Wednesday, April 3, 2013

trans surabaya-jogja, part 2.1 (savannah, pasir berbisik & kawah bromo)

assalamualaikum

cargas jugak aku update blog sebab kerja hakiki masih ala-ala kadar (PRU is around the corner)
lepas tengok sunrise, kami terus pergi ke Savannah. locals panggil bukit teletubbies.
ada la rupa set kartun teletubbies dulu-dulu tuh
masa ni, cuaca masih sejuk walaupun matahari dah memancar
aku memang sangat kagum dengan lanskap tempat ni. cam tak caya je aku berada di Indonesia haha
rasa nak guling-guling atas padang rumput tuh.
tetiba kawan aku nampak sorang pakcik local tu kencing kat dalam kawasan rumput-rumput tu
ok, terus batalkan niat nak guling-guling.
so, kami hanya melompat-lompat sahaja.

ada perasaan nak guling-guling?
sebijik macam cerita teletubbies tu
damai sungguh rasanya.

dah puas melompat-lompat, kami pergi ke next location iaitu pasir berbisik. pasir berbisik ni macam lautan pasir or sand dune? ye kot.
aku rasa dia terbentuk akibat hakisan natural berdasarkan bentuk muka bumi & jenis pasir kat situ (ye ye je lah)
katanya kalau time angin bertiup, boleh dengar pasir tu macam berbisik bunyi *psst..psst..*
tapi, nak dengar pasir tu berbisik memang tak la ye. dengan bunyi jeep, bunyi manusia bergalak lagi.

takde ke orang nak buat sand surfing?
2 ekor jeep
lawa weh tempat ni
boleh buat lokasi filem "The Mummy"

akhirnya, kami menyambung perjalanan ke kawah bromo
actually on the way ni, aku masih lagi mual maybe sebab jalan yang berbukit bukau tu *tak extreme sungguh perangai*
lain macam sungguh rasanya.
last-last masa nak naik kawah, aku surrender
dengan nak kena naik kuda bagai, jalan curam, bau sulfur lagi..aku takut aku muntah lagi atas kuda tuh
so, aku jalan-jalan sampai kaki gunung je. menyesal jugak bila fikir balik.
mungkinkah kena repeat?
oh, untuk kuda, member-member aku telah terdeal dgn driver jeep tu
diorg kena bayar IDR 150k/person
aku rasa agak mahal sebab aku baca mostly bayar around IDR 80k-100k je
takpelah, rezeki diorang
paling best, masa aku jalan-jalan kat bawah, sorang tokey kuda offer aku IDR 60k sampai kawah kot
pehh..tergoda, tapi sebab perut masih sakit + mual..taknak la

jauh jugak..tabik kepada mereka yang berjalan kaki
barisan jeep dari jarak aku berdiri
oppa k-pop buat aksi cute.(diorang pun cute) hahaha
sebuah kuil hindu di kaki gunung
parking jeep
kuda-kuda
masa aku tengah lepak-lepak sorang-sorang
aku nampak sebuah jeep lalu
lepastu pemilik-pemilik kuda berlari-lari ikut jeep tu
sebab nak kejar customer kan..which aku rasa sangat tacing
sebab ada sorang tuh, kaki dia macam tak ok sikit (terhincut-hincut) but still kejar jeep tu
tetiba rasa insaf sikit dan quote "you think your job sucks" tu bermain kat minda aku.
ye aku tau, memang rasa rimas bila peniaga/pemilik kuda dok kejar kita
but this is how they survive. tapi masa kat bromo, peniaga dia tak annoying sangat berbanding borobudur (akan distory dalam entry lain)
Kak Azma pernah kata "to survive here, they need more than hardworking" *kak azma speaking*

sebelum balik, sempat gak kami belik t-shirt buat kenangan. yang tak tahan masa aku jalan-jalan ada sorang penjual t-shirt approach, aku bagitau dia nanti dulu sebab tunggu kawan.
pastu aku pegi beli tshirt kat orang lain sebab dah tak ingat muka dia macam mane haha.
sekali dia datang kat aku "mbak, mbak sudah janji mau beli sama saya" alamak..aku beli la sehelai..hehe

lepas tu kami balik hotel around 9.00. sempat lagi breakfast. hotel tu hidang breakfast yang quite ok. nasi goreng, omelette, roti bakar dan buah-buahan
makan sampai kenyang sebab nanti dah taknak singgah lunch. nak shoot terus ke surabaya.

sekitar kawasan hotel
hotel kami-exterior

sebelum check-out, kami sempat lagi berguling-guling dalam bilik.
around 12, kami check-out dan memeruskan perjalanan ke Surabaya
*pensan lagi dalam kereta beramai-ramai*


bersambung..

dzuli

8 comments:

  1. May ini saya kembali ke sini..tak sabar!!yeayyy!!! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke...wow..bulan depan je kan..
      dah seminggu balik, masih rasa kangen dengan tempat ni :-)

      Delete
  2. Insyallah, kalau ada rzeki begitulah nampaknya..tempat ini mmg best..saya tak tahulah org lain macam mana tapi saya takan pernah jemu utk ke sini ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah...dah simpan niat utk ripit tempat ni..InsyaAllah

      Delete
  3. Wowwww bila baca review ni mcm nk pegi thn ni jgk TAPI apa kan daya huhu byk lak halangan nya

    Pastu pulak susah nk dpt rskan travel yg suka scenary, yg ada kaki soping pulak huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...utk kita yang masih takut nk travel solo nih, rakan travel mmg jadi masalah jugak. kalau dapat sorg sehati sejiwa, grab dia betul2 hehe..
      tapi yelah perempuan ni banyak komitmen lain kan

      Delete