Thursday, April 4, 2013

trans surabaya-jogja, part 3 (Surabaya City)

Assalamualaikum

lepas check out, kami meneruskan perjalanan ke Surabaya.
actually Surabaya ni jadi tempat transit je untuk kitaorang bertolak ke Jogjakarta keesokannya.
perjalanan dari Bromo ke Surabaya lebih kurang 4 jam.
mula-mula nak berhenti kat Lapindo, tapi sebab pak Supir tu taknak bawak kami ke entrance sebenar, kami pun malas dah nak turun heh.

kami suruh pakcik tu hantar kami ke Stesen keretapi Gubeng untuk print tiket.
bukan ape, sebab esok tu sabtu. takut ramai orang nanti. baik setelkan tiket cepat-cepat.
lepas print tiket, terus mintak pak supir hantar kami ke Hotel 88 (baca:hotel delapan delapan), Jalan Embun Kenongo.
hotel ni best, reason aku pilih sebab dekat dengan train station, harga murah (RM 90/night).

Hotel ni jugak dekat dengan Plaza Surabaya, Plaza Grand City (Tunjungan Plaza) & Monumen Kapal Selam.
tapi hotel ni di kawasan perumahan, susah sikit nak jumpa.
Hotel ni sangat selesa okeh. satellite TV, bilik air yang best, toiletries lengkap & WiFi sampai kedalam bilik yo. memang rejuvenate la kiranya,

masuk bilik dengan rakus. serabut sikit :-)

lepas rilek-rilek kejap, kami keluar nak cari makanan dan Gramedia.
kami berjalan kaki je pegi Plaza Grand City tu, after sesat barat sikit, tanya locals baru jumpe

Grand City Plaza ni besar la jugak. banyak boutique outlet la, (jauh-jauh kau merantau, ke shopping mall yang ko pergi kan?)
kitaorang makan kat dia punya food court. aku order cumi bakar. manisnyaaa..macam makan nasik ngan gula. kawan aku oder ayam bakar dari gerai yang sama pun mengalami masalah yang serupa. manis bangat makanannya dong.

set cumi bakar

lepas makan, cari Gramedia,toko buku (ala macam MPH la kalau kat Malaysia)
misi: ada kiriman buku 5cm (sehingga entry ini ditulis, tuan dia tak claim lagi dari aku hahaha) actually lama kami melepak kat dalam ni, Kak Azma cari buku terjemahan Al Quran. Indonesian ialah antara penterjemah Al-Quran yang fames. yang kat rumah aku pun terjemahan dalam bahasa Indonesia.
dah habis shopping barang-barang keperluan wanita sikit, kami lepak dekat Zangraldi Ice Cream. kedai ice cream ni jalan nak ke hotel, nampak meriah. Ice cream dia biasa-biasa je, tapi tempat tu sangat happening dengan locals. umpama melepak di mamak pulak kalau dekat Malaysia.
oh, kalau korang pergi, elakkan order ice cream vanilla & lychee dia. kennot brain, memang tak best.

yang warna cream tu vanilla, hijau tu lychee =_=
Lepas tu, balik hotel dan layan movie dan tidur


hari ke 3 di  Surabaya.
breakfast hotel ni best ooh. ada nasi kuning, nasi putih, telur dadar, tempe goreng roti dan buah-buahan. berbaloi kan RM 90/night

nasik sebagai breakfast. rare jugak

Lepas makan, kami terus ke Monumen Kapal Selam, 5 minit je jalan kaki dari hotel. nak ke Sampoerna House dah tak sempat huhuu.
entrance fee IDR 5000. dapat la amsuk dalam kapal selam tu. besar okeh.
Boleh baca dari website ni : monkasel





lepas berhangit dekat monkasel tu, kami berjalan ke Plaza Surabaya yang hanya beberapa langkah je, bukan ape nak aircond kekdahnye. masuk dalam tu, cari tempat nak minum-minum. cari kedai es teller nan hado, minum jelah kat kedai apa ntah.
lepas minum-minum, menapak balik hotel dan check out. check out pukul 12.00 p.m. tapi sebab macam awal je lagi kalau nak ke Gubeng, kami lepak kat lobby tu guna WiFi.

pukul 1.30 p.m baru gerak pergi Gubeng. Amik teksi kat depan hotel. IDR 25k. kira murah la share 4 orang. tak jauh pun tapi dengan keadaan beg macam gajah, tengahari yang membahang dan taknak sesat barat :-)
oh, aku beli tiket keretapi kelas bisnis. aku ada sms Cik Tun tanya pasal keretapi. Cik Tun kata, kalau nak pengalaman dan mendekati locals, belilah tiket bisnis. keretapinya ok, cuma seat 90 darjah. then aku tak fikir panjang terus beli heeee. harga dia IDR 90k, kalau kelas eksekutif IDR 150k.
Gubeng Station agak selesa, umpama kat malaysia ni stesen KTM Kuala Lumpur tu kot. oh, ada live band oo kat stesen ni.

bersih, cuma panas sikit

belum pukul 3, keretapi kami iaitu "Sancaka Sore" pun sampai
rupa-rupanya coach tu takde aircond uolls..rasain. umpama dok dalam sauna. tapi seat dia ok, besar dan selesa. kitaorang pulak dapat tempat depan gerabak, kipas tu tak kena huhuu. masa ni lawak tengok sorang-sorang. Jangan marah I ek..hahahaha. kata nak pengalaman kan.

beginilah rupa kelas bisnis. agak bersih.

dan, bermulalah episod 5 jam perjalanan. syukurlah pukul 5.30 cam tu dah gelap, makanya kami hanya berpanas-panasan dalam 2-3 jam je, tak pun masa tren tu berhenti, panas la sikit.
masa tren berhenti kat stesen tertentu, akan ada orang naik dan jual makanan.
hmm...
lagi satu aku nampak dekat-dekat rel keretapi tu, ada orang buat macam pondok dan aku percaya diorang menghuni kat situ. sedih tengok. memang betul apa yang cik tun kata,
kalau aku beli eksekutif class, mesti selesa, pastu i don't bother to watch out of the window sebab sibuk tido dalam air-cond kan
actually this is one of purpose aku nak travel, bukan nak suka-suka melompat dekat tempat perlancongan ataupun shopping mopping.
aku nak tengok people dan aku nak tengok semua dengan mata hati.

panjang pulak membebel..

bersambung



dzuli

3 comments:

  1. Ok, orang yg tak claim buku 5cm tue saya lar! Ok. Next week yer. InsyaAllah. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak..next week i pulang ke kampung from friday. gimana tu?

      Delete
  2. Ohhh barulah faham kenapa perlu check in dan check out hotel :-)

    ReplyDelete