Saturday, April 6, 2013

trans surabaya-jogja, part 4.1 (Borobudur)

Assalamualaikum

tepat pukul 8 a.m (propa sangat kalau tepat)
kami turun jumpe driver kami. Pak Yanto, baik jugak orangnya,
oh, supir kami amik dari Rahma transport
terima kasih daun keladi kepada janggel sebab aku tanya pendapat dia untuk kos supir 2 hari di jogja
so, encik janggel bagi benchmark, cost  lebih kurang dari IDR900k- IDR 1 juta
from Rahma, aku dapat IDR450k utk hari pertama dan IDR375k untuk hari kedua
lokasi:Borobudur,Dieng,Prambanan,Ratu Boko,Merapi,Parangtitis
Dieng jauh okeh..3 jam jugak dari jogja
ada jugak kami mintak pak supir cari kedai dobi la,kedai bakpia la,kedai batik la..haha

pagi-pagi mintak pakcik hantar kami ke laundry. banyak laundry kat area hostel tapi belum bukak pulak. kami dah kehabisan baju-seluar segar. Light packing la konon.
dah tak bukak, langsung saja ke borobudur. Lalu kat Universitas Gadjah Mada (takde gambar)
universiti yang fames kat Indonesia, besar jugak. macam dia conquer satu daerah jugak la.
dalam 45 minit-1 jam, sampailah kami ke Borobudur. Tiket pakcik tu belikan IDR185k
betul ke tidak ntah, tapi kalau tak salah dalam range tu la harga dia
masuk ikut pintu tourist *ehem*
ada orang pakaikan kain, ada cofee, tea & mineral
amik 2-3 botol, buh dalam beg siap-siap

air,creamer+sugar,tiket dan plan view

sampai je, study sikit pasal Borobudur kat papan kenyataan dia
1st aku mengenali Borobudur masa belajar sejarah form 3. tamadun asia kot
lepas tu aku tau dia pernah jadi antara 7 wonders of the world zaman dulu-dulu
sekarang 7 wonders dah bertukar ye, aku pun tak pasti apa tah
Borobudur ialah candi Buddha.
oh, hari ni ialah hari Ahad, mak aii ramainya manusia, dah la panas. memanjat-manjat pulak. berlengit jugak la
bagi aku, aku appreciate architecture Borobudur ni. bayangkan satu binaan yang dibina pada 900 sebelum masihi, tapi gah, besar  artistik. masa tu memang takde la excavator mahupun crane. but ancient people managed to build it. candi ni pun ada kesan-kesan pembaikpulihan.
aku jakun okeh. rasa tak berenti-renti nak menembak. diakui, dulu aku agak takut dengan relics berkaitan agama ni. yelah dengan ukiran patung semua, but as a muslim beringat la sikit. jangan galak-galak sangat. baca la doa yang patut. lagi satu aku rasa tempat-tempat cmni elakkan pada waktu maghrib.
but aku rasa tak salah kalau datang untuk appreciate history dan keindahan binaan.

perjalanan menuju ke puncak ape tah, 
yang kaler kuning-kuning tu lepas pembaikan rasanya.
kiri kanan borobudur ni sama je
stupa. dlm stupa ni ada patung buddha
curam & tinggi. kalau jatuh boleh cedera parah
tak tau nak buh caption ape
miauuuu
pelancong asing berkain batik
jalan nak keluar. panas woh

pakcik tu bagi masa sampai pukul 11.00 p.m je. yelah, nak kejar masa pergi Dieng pulak.
dah habis memusing-musing, berlari-lari pulak dari penjaja jalanan
lari-lari pun terbeli jugak t-shirt 2 ekor. kawan-kawan aku siap borong key chain untuk souvenir
murah bangat, IDR1k je sebijik.
ada muzium, tak best pun. malas nak layan.

muzium tak best. takde air-cond pulak
nak keluar kena tempuh ni. "mbak, belanja mbak"

masa ni pengalaman diikut oleh penjaja seperti yang diceritakan oleh orang-orang lain
aku tak kisah sangat kalau aku betul nak beli, masalahnya aku taknak
apakehal aku nak beli replika candi tuu..
tapi dalam banyak-banyak, sorang je extreme sikit, dia ikut kitaorang dari dalam sampai ke parkir. dia jual keychain bentuk stupa ngan benda buat garu belakang tu. adoi..taknak la
penjaja yang lain sikit-sikit je, tak la boleh buat aku tensen rasa nak mengamuk
aku faham konsep mencari rezeki, tapi muslim bukan potential buyers untuk produk anda okeh. haha

jam 11.00 kami meneruskan perjalanan ke Dieng Plateu.



dzuli

6 comments:

  1. kain tu boleh bawak balik ke? air meneral free??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kain tak bole bawak balik, kalau bole bawak pun tanak bawak, takut ada benda "ikut" balik hahaha
      air semua free. bayaq RM 60 ooo

      Delete
    2. Pesal mshal sgt RM60 0000 tue

      Delete
  2. Mesti ramai pelancong dr msia ke sini kennst

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wr wb.

    Sebelumnya saya mohon maaf jika Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan. Salam perkenalan nama saya Jati dari syarikat pelancongan Ganesha Jogja Tour & Travel. Kami adalah perusahaan pelanjongan khususnya dalam pakej pelancongan Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak hendak melancong kat Jogja sila bole kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.

    Kami bole bagi harga yang berpatutan dengan pelayanan maksimal kerana semua kami handle langsung dari Jogja. Jika tuan/puan, abang/akak hendak melawat ke Jogja jangan sungkan whatsapp saya +628985101301 atau kol +62 85104919010, bole juga email kat ganeshabantul@yahoo.com. Tanya2 dulu tidak mengapa.. 

    Selain pakej pelancongan Jogja kami juga melayani paket pelancongan luar kota seperti Solo, Dieng, Bali, Lombok, Bromo, Karimunjawa dan lain-lain. Ada juga sewa kereta / van / minibus dengan harga yang berpatutan. Harga bole kami sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.

    Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:

    Jogja 4D3N Tour (FULL BOARD / ALL IN)
    Kasongan (pottery production), parangtritis beach, manding (leather arts), borobudur temple, lava tour merapi (exploring the rest of merapi eruption using jeep), chocolate kotagede, masjid mataram kotagede (oldest mosque in Jogja), pusat kerajinan silver kotagede, kraton (sultan palace), tamansari watercastle, cave tubing goa pindul, indrayanti beach, bukit bintang
    Price start from: RM 482

    All package types include:
    • Private Car AC (Toyota Avanza / Grand Livina for 2-6 pax, isuzu elf 11 seats for 7-11 pax, isuzu elf 16/17 seats for 12-16 pax, medium bus 31-33 seats for 17-33 pax, bigbus 44-54 seats for more than 33 pax)
    • Hotels 3 nights *2/*3/*4 (+breakfast)
    • Driver
    • Driver Meals
    • Parking fees
    • Tour guide (by request)
    • Entrance ticket’s stated in itinerary
    • Dinner and lunch based itinerary
    • Documentation (by request)

    Exclude:
    • Airport taxes
    • Personal expences (laundry, pulsa, shopping dll)
    • Additional menu for dinner / lunch (if included)
    • Driver, driver’s assistant, guide tips (optional)

    Note:
    Harga dapat berubah sewaktu-waktu
    Harga tidak berlaku bagi high season

    Banyak lagi pakej yang lain seperti Jogja + Solo, Jogja + Dieng, Jogja + Semarang dan lain2. Sila jangan sungkan kol saya di +6285104919010 / whatsapp saya di +628985101301 (FREE). Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.

    Wassalamualaikum Wr Wb

    ReplyDelete