Saturday, March 30, 2013

trans surabaya-jogja, part 1.1

Assalamualaikum.
entry yang part 1 tu kita prelude kot (ke interlude) haha
yang ni akan bermulalah kisah 4 orang manusia dengan misi masing-masing
flight kami dari LCCT dijadualkan pada pukul 7.20 pagi, maka kami sepatutnya ada di airport around 5.30 camtulah sebab kami ada check-in luggage.
semua berjalan lancar, tetiba Zu whatsapp aku mengatakan passport dia hilang
ah..sudah..camne nih
kami pun mulalah buat plan B.
around 5.30, Zu pun sampai dan syukurlah dia jumpe passport tuh bawah seat SkyBus yang dia naik tuh. okey setel satu masalah. we worried for nothing. bila jumpe 4 orang mulalah tak ingat dunia bersembang.
Alhamdulillah flight pagi tu ok, tiada delay & sebagainya.
kami arrive kat Juanda airport, Surabaya around pukul 10.30 waktu Indonesia.
masa nih puas pulak carik supir kami. Handphone tak bole roam, pastu kalut dok carik sim card Indonesia pulak.
Akhirnya, dekat pukul 11 barulah jumpe pak supir kami. dia pekerja Pak Asyirin yang di recommend oleh Zara. maka bermulalah perjalanan kami ke luar kota Surabaya.

Kenderaan kami untuk 2 hari
Juanda Airport, ada Bangi Kopitiam kat sini.

around pukul  2 lebih barulah kami berhenti lunch kat kota Batu. laparnya ya ampun sebab dari pagi tak makan. Pak supir kami singgah kat restoren apa ntah (tak ingat nama) tapi memang kelass sangat. penuh gambar-gambar artis yang pernah datang, decoration pun cantik. but harga still reasonable. kami order nasi ayam bakar, jus alpukat, happy soda, es jeruk , teh limau termasuk supir punya lunch.

price untuk 5 orang makan = IDR 159,000 kot

tempat pertama kami singgahi ialah Air Terjun Coban Rondo, Malang. peehhhh..tinggi sungguh air terjun ittew. sebagai manusia biasa, haruslah aku kagum. tempat dia biasa je, kecik je pun, tapi well maintained. masa nak bergambar kat bawah tu, macam disimbah hujan renyai-renyai. best..tapi sejuk la..

tinggi okeh
aku rasa tak boleh mandi
lagenda dia. boleh enlarge dan baca sendiri :-D

dari coban rondo ni nak ke cemoro lawang 4 jam ye uolls..
*pensan dalam kereta beramai-ramai*
oh, kami solat kat surau Coban Rondo waterfall ni, air dia pakai air sungai
haaa..menjerit-jerit amik wudhu'. sejuk oo
surau dia selesa jugak.

after menunaikan kewajipan, kami meneruskan perjalanan ke Cafe Lava Hostel.

bersambung....


dzuli

2 comments:

  1. Oppssss perlu byr makan utk supir sekali itu mmg masuk dlm pakej eh

    Mmg cantik air terjun tu segar mata bila tgk. Tgh asyik baca dh bersambung heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..tapi sekejap je, x berbaloi dgn perjalanan, saya cadangkan kena tour sekali ngan kebun epel semua, baru berbaloi

      Delete