Thursday, November 29, 2012

pancake house, Mid Valley

harus ku akui bahawa aku sangat jarang pegi Mid Valley, tahun ni baru 2 kali je
sebab :
  1. parking hazab
  2. selalu jem
  3. ramai sungguh manusia, terutama students ngan budak-budak tengah nak up :-)
so, last weekend terpaksa pergi, dah la weekend, pusing dekat 10 kali kat parking The Gardens tu akhirnya dapat gak parking walaupun bukan parking spot sebenarnye :-P

so aku ngan adik -aku aku try Pancake House ni, dekat dengan Crispy Kreme punya kiosk

Pancake House International lagi

setelah membelek menu then kami oder set menu. nama tak ingat la, tapi each set comes with peach tea and mini pancakes

aku amik pan fried chicken set, ada ayam goreng, macaroni salad and pilihan butter rice /toast.
adik aku kata macam snack plate je. tapi fried chicken dia ok, salad ok, and what to expect from a toast kan?


set aku, pan fried chicken set

najah oder tacos set, tacos ni makanan mexico kot, macam crispy wrap dalam dia cheese,chicken,tomato, sayur mayur.

najah amik Tacos

kakcik amik spaghetti set, ada tacos, spaghetti ngan ayam goreng. aku tak rasa pun spaghetti tu


ni ha, pancake yang fluffy ..yums



mebi aku akan datang lagi, tapi untuk pancake dia je :-)


dzuli

Wednesday, November 28, 2012

random sangat - 2


It's been a long month..
dan dalam masa beberapa minggu ni aku sangat busy dengan kerja-kerja hakiki
and my 1st ever design dah siap :-D
of course la tak proud sangat, baru perasan banyak benda yang boleh diimprove lagi
tapi sebab benda ni urgent gila, maka almost 2 minggu balik lambat (balik lambat rare di pejabat ini okeh), present, discussion, amend drawing..bla..bla..bla..

ciwi sangattt..orang lain dah design KLIA ooi
ada satu time aku rasa macam melayang-layang masa jalan nak balik
bukan aku tak biasa busy ataupun letih
tapi cabaran buat civil design ni lain sikit..letih otak melampau-lampau
ada sekali sampai flat jugak la bila balik.
tapi kepuasan A+ :-)
then masa yang sama JPP untuk projek yang aku uruskan pun nak meeting in the same week
adoi...kejap jumpe boss A, kejap jumpe boss B
Alhamdulillah, semua dah siap dan tinggal sikit-sikit je lagi
seriously ni paling letih mental aku rasa,
kalau cabaran kerja, percayalah aku pernah buat mende lagi teruk dari ni

banyak kena rijek T_T

selain daripada kerja hakiki
family punya tanggungjawab pun tak boleh diabaikan
almaklumlah, InsyaAllah walimatul urus adik aku yang sorang tu tak sampai sebulan pun lagi
last weekend memang busy jugak la
hari sabtu kitaorang memecut ke Nilai (aku malas nak p KL) untuk beli barang-barang doorgift,
balik Nilai, amik Najah dekat UKM then shoot terus pegi Mid Valley (tempat hazab parking)
dah tawaf mid valley untuk carik kasut (tak jumpe pun)
last-last jumpe kasut idaman dia dekat Bangsar Village
Ahad pulak pegi fitting baju kat Puchong dengan cari bunga telur dekat SSF
dalam dok busy tu sempat jugak la kami jalan-jalan cari makan
  1. Burger Bakar Abang Burn,Ramal Food Junction - takde la superb sangat tapi bolelah ganti McD 
  2. Pancake House,Mid Valley - not bad, will come gain for their fluffy pancake
  3. The Loaf, IOI Mall - bakery, roti & brownies yang terbaik dari ladang dengan harga berpatutan 
  4. Tappers Cafe, Cyberjaya - penah try yang dekat Setia Walk, tapi Cyberjaya punya ambiance seronok lagi, food yang sedap with reasonable price.
beger bakar.burn baby burnnnnn
tacos-pancake house
chicken parmigiana
semua sedap-sedap


sebagai kakak kena la bagi sokongan padu
harapnya majlis akan menjadi sempurna walaupun sederhana
tapi tetiba aku kena buat doorgift T_T
sebagai wanita yang amik KMT (kemahiran manipulatif tambahan) masa menengah rendah dan PKA (pengajian kejuruteraan awam) masa menengah atas
haruslah aku terrer sangat kan benda-benda cenggitu
nasib baik la housemate aku,Farhana tu tolong-tolong sikit
nasib la ghupe dia camne pun ek haha

prototaip  kekdahnye

aku juga telah menonton Breaking Dawn Part 2 pada hari pertama tayangan babeh !!!
kalau tak salah ni 1st time aku tgk movie hari pertama tayangan
gigih kan? dah la ramai gila, dapat seat row 4 dari depan
dan hasilnya setelah 3 siries aku berada dalam team Edward, kali ni aku berubah kepada team Jacob
sebab dia sangat sexy dalam breaking dawn part 2 ni *mode gatal*
akhirnya Twilight Saga pun berakhirla dengan ending yang memuaskan hati..ye lah dah adaptasi novel, kena la ending sama ngan novel.

source:Google Images
so, tu jelah karutan aku di petang hari ni :-)


dzuli

Thursday, November 22, 2012

taman botani-the big picture


sebenarnya Taman Botani Putrajaya ni telah lama wujud dan aku pun menyedari kewujudannya
tapi baru last week terasa nak explore apa yang ada kat situ :-)
aku assume taman biasa la untuk jogging ataupun cycling
rupe-rupenya..wahhh 
best, cume ada some part yang tak maintain (pusat interaktif & sebijik building bercirikan timur tengah)
hopefully Putrajaya Holdings akan buat sesuatulah..
sayang, development juta-juta tapi tak jaga elok-elok

Taman Botani Putrajaya

sampai je, hujan lebat. terpaksa berteduh bawah pondok

building ni lah, cantik tapi macam kurang terjaga sikit

floating walkway kot?? dekat dengan Putrajaya Seafood yang aku rasa dah tak beroperasi

canopy walkway..aku sangat suka canopy walkway walaupun takla sepanjang/setinggi dekat Sg.Sedim

Feeling kat china?? (abaikan white balance yang tak balance tu)

aku suka tempat ni, masa ni siap ada orang amik gambo kawin kat sini

ntahlah apekebenda ni

ni kalau kayuh beskal best ni

mengah gak la naik tangga ni

maka, aku rasa maybe aku akan ripit berkali-kali tempat ni :-)
naik beskal ke, jogging-jogging ke kannnn..tapi luas sangat, boleh sesat jugak la dalam tu
so, sesapa nak beriadah secara FOC dihujung minggu bolelah datang.
ikut je signboard, gerenti sampai


dzuli

Sunday, November 18, 2012

thai tom yam kung- putrajaya

masih belum terlewat untuk ucapkan SalamMaal Hijrah buat semua muslimin dan muslimat,
semoga kedatangan tahun baru ni memberikan perubahan yang lebih baik kepada kita
tak lupa juga untuk mendoakan keselamatan saudara kita di Palestin yang sedang berada didalam kesusahan, kalau tak mampu buat apa-apa, doa saban hari pun satu bantuan. InshaaAllah. Aku ada kawan di Gaza yang update hampir setiap masa tentang keadaan disana, bila baca status FB dia, baru nak gelak-gelak happy pun rasa insaf kejap, so many blood & tears there. kalau jumpe mana-mana persatuan macam viva palestina, islamic relief etc, hulurkanlah bantuan setakat termampu. tanggungjawab sesama muslimin-muslimat kan..

Okey, kembali ke tajuk asal, cuti maal hijrah haritu, kami gunakan kesempatan untuk bergathering (4 orang geng single mingle some available,some not la). so pagi tu aku, zu and kak syidah bersuka ria dekat Taman Botani, then tengahari janji ngan kamal and had our lunch dekat Thai Tomyam Kung Putrajaya. Ni second time la aku makan kat sini.
menu yang kami order hari tu

sizzling black pepper beef -RM 15.90 kot (m)
air tembikai sejag-RM 13.90
kangkung crispy-must try- RM 5.90 kot
tom yam kung-sedap-RM 15.90 kot 
nasi putih aku :-P
semua diatas cost us about RM 62. agak reasonable, semua sedap. kami lepak kat situ sampai dekat pukul 4.00 p.m tapi yang best diorang tak halau or bagi2 hint untuk halau pun teheee..
biasalah lama tak jumpe, bayak la topik-topik yang nak dibincangkan.
sape-sape yang datang precint 15, bolelah try ek, restoran ni dekat dengan Mr Kabab & Nasi ayam Gemas.


dzuli

Wednesday, November 14, 2012

Riang Ria Sunway Lagoon + Toowamba Steakhouse

last week my besties ajak aku join family day company dia
memandangkan aku sangat tensen dengan kerja-kerja hakiki
maka aku pun bersetuju utk join
I was never a big fan of theme park, bising,panas,ramai orang, gitulah pendapat aku
kitaorang sampai around 8.00 a.m sebab takut lambat-lambat nanti takde parking.

dapat la goodie bag consist of tumbler sunway dengan casing handphone bagi tak masuk air (?)
masuk dalam, rupe-rupenya pukul 10 baru bukak..dem..dekat 2 jam jugak dok sesaja..

sebelum masuk berjimba, makanan pun diedarkan..peh..mmg tak organize langsung pengagihan makanan.
kitaorang pun makan dulu untuk mendapatkan tenaga (sbb tak sempat nak breakfast pagi tadi )

tetiba jadi staff sunway la kan
ramai kannnn?

untuk kami bertiga, this is our fisrt time at sunway lagoon so, ikut je la sign board
mula-mula nampak rumah hantu, ape lagi try la sepam. memang la takut gak tapi bila pikir-pikir balik,
bila lagi nak try..
yang lawak, masa sampai kita punya turn untuk masuk ada macam briefing la, tetibe je keluar la hantu sergah kitaorang, habis berterabur orang lari keluar *hehehe* tapi aku,zu,ngan farhana macho..rilex je

masuk dalam tu, suasana agak seram la, aku pegang zu kuat gila rasanye,terkejut gak la bila zombi keluar dari merata celah.
tapi aku ta tahan masa kat satu kawasan yang kitaorang kena berbaris dlm satu barisan, Farhana pegang orang depan dia kuat gila lepas tu jalan sambil tunduk..memang lawak.

dah puas menjerit-jerit macam orang gila, sebab terkejut dengan pocong,pontianak,zombi bagai, masa nampak sign "keluar" tu..legaaa rasanya,
tapi just about to step out,ada la sekor lagi zombi sergah, maka keluar dengan tak machonye (huru hara).

Lepas dah letih menjerit-jerit, meneruskan aktiviti nak main roller coaster, tapi under maintenance pulak.
so kami pun naik la wagon la, apebenda ntah lagi yang ala-ala budak 7 tahun punya mainan. bosan ok..

bosan naik mende ni

sunway lagoon-pandangan atas
lepas dah bosan main mainan budak-budak, kami pergi ke tempat mainan yang lebih extreme, pirate ship & tomahawk, memanglah menakutkan tengok pirate ship tu. last-last farhana naik pirate ship, aku ngan zu naik tomahawk. feeling dia macam 1/2 of my life is gone, pening kepala aku.
lepas pening-pening, kami layan wildlife park, seronok, tenang sikit la lepas huru hara kat extreme park tadi.
ada banyak jugak binatang-binatang kat sini ada ostrich (tapi aku tak nampak pun), Sun Bear, pelbagai jenis monyet, panther,kancil,arnab, tupai-tupai dari seluruh dunia, ular, kancil, rusa dan lain-lain, paling terbaik ada skunk yang bau dia memang boleh muntah. (1st time aku bau skunk, sbb dia bukak bahagian atas kandang)



aku sangat suka wildlife pak dia
aww...cute..landak kot
sun bear
around pukul 3.00 camtu kami gerak keluar untuk solat dan lepak-lepak kat sunway pyramid
layan jugak la sunway lagoon ni, so kalo rasa nak pergi tunggu siap renovation okeh :-)
thanks kepada penaja yang bawak aku ngan Farhan kat sini.


sebab aku pemalas, aku satukan entry yang berlaku pada hari berbeze heheehe,
Opis aku buat farewell party untuk 5 orang bekas staff, venue dia dekat Toowamba Steakhouse, Jalan Genting Klang.
restoren ni tak besar sangat, tapi menu dia western food halal then ada pilihan banyak jenis daging,ada grass feed, ada grain feed ada wagyu dan lain-lain
harga pun agak reasonable, untuk 17 orang makan lebih kurang RM 550 ++..menu kami hari tu macam-macam, ada makan fish & chips, salmon steak,mixed griss, lamb chop,chicken chop, rib eye steak. tapi aku amik gambar makanan aku je lah kan.

aku order lunch set chicken chop, come with soup of the day dengan ice lemon tea.

cream of vegetable?
chicken chop ajee, mash potatoes dia sangat sedap
sesi gambarajah
sedapp...InsyaAllah will come again

dzuli

done!!

Tiket pulang sudah dibeli
maka, hampir selesai tiket preparation
tinggal nak beli tiket tren sahaja (tix tren hanya boleh dibeli online 3 bulan sebelum tarikh bertolak)

aku nerves sbb preparation agak awal
aku risau macam-macam terutama bab kerja hakiki yang kadang-kadang perlukan pengorbanan masa yang panjang

InsyaAllah, semoga dipermudahkan semuanya.
kami semua masih chillax,kalau free adalah aku baca sikit-sikit pasal tourist attraction, cari hotel-hotel murah dll.




semoga berjaya menjejak kaki...Amin


dzuli