Sunday, February 3, 2013

aku,UBSB dan dia

semalam hari wilayah
maka, aku cuti
tapi selangor tak cuti, maka ku ambil kesempatan itu untuk melawat rakan-rakan lama dan bos-bos lama
ekcelli sebab ada hal sikit
dekat UBSB,
memang banyak aku mention kat blog ni
tempat kerja paling bersejarah dalm hidup aku (setakat ni) hahaha

masuk je, still lagi kak Zarina kat receptionist tu
bau opis tu pun sama
Nad, Liza,Fazuan, Kak Zizah,Kak Miza
semua masih ada kat tempat diorang
bekas meja aku dah jadi hak milik QS baru :-)
Ya Allah, rindunya saat-saat kat situ
tapi tempat kerja sekarang pun OK..maka bersyukurlah

En Kadir dah jarang masuk opis, so banyak management work diganti dengan Encik apetah (tak tau nama)
Encik tu agak baik, soft spoken (my 1st impression) hehe
Suami Kak Miza pulak, dah pulang ke Rahmatullah. Arwah kena heart attack ay the age of 45. But I believe she is tough to handle all of it.

En Hafiz..still macam En Hafiz, baik & soft spoken
bila aku bagitau yang aku dah keja kat company "J" sekarang
diorang cakap "Alhamdulillah"

yang paling tak boleh blah, aku siap melepak & bergossip lagi dengan diorang,
mintak password WiFi la, print surat-surat la hehe
Lepas semua hal aku selesai, dalam pukul 4 aku gerak pegi the curve untuk jumpe Kak Azma

tiket parking yang masih sama,ehehe


percaya atau tidak, aku sampai The Curve pukul 6.30 petang. Jem taraf naga, sampai he horizon gamaknya.
adoii, kalah jem kat KL peak hours tau. maybe sebab KL cuti, ramai-ramai warganya nak p soping kat IKEA pftt.

traffik sesak di kedua-dua arah

Dah puas meredah jem..apa lagi
dinner ala-ala naga la.
kitaorang amik meatball,popia,chicken wing,cake,prawn salad, coffee &tea
puas hati
Oh, InsyaAllah Kak Azma akan berangkat ke tanah suci 5 Feb ni.
semoga beliau selamat pergi & kembali dan dapat menunaikan ibadah dengan sempurna.

meatball tak habis,chiken wing tak habis..rugi

Main point here,
tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat mencari rezeki suatu masa dulu.

dzuli

No comments:

Post a Comment