pun ada outlet tu ataupun Chawan (aku suka tempat ni ehehe)

Tapi kadang-kadang tanak ada caffein dependency ke ape ke, aku minum la teh/ hot chocolate.

kat bawah ni antara kopi yang menjadi favourite, tetapi memang bergantung kepada situasi,lokasi dan saiz wallet ketika itu :-)



1) Nan Yang Coffee-Old Town,
   - aku suka sebab pahit-pahit sikit, tapi agak strong rasa dia. kopi tradisional la  kirenye ni.

2) Teh ais - Bangi Kopitiam
 - Teh ais dia lain sikit, sedap

Nan Yang coffee (old town) & Teh ais Bangi Kopitiam)


3) Valencia Coffee
 - Yang ni seasonal, bukan ada all the time, pun sedap

4) Caramel Macchiato
 - All time favourite ni, sedap, takyah buh gula dah. Pilihan kalau nak minum hot beverages

5) Cafe Latte
 - Pun all time favourite kalau nak minum yang ais, walaupon ala-ala nescafe ais je rupanya, tapi aku suka


Valencia Coffee, Caramel Macchiato, Ice Latte 


6) Ice Calypso-Kopie Satu
 - Pertama kali minum, terus jatuh cinta, produk tempatan ni, Kopie satu ni jual dengan van/lori ke. aku selalu jumpe kat Floria Putrajaya ke, apa-apa events. Ice cube dia perasa kopi

7) Ice Latte - Coffee Bean
 - Tak perlulah dijelaskan kot. :-) , pekena ngan scones pulak..mmmmm

8) Chawan Frappe- Chawan 
 - Yaa..ni try hasil suggestion dari blogger-blogger makanan tersohor, memang best. kopi kampung yang diubahsuai menjadi frappe, bole pilih nak kopi kemaman ke, muar ke, kapal api ke,ape-ape ke.


Ice Calypso (kopie satu), Ice latte (coffee bean), Chawan Frappe (Chawan)



9) Hot Chocolate (Sempoi)
 - aku tak penah minum, tapi kawan aku kata sedap. :-)

10) Sempoi Teh Tarik
 - Yang ni best, rasa dia creamy sikit dari teh tarik biasa.

11) Blue Mountain Coffee- Supremo
 - Rasa dia biasaje (bagi aku) tapi guna coffee press (tanpa diminta), aku jarang nampak kat tempat2 lain hehe.

12) White Coffee - Secret Recipe
 - Aku suka, sedap.


(clockwise dari kiri) Hot Chocolate (Sempoi), Sempoi teh Tarik (sempoi), Blue Mountain Coffee (supremo), White Coffee (secret recipe)


takde motip sangat tayang gambo kopi kan? :-)



dzuli

Wednesday, October 3, 2012

Ipoh-Kuala Sepetang-Taiping


sekembalinya aku dari explorace Kuala Terengganu-Kuantan-KL hari tu
selepas menyiapkan kerja-kerja hakiki yang ber"deadline"
maka tibalah weekend yang indah lagi permai (29 September 2012)

plan awal ialah untuk pegi Cameron
tetapi cuaca yang kurang baik, membuatkan kami mengubah plan
maklumlah Cameron Highland terkenal dengan tanah runtuh tambah-tambah pulak musim-musim hujan macam ni.
jadi, kami telah menukar plan. ada baca pasal Bird Sanctuary kat Kuala Gula, Kinta Natures Park, Batu Gajah &  Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang

So, kerana busy sikit
plan awal jadi sedikit kelam kabut.
Hotel kami booking last minute
tentatif program pun tak buat betul-betul
oh..jemaah kali ni ialah aku, kak Azma, Zu, then akan ditambah oleh kak Syidah and kak Fiza
apabila sampai di Ipoh nanti. ini kali pertama aku,Zu and Kak Syidah jumpe Kak Fiza. Juga kali pertama Kak Azma jupe kak Syidah. (sessi ice breaking sampai cair)

perjalanan dimulakan seawal jam 9.00 pagi (awal sangattt)
lepas amik semua jemaah ditambah dengan sesat sikit, dekat pukul 11.00 pagi baru bertolak ke Ipoh haha..
sampai Ipoh kami berenti makan kat Ipoh Hainan Chicken Rice (legend Ipoh ni) Wajib try.
sebagai seorang bekas warga Ipoh, aku tak la terkejut sangat tengok bill
tapi bagi warga KL tegar seperti kak Azma, haruslah dia terkejut tengok bill makanan untuk 4 orang yang tak sampai RM 40 pun haha...(suprisingly cheap la kan?)
btw, restoran ni ada gov tax, ambiance yang bagus, food yang sedap (penting) tapi harga yang sangat-sangat reasonable.

1st time dapat snap pic ni :-) sebab jadi co-pilot
ambra juice asam boi-terbaekkk

Dah makan, dah solat, amik pula jemaah-jemaah dari Ipoh
last-last dekat 4.00 p.m baru gerak ke Kuala Sepetang
so, agak lewat kan.?
sampai sana, check GPS, kuala Gula Bird Sanctuary 40 km lagi,
skip Kuala Gula
cari Hutan Paya Laut Matang
sesat pulak, tapi kami jumpe Jeti Nelayan Kuala Sepetang
banyak burung bangau, cantik..
tapi condition jeti tu tak elok sangat, tak tau la maybe kami stop dekat yang tak elok
tiba-tiba
aku tersedar
yang aku tertinggal DSLR aku 
T_T *nanges*
nasib la ada compact camera, kalau tak sia-sia jelah percutian ni tanpa gambar 10 Mp keatas hahaha

nampak sekawanan burung bangau itu?
zu,kak Azma,Kak Fiza,Aku- #retis sangat kitaorg
Sekitar Jeti Nelayan

dah lepak-lepak
amik gambar macam-macam pose
termasuk la pose ala-ala cover album K-pop
kami meneruskan niat cari Hutan Paya Laut Matang
tetiba, minyak dah "E"
cari petrol station punyalah jauh
lepas tu cari balik tempat tu dengan bantuan GPS (tadi mula-mula tak jumpe tempat ni dalam GPS)
rupe-rupenya dekat gila ngan Mee Udang Mak Jah tu..
masuk dalam dah 6.30 ptg
ingat nak naik bot dia, tapi faktor-faktor keselamatan 
kami batalkan niat itu, almaklumla senja-senja lepak dalam hutan, dalam sungai
tak bagus...
So, kami hanya berjalan-jalan diatas platform yang merentasi hutan paya bakau itu
platform yang bersih
kayu bakau yang berbagai species
bau hutan..mmmm....tapi species-species fauna (kecuali nyamuk) dah takde
maybe dah balik ke sarang masing-masing kot.
ada calet jugak kat sini
ada beran mau tido dalam hutan paya bakau?
platform ni panjang, tapi kami tak sempat jalan sampai habis
aku rasa penghujung dia paya kot..

entrance
walkway-bersih & kukuh
jeti utk naik bot

dah habis mencairkan lemak-lemak kat sini
perut pun lapar ngan tekak dahaga
so, ape lagi trademark Kuala Sepetang
mestilah Mee Udang banjir Mak Jah
dulu aku pernah pegi yang Mak Teh
Mak Jah ni memang famous, masuk JJCM, 
ramai gila orang, tapi servis cepat.
kali ni aku try kuew Teow goreng Udang
aku kurang suka mee kuah tu.

mee udang banjir-penuh ngan udang
kuew teow goreng udang

sebenornye, aku bukan peminat udang sangat, tambahan pulak udang yang sekor-sekor (tak buang kepala/sesungut) tapi dah alang-alang kat sini, maka kenalah cuba

Setelah melantak udang tak ingat, terus bertolak ke Taiping (kami booking hotel kat Pekan Taiping)
sampai Hotel, terus mandi-mandi
solat jamak..lepak-lepak kejap
then, kami mahu mengopi..hahaha
tak cukup segala mak nenek kopitiam kat KL, kita try kopitiam kat Taiping pulak
Kami lepak kat The Gate Cafe,
meriah sebab kebanyakkan kedai kopi kat tepeng ni chinese coffee shop, so sini antara yang Halal la..

white coffee & toast

Dah kenyang makan-borak
balik hotel, sambung borak lagi (biasalah when 5 girls in one room)
akibatnya pagi Ahad semua lebur balik lepas sembahyang subuh
konon-konon nak jogging kat Taman Tasik Taiping la
nak breakfast Taiping style la..habiss

Tapi we had our hearty lunch kat  sebuah gerai dekat dengan Penjara Taiping
sedap, ada ikan bakar. Price juga reasonable.
Then kami meneruskan perjalanan ke Ipoh.
layan bowling seround dulu

Penjelajahan ke Ipoh tidak lengkap tanpa makan Capati Medan Gopeng
Nostalgia zaman dulu-dulu ni, masa jaga projek kat Ipoh dulu, aku & colleagues suka gak makan sini
capati dia fluffy & tak kering, pekena pulak dengan kuah sardin..nyummsss...

capati lejendari..

around 4.30 p.m, setelah menghantar kesemua jemaah pulang ke rumah masing-masing
kitaorang pun gerak pulang ke KL

Tapi..sebagai penutup,
kami pergi layan Jeram Ikan Bakar kat Kuala Selangor tu
layan sotong celup tepung, asam pedas ikan sembilang, ikan bakar, tomyam bagai
dah kenyang sampai tak larat nak jalan,
barulah pulang ke rumah masing-masing

asam pedas ngan ikan bakar tak sampai lagi

Actually trip ni bukanlah ada misi tersendiri
just nak hang out ngan rerakan
nak releasekan tension sikit maklumlah 3 of us (aku, Zu,Kak Syidah) memulakan career baru *ecehh*
since that memang kami agak busy
so, misi success
akibatnya jugak,
aku dapat sore throat

T_T (banyak minum ais kot)


dzuli