Monday, April 1, 2013

trans surabaya-jogja, part 2 (sunrise bromo)


Assalamualaikum.
bersambung dari entry yang sebelumnya.
lepas Coban Rondo, kami meneruskan perjalanan ke Cemoro Lawang.
on the way tu, pak supir singgah kedai jual prodok-produk tempatan
Batu ialah tempat tanam epel, maka produk-produk pun banyak berasaskan epel
aku try beli kerepek epel dia. sedap gak.
dalam pukul 7 lebih kot baru sampai Cemoro Lawang.
kami juga mintak pak supir bawak kami jumpe tokey jeep. nak deal terus sebab aku baca booking jeep ikut hotel agak mahal. actually aku dapat  IDR 550,000 untuk Penanjakan Viewpoint, Kawah Bromo, Savannah & Pasir berbisik. aku rasa ok kot. nak mintak tawar, kesian pulak kitaorang tengok muka budak tuh, muda lagi.
untuk hotel, kami memilih Cafe Lava hostel sebab dia dapat review yang bagus dalam trip advisor
booking aku buat through praktisya.com sebab deal dalam Agoda dah habis pastu emel yang aku hantar direct ke hotel tak dibalas.
mula-mula nak amik Bromo Permai, tapi dia takde room for 4
sebab apa nak room for 4? sebab nak party laaaa...(tipu)
kami amik triple ensuit, tapi bole dok 4 orang, takde masalah. harga dalam RM 160++ per room
bilik dia best, feels like home gituh. lengkap dengan hot shower, tv (tak layan pun), coffee making facilities. WiFi ada, tapi kat cafe dia je.
sejuk oo..pijak lantai bilik pun rasa histeria. nasib baik dia bagi room slipper

lepas melompat-lompat dalam bilik
kami pergi kafe dia untuk dinner
lapar gila ooo...
ramai jugak pengunjung dalam cafe tu, kebanyakkannya mat salleh & locals
kami order nasi goreng macam-macam perasa (javanese la, hong kong la,)
dengan pisang goreng cheese. pisang goreng cheese terpaksa ditapau sebab lambat gila-gila 
makanannya sampai lambat bebenor, nasib baik ada WiFi. (dan abang mat salleh kacak dok tanya password WiFi hahaha)
lepas makan, balik bilik mandi dan tidur. maklumlah nak kena bangun pukul 3.30 pagi.

nasi goreng dan pisang goreng cheese 

3.00 a.m----jam handphone bunyi manyak bising
aku pun kejut jemaah yang lain. kami gosok gigi ngan cuci muka je
keluar bilik, rasa nak menangis..sejuk gila. angin sepoi-sepoi...huhuuu
turun kat area kafe tuh, nampak dah jeep ngan driver kami dah tunggu.
abang mat salleh kacak semalam pun ada, ingat nak ayat dia suh naik jeep ngan kitaorang, sekali ada supir jeep mana tah culik dia dan suruh dia naik jeep lain. chehhh...*terlepaspeluang*

dalam setengah jam kot perjalanan ke Penanjakan Viewpoint 1
sampai je, kami disambut oleh peniaga yang bagi sewa jaket, jual mafla dan lain-lain
terus tak banyak cakap (sebab sejuk gila) panjat itu bukit
sesak nafas sebab sejuk & tinggi kot
sampai atas, gelap lagi. masa ni aku dah rasa lain macam (mual)
adakah ini altitude sickness?
Kak Azma suruh aku rileks dan minum air & makan ape-ape
pastu manusia pun makin ramai. aku dok diam kat satu port
tetiba....*bluekkk* aku muntah...!!!!!!
tak sempat nak pergi toilet ke apa ke
lepas muntah, aku terus ok..hahaha
tak baik betul meninggalkan kesan kotoran kat viewpoint. mahaplah ye pengurusan Taman Negara Bromo-Tengger-Semeru
untuk melarikan diri, aku jalan pelan-pelan kedepan..nasib baik gelap lagi. So, selamat..
lepas tu aku berdiri kat satu port tunggu sunrise.


mula-mula aku tengok pemandangan ni

aku dok tunggu, mana bromo nih tak muncul-muncul
lepas tu, aku ngan Zu jalan pelan-pelan cari port lain
turun bawah sikit dan kami nampak dah gunung batok, Semeru dan Bromo
rupanya aku salah port
Subhanallah..menetes air mata (overst sangat) sebab sangat chantik
macam mimpi
macam lukisan
speechless. macam tak percaya apa yang aku baca & tengok dalam blog Fatt, Zara, Janggel dll tuh ada depan mata aku
pastu misi cari kak Azma & Farhana, diorang kat mana ntah
mana boleh biarkan diorang terlepas this magnificent view.
pastu orang pun dah ramai datang kat port aku ngan Zu lepak, (mula-mula tadi sikit je)
tak boleh blah, ada makcik local tu, dia nak amik gambar pastu dia tolak aku "ketepi mbakk" dushhh
eh, bukan aku dah wujud lama ke kat port tuh. sukahati kau je kan..
pastu aku dengar mat salleh borak-borak, aku tengok atas..
eh eh, abang kacak yang tanya password semalam., terus aku lupakan peristiwa aku ditolak oleh makcik tu
pelancong asing behave sikit. senyap je, layan sunset, amik gambar sikit-sikit
but most of the time, they embrace that moments (haaa kan dah keluar inglish aku)
locals pulak, bising nye,posing macam-macam (boleh mengganggu orang ye). takpelah, tempat korang
*redha*
oh, pengunjung agak ramai, tapi tidaklah terlalu ramai. just nice. boleh gerak bebas.

menetes?? yaa saya juga begitu
ini gambar ori, tidak edit langsung. ape yang aku nampak.ginilah rupa dia
Subhanallah
gambar banyak noise, push ISO 1600..lupa nak set lepas muntah tadi hehehe
ni kearah kiri pemandangan tadi. sapa dok exercise tu?
dual tone.
semua khusyuk layan view
Maafkan gue, penanjakan viewpoint :-)
cubaan menangkap matahari yang kurang tepat

driver jeep kami dah pesan supaya turun kebawah around 6. sebab ada banyak tempat lagi nak pergi.
around 5.30 a.m kami pun start turun bawah. hajat nak beli sebijik FM, singgah kat satu gerai tuh, dia punya tokey tak layan kitaorang !!
tak layan sudeyhh..tanak beli hahahaha

on the way turun ke parkir jeep.
bukan jeep yang kami naik.

lepas turun, kami meneruskan perjalanan ke Savannah
sebab ape tak pergi kawah dulu?
menurut pembacaan aku dalam blog kakiberangan
kalu pergi kawah dulu, ramai gila manusia
tak selesa nak panjat-panjat
so, aku amik nasihat tu dan pergi savannah & pasir berbisik dulu

bersambung....

dzuli

2 comments:

  1. Subhanallah cantiknyer view no wonderlah dh ramai rakan blogger ke sana, x boleh jd nih heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila-sila...bila tgk gambar boleh bikin rinduuu

      Delete