Friday, April 5, 2013

trans surabaya-jogja, part 4 (EDU hostel)

Assalamualaikum,

setelah bersauna-saunaan dalam train selama 5 jam
*semua orang turun berat badan sekilo dua*
haa..lagi satu kan, sebelum keretapi stop, ada sorang pekerja bawak beg sampah untuk kutip sampah kita. macam dalam air asia tu. bagus kan??
kami sampai station Tugu, Jogjakarta lebih kurang pukul 8.00 malam
legaaa..luruskan urat kaki yang bersimpul, pergi toilet dan terus mencari teksi
standard la, ramai becak-becak approach
pakcik jangan nyesal offer saya, saya berat, beg pun berat hahahaha
tapi kami jalan keluar dan managed to get a taxi.
pergi EDU hostel, bayaran dia IDR 25k (dalam RM 8) ok la tuh.
malam-malam ni, tak kuasa nak menapak cari hostel kami.

EDU hostel ni sangat syok ok, cuma dia gak jauh dari Malioboro
mula-mula aku book dorm for 6, atas sebab-sebab sensitivity, kami tukar jadi dorm for 4. ngam-ngam la 4 orang.
staff dia friendly, speak good English, pastu dalam hostel tu pun best suasana dia.
WiFi kat common area sahaja, bilik ada bunkbed (2 kat atas, 2 kat bawah), tv satellite dan towel
Cun.
kat kaunter ada jual hot/cold drink. Mineral water botol besar baru IDR 5000. takyah gigih nak menapak cari Indomaret kat luar okeh.
mat salleh kacak shirtless pun ramai kat common area tu *berdarah hidung*

gambar diambil pada siang harinya.

pada masa check in, kami sangat lapar dan terasa sangat busuk.
nak makan, kedai makan area situ dah banyak tutup, nak jalan cari kedai, dah tak larat sangat.
kat lobby EDU  ni ada beberapa bijik PC, so kami google McD punya nombor.
akhirnya kami menefon McD. (abis langgar pendirian boikot aku).
McD sini ada nasik, air size regular = size medium kalau kat Malaysia. gimana tuh? tapi harganya agak murah la.

ni set "Panas", kawan aku punya,
dah makan, mandi, tengok movie lagi tuuu.. kami terlelap. lagipun esok kami akan berjalan jauh sikit.

around 4.30 a.m dah terjaga sebab azan subuh, solat pastu tido balik
dalam pukul 7.30a.m kami pergi breakfast kat tingkat atas. standard menu, nasi goreng ngan omelette, coffee & tea jugak.
tempat breakfast dia kat rooftop. chaghe.

aku bayangkan, malam-malam kami lepak makan kat sini, tapi tak sempat huhuu
dalam pukul 7.45 a.m, pak supir call aku bagitau dia dah sampai.
so, hari ni kami akan ke Dieng Plateu dan Candi Borobudur.
excited okeh. satu satunya candi yang pernah aku tengok ialah candi kat lembah bujang nun.

bersambung



dzuli

6 comments:

  1. perghhhh... ayem so jelly...

    ReplyDelete
    Replies
    1. i nak meripit jogja..mari temankan I

      Delete
  2. nak2... anytime i on.. duit penuh poket.. besa la, bini orang mmg kaya.. *ayat riyak*

    ReplyDelete
    Replies
    1. syirik woh..riyak ni.. i pun nk kawin la, nk gak kaya

      Delete
  3. Dari surabaya turun ke yogja...hmm mmg fun klau ada kwn kaki travel :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni cara jimat, sekali harung je..haha. macam rugi bayar flight just untuk bromo, tu extend sampai jogja dan saya rasa sangat berbaloi :-)

      Delete