Monday, December 31, 2012

recap-2012

InsyaAllah esok kita akan menyambut tahun baru 2013. another year have passed. so harapnya tahun depan akan dipenuhi dengan kejayaan-kejayaan untuk dunia dah akhirat :-)

dah nak masuk tahun baru, mulalah teringat kenangan-kenangan dan pencapaian-pencapaian tahun ni kan..
untuk aku, tahun ni maybe agak slow dari segi jalan-jalan cari pasal ataupun aktiviti-aktiviti menarik. mungkin sebab banyak hal (bertukar kerja, family event dll) tapi Alhamdulillah ada benda-benda yang still menggembirakan hati. ewahhh.

1. Februari 2012
jalan-jalan buat hal kat Tropicale Colmar, Bukit Tinggi dengan Zu (lah,siapa lagi kann). short trip, tapi sangat fun. Kalau bukan sebab Zu, mebi aku tak sampai lagi sini walaupun hanya sekangkang kera dari KL haha.



2. May 2012 (nampak sangat Mac ngan April takde ape-ape aktiviti )
i. aku pergi membuang masa di Gold Coast, Sepang lagi dengan Kak Azma Pulak.

sunset tak jadi
ii. Aku berjaya menghantar resign letter kat previous company, kali ni bukan dengan linangan air mata (macam tahun 2011 dulu) tapi dengan hati yang berbunga-bunga dan bersyukur. Alhamdulillah.

colleagues company lama
iii. Kali pertama sampai kat Segamat Johor walaupun aku orang Malaysia yang tak pernah dok luar negara. Kali ni sebab member aku kahwin,

kalau bukan kerana Liza, mungkin aku masih tak tau segamat kat mana

3.June 2012
i. Menikmati keindahan Paya Indah Wetland. Tempat ni best and highly recommended

ikon Paya Indah Wetland
ii. Bulan ni aku tengah struggle kat tempat baru, Office jauh dari umah, banyak training kena pegi dan adjusting my life untuk situasi yang completely berbeza sangat.


4. Julai 2012

i. Melepak lagi di Floria 2012, aku memang suka Floria Putrajaya, Aummmm

buggy
ii. Pertama kali jugak pergi Kota Bharu Kelantan (dengan tak malunya mengaku). walaupun atas sebab urusan rasmi, tapi sempat jugak la feel-feel kelantan.

the famous Pasar Siti Khadijah
iii. Kena pergi kursus selama 8 hari kat Genting View Resort. Lama okeyy, bole rindu kat tilam bantal kat rumah sendiri.

monitorku sayang-one of the activity


5. Ogos
Ogos ni bulan Ramadhan Al Mubarak, aktivity slow sikit, tapi Iftar bersama kawan-kawan dan keluarga is a must :-).
Ramadhan ini jugak aku jumpe seorang rakan maya aku iaitu blogger yang dah mempunyai fanpage sendiri.
orang yang suka travel mesti kenal blog dia. Thanks Fatt sbb sudi berjumpa aku secara live ahahaha.
Aidilfitri  tahun ni pun best sikit sebab semua family member balik.

Iftar dengan kawan-kawan baru :-)


6. September 2012
aku dipaksa pergi ke perhimpunan Janji ditepati, 1st time masuk ke dalam SNBJ dan mungkin aku tanak masuk dah hehe. bukan ape, just not my thing, tu je.

dikir barat teramai di Malaysia kekdahnye.


7. Oktober 2012
i. aku telah menjejakkan kaki buat kali pertama (kali pertama lagii) di Terengganu. kali ni atas urusan rasmi jugak, tapi kali ni betul-betul menjejakkan kaki sahaja, tak sempat mengular. maka haruslah diripit. InsyaAllah.

taste of terengganu yang sempat dibawa balik

ii. Setelah 6 tahun lebih meninggalkan kuantan, Aku kembali semula (tu pun sebab tugas), pehh, down to the memory lane la kiranye.

iii. Roadtrip ngan kak Azma, Zu, Kak Syidah ngan Kak Fiza, KL-Ipoh-Taiping. Walaupon lokasi yang dekat dan nampak cam tak menarik, but it was a blast, we have fun and kenal kawan baru :-)

hutan paya laut matang, kuala sepetang

8. November 2012
i. kali pertama lagiii pergi ke Sunway Lagoon. Totally Free and easy yeah..aku bukanlah penchenta theme park, tapi I have a great time spending my weekend here gituuhh..

mungkin akan ke legoland pula 

ii. Beriadah & berphoto gedik kat Taman Botani yang walaupun sekangkang itik dari rumah, tapi tak pernah terasa nak pegi.

teringat canopy walkway Sg.Sedim

9.Disember 2012
events terbesar untuk family kecik aku, My sister wedding. tanggal 14.12.12 yang lalu dia telah pun selamat diijabkabulkan (bahasa novel please) dengan Khairul Idharm, sekarang mereka sedang bergembira berhoneymoon di sana-sini. Semoga kegembiraan mereka sehingga ke akhir hayat hendaknya.

comey banner rekaan doyahmdnoor ni
big bad wolf book fest juga pada bulan ni. events ini membuatkan aku tawaf MIECC sebanyak 3 kali. dan baru 2 bijik buku yang habis dibaca ehehe

bila nak abis baca ntah

so, even tahun ni ada beberapa pekara (terutamanya trips) yang terpaksa dibatalkan atas banyak sebab, namun aku bersyukur sebab dapat melalui 2012 dengan gembira & sihat walafiat. Semoga Allah berikan tahun 2013 dan tahun-tahun akan datang segala kebaikan untuk digunakan di dunia dan diakhirat.
semoga semua orang di luar sana pun begitu ;-)




dzuli

Thursday, December 20, 2012

dia terima nikahnya

tajukkk, macam filem kan?
akcelii tanggal 14.12.12 yang lalu, seorang adik aku telah menamatkan zaman single minglenya dengan telah menjadi isteri kepada jejaka pilihan beliau sediri
majlis yang sedarhana diadakan di rumah kami,
syukurlah semuanya selesai dengan sedikit drama apabila pengantin lelaki lambat tiba kat masjid *hehehehe*
maka, telah pencenlah jawatan aku buat sementara waktu menjadi supir ke butik-butik pengantin & kedai-kedai bunga di seluruh Malaysia

majlis walimatul urus pada 15.12.12. Alhamdulillah, ramai jemputan hadir, doorgift habis, makanan pun tak banyak membazir dan hujan petang tu. memang tetamu non stop sampai ke malam.
Terima kasih banyak-banyak kepada Kak ipar aku,makcik-makcik dan cousin-cousin yang bertungkus lumus membantu dalam pelbagai pekara.

Epik-epik sebelum majlis
  1. bunga untuk pelamin dibeli pada pagi sebelum hari pernikahan, aku ngan najah memblurkan diri didalam kedai bunga sebab tak tau nak beli apa
  2. baju pengantin siap 2 hari sebelum majlis. pagi sebelum aku balik kampung, meredah jem LDP nak amik baju tu kat puchong. keta aku dah macam almari baju.
  3. pelamin & set bilik tidur buat sendiri, tak ditempah
  4. hari khamis (sehari sebelum majlis akad nikah) aku ngan najah pegi penang nak buat cupcake untuk dessert buffet, tetiba bolelah pulak takde elektrik kat umah kacik, akibatnya aku ngan najah macam pencurik geledah umah dia dalam gelap, cari barang-barang untuk buat cake tu dan bawak balik  kat umah (kulim), lepas tu dah tengah jalan baru teringat canola oil, susu dsb tertinggal. Malam tu sekali ngan bakal pengantin kena buat kek haha, pastu nak kena berinai lagi, dah mak aku mebebel-bebel sebab dia nak tido & adik aku sibuk dok buh icing atas kek.
akhirnya, syukurlah semua selamat. aku cuma berharap yang terbaik untuk mereka, kebahagiaan dunia akhirat *lagu tema: In team*

kasut berangan Bella Swan, Twilight
baju nikah

abah juga tacing, sama-sama tacing
gambar standard lepas nikah
pelamin hiasan sendiri yang belum dikemaskini
gambar standard kenduri
fresh flowers, thanks kepada Ilya
sticker itu juga rekaan @doyahmdnoor




dessert buffet, semua cakes diatas ialah homade
dah kahwin,sukahati korang la nak posing camne pun

akhirnya, aku tau bahawa menjadi host untuk walimatul urus ialah sangat letih yo, dulu masa kenduri abang, rilex je sebab majlis kat Felda, kawan-kawan mak ramai (persatuan wanita la hapekebenda la) hehehehe,
InsyaAllah majlis bertandang di Muadzam pada 25.12.12, semoga semuanya berjalan lanjar & selamat hendaknya *jauhnyenakdriveuolls*

dzuli

Sunday, December 9, 2012

Road Constructions, What's still missing & Big Bad Wolf Book Sale


khamis lepas aku terpaksa gantikan boss untuk satu seminar
"Road Construction, What's still missing" anjuran bersama REAM & PWD
best !!! tu yang mampu cakap
I've been in this industry only for 1 year 1/2, so this seminar an eye opener la kiranya
aku jumpe lecturer hihgway aku masa kat USM dulu, Prof Meor Othman Hamzah (sapa yang dalam bidang highway dalam dan luar negara gerenti kenal beliau) tapi tak sempat nak tegur sebab nampak beliua begitu busy sekali :-)
aku juga jumpe kawan aku, Isma, dia keja highway MEX, dulu selalu jumpe kat LLM kalau ada seminar, talk dsb. juga aku jumpe Hajah Azlin LLM, dulu kalau ada problem dekat highway, dia ada la datang check2 apa yang patut.
semua presenter best, tapi yelah mungkin masa agak constraint (1 hari je) maka ada banyak benda yang tak sempat nak cover.
participants pon best, at least masa Q&A session agak meriah la.

apa yang masing tak ada ek? 

the best part is, aku dapat buku ni dalam goodies bag..:-)
bukan ape, sehari sebelum seminar ni aku jumpe buku ni kat HQ, sempat baca-baca 2-3 pages je
tetiba hari ni dapat, mestilah seronot, tiada jual dipasaran uolls
spesel edition
dan satu stretch kecik kat highway ni diuruskan oleh I (bongga)

simpang pulai-lojing-gua musang-kuala berang

rasanya jugak satu Malaysia dah aware dengan Big Bad Wolf  Book sale,
can say it is the biggest booksale in Malaysia kot
kalau taun lepas buat kat MAEPS, Serdang
Tahun ni kat MICC, The Mines
pukul 7.30 a.m aku dah berkampung kat sana, ekcelli aku takde la borong sampai satu troli pun
just beli buku yang ada possibilities untuk aku baca je :-)
ntah la, aku rasa tahun lepas punya lagi best kot. tapi tahun ni memang banyak novel, novel Malay pun ada
tapi since I've quit reading novel long time ago, aku tak beli pun hehehe

The World biggest booksale katanye
hari masih pagi, so orang pun takde la ramai sangat
pehhh.
ni je hasil rembatan, majalah tu beli sbb ada goodie bag promo :-)
big bad wolf ni akan berlangsung sehingga 22 Dec 2012 kalau tak salah
so, bolelah pergi meramaikan MICC okeh :-)


dzuli