Thursday, April 18, 2013

trans surabaya-jogja, Part 4.4 ( Pantai Parangtitis)

Assalamualaikum..
setel Prambanan, kami mintak pakcik supir bawak ke restoran /rumah makan.
lapar gila sebab pagi tadi macam tak makan
pakcik tu bawak ke rumah makan dekat-dekat je ngan prambanan tu
rumah makan tradisional, tak fancy-fancy
nama apa ntah. NY Muhaya?
kat sini menu utama Nasik padang
 
oh Nasik padang (ni takde kena mengena dengan trip aku, saja nak membebel)
hari tuh aku tengok citer kat TLC Anthony Bourdain-No reservation
sapa yang suka merayap + makan mesti familiar ngan rancangan nih
ada la tunjuk dia p makan Nasik padang. kan restoran Nasik padang dia suka susun lauk macam pyramid tu dekat glass display kedai dia
pastu Anthony ni pun best-best dok makan gulai otak la, rendang la apa la
sekali dia punya cameraman terlanggar susunan makanan tuh, abis pecah semua
aku tergelak masa part ni. lawak kot (sebab muka diorang semua tak bole blah, terkejut +malu)
crew-crew si Anthony ni pun malu ngan perangai cameraman dia tuh
last-last dia bayar semua kerugian lauk-pauk untuk siang dan malam
pastu dia cuci tempat tu :-D
pengajaran: Jangan nak aktif sangat kat kedai Nasik padang Indonesia okeh.
 
abis dah rancangan tuh, mari kembali ke tajuk asal.
kat restoran ni kawan aku 2 orang makan Nasik padang. 3 jenis lauk IDR 19k( RM 5.++)
aku tak minat Nasik padang. aku usher menu ada kentang goreng. teringat kentang goreng dieng semalam. Langsung order Kentang goreng ngan ayam goreng (yaaa, terasa mat salleh dibumi indo)
dengan tamak, kami juga order pisang goring Chocolate cheese (favourite kami nih).
sebenarnya order pisang cheese, sekali budak tu p buh chocolate syrup, pastu kami mintak dia tabur cheese.
 
Nasik padang, kentang goreng+ayam goreng, pisang goreng cheese,soda gumbira

dah makan, dah kenyang. on the way kami ke lokasi seterusnya, minta Pak Yanto stop dekat tempat beli Bakpia (kuih bulat ada inti) ni wajib beli ni kalo ke jogja. Aku suka, tapi ramai tak suka. sedap oh.yang cheese sedap, yang ori pun sedap. Kami beli kat no 25 nih. kat pusat ni ada jugak ole-ole lain, dodol garut la, pisang salai la, ntahape-hape lagi la.




Dah makan, dah beli ole-ole,
apa lagi ayuh ke Parangtitis. ehehe..Parangtitis ialah pantai, terletak kira-kira 40 minit dari jogja. terkenal dengan Lagenda Nyai Roro Kidul. apetu?
baca nih : Nyai Roro Kidul/Ratu laut selatan (source Wikipedia)

masa ni tengahari, around 2.00 petang. Gigih kau kepantai pukul 2.00 petang. oh, kami skip Ratu Boko atas sebab-sebab kesuntukan masa dan lain-lain.


luas &lapang..pehhh

ada kereta kuda, bole naik kalau nak feeling Cinderella.

ombak dia tinggi jugak

aww, romantinya :-P

Nampak dia punya gulung. seriau menegoknye

paying untuk disewa
*lense tak cuci, so nampak tak macam rerambut kat gambar tu :D

Takde apa sangat pun, pantai, what to expect. just enjoy the scenary (walaupun panas) dan amik gambar macam-macam pose.
tapi pantai ni menag luas la, tak nampak hujung dia huhuu.
Nak balik macam awal lagi, so kami pekena air kelapa dulu. banyak gerai-gerai kat pantai nih.
memang nyaman la dapat ayaq nyioq sejuk.

lepas lepak-lepak, terus nak balik Jogja
Bukan ape, malam ni kami nak check in hotel lain disamping acara menabur rupiah di Malioboro
dah 2 malam di Jogja, tak rasa langsung nightlife dia sebab aktiviti yang penuh. so, Ini malamlah...


Bersambung


dzuli

11 comments:

  1. weiii.. kat i bg bakpia kosong je.. ini tidak adil...

    ReplyDelete
  2. xde ponggggg.... kosong je...

    ReplyDelete
  3. takkanlah..cmno bakpia tu nak kembung kalo takde inti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe sbb i masukkan bakpia tu sebijik terus dalam mulut, so x nampak la ade inti ke x...

      Delete
  4. Makanan kat msia jugak sedap kan..bg JM lah :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...itu memang betul..tapi kalo p negara orang, takde makna nak cari makanan malaysia kan? haha

      Delete
  5. Bakpia! Sedapnya! Miss those. I bought back one whole box bagi pada dak2 office. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, I pun suka..tapi kawan2 I ramai kata rasa dia pelik. yang paling best kami beli kat Malioboro, fresh from the oven

      Delete
  6. Assalamualaikum wr wb.

    Sebelumnya saya mohon maaf jika Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan. Salam perkenalan nama saya Jati dari syarikat pelancongan Ganesha Jogja Tour & Travel. Kami adalah perusahaan pelanjongan khususnya dalam pakej pelancongan Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak hendak melancong kat Jogja sila bole kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.

    Kami bole bagi harga yang berpatutan dengan pelayanan maksimal kerana semua kami handle langsung dari Jogja. Jika tuan/puan, abang/akak hendak melawat ke Jogja jangan sungkan whatsapp saya +628985101301 atau kol +62 85104919010, bole juga email kat ganeshabantul@yahoo.com. Tanya2 dulu tidak mengapa.. 

    Selain pakej pelancongan Jogja kami juga melayani paket pelancongan luar kota seperti Solo, Dieng, Bali, Lombok, Bromo, Karimunjawa dan lain-lain. Ada juga sewa kereta / van / minibus dengan harga yang berpatutan. Harga bole kami sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.

    Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:

    Jogja 4D3N Tour (FULL BOARD / ALL IN)
    Kasongan (pottery production), parangtritis beach, manding (leather arts), borobudur temple, lava tour merapi (exploring the rest of merapi eruption using jeep), chocolate kotagede, masjid mataram kotagede (oldest mosque in Jogja), pusat kerajinan silver kotagede, kraton (sultan palace), tamansari watercastle, cave tubing goa pindul, indrayanti beach, bukit bintang
    Price start from: RM 482

    All package types include:
    • Private Car AC (Toyota Avanza / Grand Livina for 2-6 pax, isuzu elf 11 seats for 7-11 pax, isuzu elf 16/17 seats for 12-16 pax, medium bus 31-33 seats for 17-33 pax, bigbus 44-54 seats for more than 33 pax)
    • Hotels 3 nights *2/*3/*4 (+breakfast)
    • Driver
    • Driver Meals
    • Parking fees
    • Tour guide (by request)
    • Entrance ticket’s stated in itinerary
    • Dinner and lunch based itinerary
    • Documentation (by request)

    Exclude:
    • Airport taxes
    • Personal expences (laundry, pulsa, shopping dll)
    • Additional menu for dinner / lunch (if included)
    • Driver, driver’s assistant, guide tips (optional)

    Note:
    Harga dapat berubah sewaktu-waktu
    Harga tidak berlaku bagi high season

    Banyak lagi pakej yang lain seperti Jogja + Solo, Jogja + Dieng, Jogja + Semarang dan lain2. Sila jangan sungkan kol saya di +6285104919010 / whatsapp saya di +628985101301 (FREE). Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.

    Wassalamualaikum Wr Wb

    ReplyDelete