Wednesday, April 17, 2013

trans surabaya-jogja, part 4.3 (Merapi dan Candi Prambanan)


Assalamualaikum..

malasnya ya ampun, maklumlah tengah sibuk berkempen,pasang bendera,edar t-shirt, manifesto dsb.. pheww *lap peluh*
tipu ye statement diatas tu. apa-apapun, "marilah mari, pergi mengundi, jangan lupa kewajipan pada Negara"

bersambung dari part sebelumnya,
pagi nan hening, selepas solat subuh pukul 4.30 pagi ye (standard tahajjud nih kalau kat Malaysia), kami setelkan beg semua sebab kami akan check-out EDU.
pukul 7.30 p.m semua dah naik atas untuk breakfast sebab nak amik gambar rooftop EDU.
pagi tu kami makan "nasi rames" Nasik+ mihun+sambal telur+tempe dengan kacang panjang. maaf, tak menepati selera :)

Pukul 8.00 pagi, Pak Yanto dah tunggu kat bawah. lokasi pertama kami ialah Merapi. Yaaa..gunung berapi yang erupsi terakhir pada 2011. tapi, sayangnya kami tak naik atas. yang bawak motor lelaki je (isunya: sensitivity) , nak naik jeep macam mahal pulak ,nak bawak motor sendiri, tak tau la sampai kemana nanti, nak jalan kaki, mak oooi jauhnya #1stworldproblem belaka hahaha
tapi kami jalan sampai yang termampu, tengok gambar-gambar kat situ.
masih ada lagi kesan-kesan erupsi tu ek, terutama dekat rumah-rumah area situ. ada yang belum dibaiki.
sila insaf & bersyukur berada di negara di luar lingkaran api pasifik. masa kami sampai, gerimis dah mula turun. kalau hujan tak boleh naik atas. bahaya.

Kampung Kinahrejo
InsyaAllah..akan datang lagi
Kesan erupsi
Al-Fatihah

lepas tuh, tanpa membuang masa, kami terus memecut ke Prambanan. Yaaa...satu lagi candi yang telah menjadi warisan UNESCO. Kompleks Candi Hindu yang terbesar di asia tenggara

candi Prambanan (copy dari wikipedia je)

Candi Prambanan atau Candi Rara Jonggrang adalah kompleks kuil Hindu terbesar di Indonesia yang dibina pada abad ke-9 masehi. Kuil ini dipersembahkan untuk Trimurti , tiga dewa utama Hindu yaitu Brahma sebagai dewa pencipta,Wishnu sebagai dewa pemelihara, dan Siwa sebagai dewa pemusnah. Berdasarkan prasasti Siwagrha nama asli kompleks kuil ini adalah Siwagrha ( bahasa Sanskrit yang bermakna 'Rumah Siwa'), dan memang di garbagriha (ruang utama) kuil ini bersemayam arca Siwa Mahadewa setinggi tiga meter yang menujukkan bahawa di kuil ini dewa Siva lebih diutamakan.

Kuil ini adalah termasuk Tapak Warisan Dunia UNESCO , kuil Hindu terbesar di Indonesia, sekaligus salah satu kuil terindah di Asia Tenggara. Seni bina bangunan ini berbentuk tinggi dan ramping sesuai dengan seni bina Hindu pada umumnya dengan kuil Siva sebagai kuil utama mempunyai ketinggian mencapai 47 meter menjulang di tengah kompleks gugusan kuil-kuil yang lebih kecil. Sebagai salah satu kuil termegah di Asia Tenggara, candi Prambanan menjadi daya tarik kunjungan pelancong dari seluruh dunia.

err, boleh compare?
aku lebih tertarik kat Prambanan. sebab bangunan dia dibina atas platform lebih tinggi, so dapat shoot keseluruhan temple tanpa wide angle lense (boleh).  Pastu architechture dia lebih kompleks sebab ada banyak candi. Candi utama je dah 3, Candi 2nd (Wahana) dah 3, pastu sekeliling dia ada 224 lagi yang kecik-kecik (dipanggil perwara). alang rumah 174 unit pun kitaorang construct 3 tahun lebih :-P. bayangkan binaan sebesar ni, dengan ukiran lagi, tanpa machinaries lagi. pehh.

tiket masuk lebih kurang IDR 175k. sama macam borobudur, kena pakai kain, dekat tourist punya entrance ada tea,coffee, mineral water, WiFi (boleh chek-in 4square muahahaha).
hari yang kami datang ni, hari isnin so orang tak ramai. seronok tayah berebut-rebut.

Prambanan ni jugak mangsa gempa bumi. so proses restorasi masih dilakukan.

sampai je kat sini..aku terus "waaaaaa"
menetes?
ni salah satu candi utama, nak masuk kena pakai safety helmet
Perwara
kecik tak kecik jugak. tengok saiz dia dengan orang tu
sedang dibaik pulih

Meh masuk dalam pulak.


ukiran didinding menceritakan lagenda hindu Ramayana & Kresnayana 
gigih kan nak ukir sebijik-sebijik. takde mould kot
nampak kecik, aku pun muat tau :-P
ukiran kat luar
dekat depan Prambanan ni ada macam stage untuk Ramayana Ballet. tapi malam je, bole makan-makan, tengok persembahan dan pemandangan Candi yang berlampu-lampu di waktu malam. bayaran lain ek.

katanya ramayana balet terhebat dipersembahkan disini

Lama jugak kami kat sini. pergi muzium dia. tak berapa menarik. tapi ada air-cond. nak menapak dari candi ni ke pintu keluar jauh uolls, tapi ada ladang rusa, taman-taman, so takde la rasa hazab sangat.

overall. aku rasa very puas hati sebab dapat tengok Borobudur & Prambanan. Mission accomplished. Memang la bayaran mahal (RM 120) untuk both temple, tapi kepuasan melihat relics purba yang hebat ni ialah priceless. Tapii..jika anda bukan penggemar sejarah..tak tau la aku nak suggest suruh pergi ke tak. yelah bayar mahal-mahal tapi tak "feeling" ape-ape, ah..sendiri fikirlah

dah abis round kat sini, mari ke tempat lain..


Bersambung

dzuli

9 comments:

  1. Candi ni hanya tggal sbg tempat kunjungan tourist je ka, x ada apa2 upacara d lakukan di sini ek, so mmg terjaga lah ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde upacara keagamaan. just kesenian macam ramayana ballet tuh. warisan UNESCO haruslah terjaga. bersih kat sini. nanti kalau p jogja pastikan masuk dalam itin :-)

      Delete
  2. every year di bulan tertentu ada sambutan di borobudur utk wisak..this year perayaannya jatuh pada tanggal 25 may..boleh ke sana kalau nak try something special especially part lampion dilepaskan di udara cuma nak masuk perlu ada keizinan dan ada peraturan2 yang perlu diikuti..utk prambanan pula selain dari ramayana,try tgk patung2 yang ada di setiap candi tu..masih ada upacaranya..tempohari pun saya ada 'terkena'..cuma sebelah kaki saya aje yang boleh melangkah masuk lepas tu terus saya cabut turun dari tempat tu bila ada debar dihati (cuma berkongsi pengalaman)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke zilla..lampion tu ape?
      saya ingat prambanan & borobudur just wisata je hehe..

      saya ada banyak baca pasal pekara mistik terkena kat pelancong borobudur..syukurlah takde ape2 jadi kat kami :-)

      movie biola tanpa wayar tu, saya nk try carik lah. sbb saya bukan peminat filem Indo sangat hehe

      Delete
  3. opss lupa pula, ada nonton filem biola tanpa wayar tak? ada part ramayana di prambanan ne..cantik dan sgt misteri suasananya hehehe

    ReplyDelete
  4. seperti tanglung jugalah..acara kemuncak utk upacara itu, lampion dilepaskan ke udara..so sgt cantik (tgk gambarlah realiti tak tau macam mana hahaha)..

    borobodur ok lagi tapi prambanan tu..ishh taknaklah citer hehehe...

    biola tanpa wayar tu filem lama..selalu main di channel 131 kalau tak silap...try la tgk, heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. orait..nanti saya carik..5 cm pun tak jumpe lg dalam internet..
      cerita2 mistik tu kami tau lepas balik sebenarnya, tpi masa pergi sorg kawan dah ajar doa-doa..so tawakkal jelah..:-)

      tapi curious la dgn citer zila ni hehe

      Delete
    2. 5cm tu film baru..mungkin lambat sikitlah kot nak tunggu derang upload di internet tapi kalau dah baca novelnya tak perlu nak tunggu filmnya kerna byk komen mengenai ketidaklogikan film ini hehehe...

      takde apalah dzu, kebetulan blh rasa benda2 macam ne so tulah dianya hehehe.

      Delete
  5. Assalamualaikum wr wb.

    Sebelumnya saya mohon maaf jika Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan. Salam perkenalan nama saya Jati dari syarikat pelancongan Ganesha Jogja Tour & Travel. Kami adalah perusahaan pelanjongan khususnya dalam pakej pelancongan Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak hendak melancong kat Jogja sila bole kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.

    Kami bole bagi harga yang berpatutan dengan pelayanan maksimal kerana semua kami handle langsung dari Jogja. Jika tuan/puan, abang/akak hendak melawat ke Jogja jangan sungkan whatsapp saya +628985101301 atau kol +62 85104919010, bole juga email kat ganeshabantul@yahoo.com. Tanya2 dulu tidak mengapa.. 

    Selain pakej pelancongan Jogja kami juga melayani paket pelancongan luar kota seperti Solo, Dieng, Bali, Lombok, Bromo, Karimunjawa dan lain-lain. Ada juga sewa kereta / van / minibus dengan harga yang berpatutan. Harga bole kami sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.

    Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:

    Jogja 4D3N Tour (FULL BOARD / ALL IN)
    Kasongan (pottery production), parangtritis beach, manding (leather arts), borobudur temple, lava tour merapi (exploring the rest of merapi eruption using jeep), chocolate kotagede, masjid mataram kotagede (oldest mosque in Jogja), pusat kerajinan silver kotagede, kraton (sultan palace), tamansari watercastle, cave tubing goa pindul, indrayanti beach, bukit bintang
    Price start from: RM 482

    All package types include:
    • Private Car AC (Toyota Avanza / Grand Livina for 2-6 pax, isuzu elf 11 seats for 7-11 pax, isuzu elf 16/17 seats for 12-16 pax, medium bus 31-33 seats for 17-33 pax, bigbus 44-54 seats for more than 33 pax)
    • Hotels 3 nights *2/*3/*4 (+breakfast)
    • Driver
    • Driver Meals
    • Parking fees
    • Tour guide (by request)
    • Entrance ticket’s stated in itinerary
    • Dinner and lunch based itinerary
    • Documentation (by request)

    Exclude:
    • Airport taxes
    • Personal expences (laundry, pulsa, shopping dll)
    • Additional menu for dinner / lunch (if included)
    • Driver, driver’s assistant, guide tips (optional)

    Note:
    Harga dapat berubah sewaktu-waktu
    Harga tidak berlaku bagi high season

    Banyak lagi pakej yang lain seperti Jogja + Solo, Jogja + Dieng, Jogja + Semarang dan lain2. Sila jangan sungkan kol saya di +6285104919010 / whatsapp saya di +628985101301 (FREE). Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.

    Wassalamualaikum Wr Wb

    ReplyDelete