Monday, April 8, 2013

trans surabaya-jogja,part 4.2 (Dieng Plateu)

Assalamualaikum

*lagu tema: Diatas Normal,PeterPan*
kenapa ada lagu tema?
sebab entry in panjang berjela

selepas Borobudur, kami menuju ke Dieng. jarak perjalanan hampir 3 jam
jalan pulak pecah-pecah, bengkang bengkok
hazab & cuak jugak weolls
tau tak traffic management diorang masa repair jalan camne?
nan hadooo, just block the road dengan ape-ape je, tong, kayu dll
then budak-budak kampung tu yang jadi flagman
masa ni, aku bersyukur menjadi rakyat Malaysia, at least kita prepare good traffic management lengkap dengan cones,barrier,temporary signboard dsb.

sampai je, kami disajikan dengan lanskap yang saaaangaaatttt indah
hijau,sejuk,nyaman. saujana sungguh mata memandang (bukan Saujana keluarga bahagia)
pakcik tu stopkan kami kat sebuah menara tinjau.
tapi aku tak naik pun menara tu sebab ramai.
sejuk kat sini. macam cameron diwaktu hujan

teres untuk tanaman
Subhanallah
untuk view camni, berapa nak bayar?
pehhh....saujana sungguh
tanaman utama kat sini ialah kentang, bawang. ada jugak benda lain kot.
kentang sini katanya antara yang terbaik. aku nampak orang jual kentang pink merata-rata
kalau kat Malaysia mahal jugak oo, malas nak beli bawak balik sebab nanti kena declare kat kastam

mula mula kami suruh pak supir bawak kami ke rumah makan
laparuddin sangat, tak makan dari pagi tadi.
nama restorannya "Bu DJono"
yaaa..disinilah makanan paling sedap (bagi aku) selama berada di Indonesia selama 6 hari
order cam orang tak makan 5 hari

ada losmen juga beserta rumah makan
map of Dieng Plateu, ada Geotermal turbin tauuu
minuman, ayam bakar,kentang goreng (WIN), banana pancake (WIN)
kami oder minuman panas, kopi jawa la,teh susu la, teh limau la. untuk makanan standard ayam bakar je untuk semua orang. kami order side jugak iaitu kentang goreng yang super lazat (adakah ini kentang segar Dieng?) Banana pancake pun sangat sedap.tak jumpe lagi kat mana-mana nih
Harga makanan semua untuk 5 orang dalam IDR159k (dalam RM50). mahal ke murah ntah.

lepas dah kenyang, lokasi pertama kami ialah Telaga Warna, telaga ni coloured akibat sulfur.warna ape? warna hijau kebiruan gitu. tapi bau telur busuk (sulfur lah). lawa pun..tak dapat nak enjoy sangat sebab sibuk menahan nafas.
agak-agak kalau jatuh dalam ni selamat ke idok? kot-kot jadi cam 2 face citer batman tu (dia jatuh dalam kolam bahan radioaktif, that's why muka dia jadi 2 face)

ni ke hijau kebiruan?
nampak tak kaler ittew?
berani korang posing kat situ?
entrance

lepas tu, kami ke kawah sikidang. sikidang tu maksudnya kijang, kat sini kawah gunung berapi yang menggelegak dan asap berkepul-kepul. Pak Yanto kata sini tempat buang mayat kalau kena bunuh. huhuuu
cuak aku tengok kawah yang menggelegak tu. wap dia digunakan untuk kuasa geotermal (betul?). so elektrik kat sini dijanakan oleh gotermal la. nampak paip-paip besar yang digunakan untuk menyalurkan wap panas nih.

asap berkepul-kepul
kawah dari kejauhan
macam tak berapa terurus sikit
kat sini ada gerai-gerai jualan, beberapa penduduk pakai baju halloween untuk bergambar ngan pengunjung, foto dengan kuda. patutlah diorang bagitau akau, di Indonesia, setiap pekara ialah pekerjaan bagi mereka.
sini pun bau sulfur kuat jugak. kembang kempis la hidung tahan nafas.

misi terakhir di Dieng Plateu ialah Kompleks Candi Arjuna (Candi lagi??)
nak penerangan lanjut boleh baca disini ya ibu-ibu, bapak-bapak: candi arjuna
ada jugak sekumpulan younsters "ngamen" kat sini. time azan asar pulak tu.
so kami tanak bagi diorang duit haha
ada jugak yang berpakaian cam dewa monyet+ black metal
takot kitaorang, sampai tak jadi nak masuk dalam candi-candi tu
bila kitaorang lalu, agresif pulak tu dok panggil-panggil kitaorang.

cand Gatotkaca
nampak tak yang pakai costume tu?
pemandangan sekitar

boleh masuk kot
bersih & nyaman
nak dekat pukul 4.00 p.m kami bergerak meninggalkan Dieng. Jarak perjalanan lagi lama dari masa melawat haha. kami gerak awal atas faktor-faktor keselamatan. Menurut pak Yanto, kalau hujan nanti kabusnya tebal, so bahaya jugak. begitu jugak kalau lewat petang sangat, nanti gelap.
kami juga berhenti solat kat sebuah masjid di pekan Wonosobo. masa tu hujan agak lebat. air wudhu' punyala sejuk.

kami sampai di Jogjakarta semula dalam pukul 7.00 p.m, sempat jugak mintak Pak Yanto carikan dobi kat area POP hotel tu.jumpa jugak akhirnya. harga dobi ikut hari pengambilan. contohnya kalau nak diambil 1 hari= IDR 7000/kg, kalau 2 hari=IDR 5000/kg and kalau 3 hari IDR 3000/kg.

sampai hotel, agenda utama ialah cari makanan. kami tetap mengamalkan konsep order delivery hahaha.
kali ni kami try Papa Ron's Pizza. Jumpe kat area malioboro dan amik no fon kedai tuh.
kami order Papperoni Pizza besar, cheese stick &salad. semuanya harga IDR 139k. murah la kiranya. Cheese stick tu sedap. salad dia pulak ada macam-macam (buah-buahan, macaroni,sayur, jelly)
Pizza tu tak habis pun..sayang je
sambil makan sambil layan movie "The Lady" yang citer pasal Aung San Suu Kyi tu.
mula-mula aku ingat nak lepak kat common area guna internet, tapi tak larat sangat. Abis movie terus tidur.

papperoni pizza, cheese stick
bersambung...

dzuli

3 comments:

  1. Huh mmg panjang entri ni compare ngan yg lain heeeee

    Jm tgk kt Dieng ni, view kt bukit tu like paddy field terrace st Lonjie, Longsheng :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke..aduhh..rasa nak kena p Guilin tu, buh dlm bucket list

      Delete
  2. Assalamualaikum wr wb.

    Sebelumnya saya mohon maaf jika Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan. Salam perkenalan nama saya Jati dari syarikat pelancongan Ganesha Jogja Tour & Travel. Kami adalah perusahaan pelanjongan khususnya dalam pakej pelancongan Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak hendak melancong kat Jogja sila bole kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.

    Kami bole bagi harga yang berpatutan dengan pelayanan maksimal kerana semua kami handle langsung dari Jogja. Jika tuan/puan, abang/akak hendak melawat ke Jogja jangan sungkan whatsapp saya +628985101301 atau kol +62 85104919010, bole juga email kat ganeshabantul@yahoo.com. Tanya2 dulu tidak mengapa.. 

    Selain pakej pelancongan Jogja kami juga melayani paket pelancongan luar kota seperti Solo, Dieng, Bali, Lombok, Bromo, Karimunjawa dan lain-lain. Ada juga sewa kereta / van / minibus dengan harga yang berpatutan. Harga bole kami sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.

    Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:

    Jogja 4D3N Tour (FULL BOARD / ALL IN)
    Kasongan (pottery production), parangtritis beach, manding (leather arts), borobudur temple, lava tour merapi (exploring the rest of merapi eruption using jeep), chocolate kotagede, masjid mataram kotagede (oldest mosque in Jogja), pusat kerajinan silver kotagede, kraton (sultan palace), tamansari watercastle, cave tubing goa pindul, indrayanti beach, bukit bintang
    Price start from: RM 482

    All package types include:
    • Private Car AC (Toyota Avanza / Grand Livina for 2-6 pax, isuzu elf 11 seats for 7-11 pax, isuzu elf 16/17 seats for 12-16 pax, medium bus 31-33 seats for 17-33 pax, bigbus 44-54 seats for more than 33 pax)
    • Hotels 3 nights *2/*3/*4 (+breakfast)
    • Driver
    • Driver Meals
    • Parking fees
    • Tour guide (by request)
    • Entrance ticket’s stated in itinerary
    • Dinner and lunch based itinerary
    • Documentation (by request)

    Exclude:
    • Airport taxes
    • Personal expences (laundry, pulsa, shopping dll)
    • Additional menu for dinner / lunch (if included)
    • Driver, driver’s assistant, guide tips (optional)

    Note:
    Harga dapat berubah sewaktu-waktu
    Harga tidak berlaku bagi high season

    Banyak lagi pakej yang lain seperti Jogja + Solo, Jogja + Dieng, Jogja + Semarang dan lain2. Sila jangan sungkan kol saya di +6285104919010 / whatsapp saya di +628985101301 (FREE). Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.

    Wassalamualaikum Wr Wb

    ReplyDelete