Thursday, March 28, 2013

trans surabaya-jogja, part 1

ekcelli plan untuk ke Surabaya ini dah buat sangat lama, around bulan 10 tahun lepas. It start bila kawan aku, kak Azma, baca blog Fatt lepas tu dia ajak aku. Aku pulak memang tengah terkinja-kinja nak travel masa tuh, so aku ajukan plan ni pada best fren aku Zuraida and Kak Syidah. Kak Syidah tak boleh nak join sebab urusan keluarga. so aku try ajak Farhana dan aku agak terkejut sebab dia on.
so terhasillah 4 orang manusia yang akan ke Kepulauan Jawa. 3 daripadanya ialah first time yang pertama haha.

Flight Ticket
lepas tu kami start hunting tiket. dapatlah KL-Surabaya around RM 130 sorang. then aku rasa aku pernah baca pasal Fatt pernah pergi dari Surabaya ke Jogja by train. so aku baca balik entry tu dan emel Fatt, yess, memang boleh pergi jogja naik tren sahaja. so, aku ajukan pada Jemaah dan mereka setuju. so, start hunting ticket untuk Jogja-KL pulak. dapatlah around RM 130 jugak/person include luggage.

Train Ticket
dah setel ticket flight, masa untuk hunting tiket keretapi pulak, sebab aku baca tren ticket Surabaya-Jogja memang fast selling, so aku beli online dekat sini .tiket boleh beli sebulan sebelum travel. senang. tayah berebut kat Gubeng nanti. lagipun aku tak rasa nak naik bas untuk ke Jogja.

Supir
aku baca banyak blog pasal nak ke Bromo. ada yang buat DIY (naik train Surabaya-Probolinggo, naik mini bus ke Cemoro Lawang), ada yang amik package (lagi senang, tapi mahal la sikit, pastu tak boleh pilih hotel). lepas tu aku baca blog Zara dan sembang-sembang, maka aku mengambil keputusan untuk hire supir. travel group pun ramai, maka ekonomik & selesa kalau amik supir kan.
supir juga telah dicadangkan oleh Zara (thanks haha).
untuk supir jogja, aku search dalam Yogyes. aku main emel je beramai-ramai. pastu buat price comparison. akhirnya aku memilih Rahma transport. paling murah dalam quotation yang aku dapat. tapi service agak bagus.

Hotel
ni antara pekara yang paling aku cerewet. bukan ape, bagi pendapat aku hotel yang selesa tu penting sebab kami nak berletih-letihan pada siang hari, so malam kami nak berehat-rehat la kan. tapi aku juga tanak yang mahal-mahal sangat. so aku ambil masa sikit la untuk review harga dalam Agoda.com, Booking.com pastu check pulak dalam Trip Advisor. Fussy? tapi aku buat sendiri tauu..
so hasilnya :
21 Mac 2013 - CafĂ© Lava Hostel, Cemoro Lawang - Best
22 Mac 2013 - Hotel 88, Surabaya - Best
23& 24 Mac 2013- Edu Hostel, Jogja - Best
25 Mac 2013- POP hotel- Jogja - Best
untuk 5 malam, aku hanya bayar RM 200 ++ sahaja.

Itinerary
ini juga satu masalah, memandangkan aku travel pun tak banyak sangat , sebelum-sebelum ni pun mengamalkan konsep redah. maka, sebab ini trip yang agak panjang, seekor itinerary sangat membantu. terima kasih sekali lagi untuk Zara, dengan baik hatinya, beliau meminjamkan aku itinerarynya untuk dibuat pedoman.

Persiapan
last aku travel oversea ialah 2 tahun lepas (2011)..lama jugak la on hiatus. so, banyak jugak benda yang perlu di top up. tapi, kerana aku kan artis kakak yang disayangi, maka ramai sponsor. adik aku bagi pinjam wind breaker, Nike H2O dan Canon D60 (tapi tak bawak pun). haa..untungkan, ada 2 adik yang kaya?
untuk ke Bromo, aku bawak fleece shirt Uniqlo (RM 29.90 je), glove (daiso je), torchlight (hilang masa check in luggage), pashmina (bole buat tutup hidung).
untuk lain-lain aku terpaksa beli jeans 2 pasang (aku telah kurang pakai seluar sejak hujung tahun lepas), day pack, tu je kot.
konon nak light packing, sekali seluar tak cukup, terpaksa hantar dobi masa kat Jogja.
aku pun dah banyak baca travel tips kan, so aku bawak jugak Panadol extend dan Salonpas (kot-kot la sengal urat whatever).


wah, panjang pulak entry. mengada sangat. (macam ko p travel 14 bulan kan?)
but ini kira entry from noob to noob la kot (pinjam abang Adiman punya ayat)
selanjutnya akan diceritakan dalam part 2, part 3 sampai part finale okeh.


EDU hostel, Jogjakarta


dzuli

4 comments:

  1. Glad that you've completed your 6 days journey. Alhamdullillah. I guess, there's a few trip coming up kot after this one? Thanks for the book as well! Can't wait to read it!

    ReplyDelete
    Replies
    1. buku tuuuu..bila u nak amik nanti just give me a call/wassap okeh..
      insyaAllah, a few trips lagi. hopefully...:-)

      Delete
  2. Wah mmg detail betul infonya tp masih confius kenapa perlu check in check out hotel eh. JM baru nk start blogwalking ni :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. teruskan membaca...saya recommend jogja kat JM..best oh

      Delete