Monday, April 22, 2013

Trans surabaya-jogja,Part 4.5 (POP hotel & Malioboro)

Assalamualaikum.

okey, aku rasa travelog ni dah almost sampai ke penghujungnya.
lepas balik dari parangtitis, Pak Yanto tanya kami samada nak beli batik atau tak
which memang kami ada plan pun :-P
so, dia bawak pergi satu kedai namanya "Batik Beteng"
ada tempat chop batik jugak kat sebelah kedai ni. agak esklusif
yang aku dengar, supir akan dapat macam tips la tuan kedai bagi kalau bawak pelancong pergi kedai diorang
tapi aku rasa, takpelah..sama-sama cari rezeki kan.
kat sini Kak Azma je banyak borong, kitaorang just beli sehelai-2 je kain batik (tu pun yang murah sekali haha)
actually nak kata mahal sangat pun tak, contonya sepasang kain baju kurung yang sekali dengan shawl tu baru dalam around RM 60, kain batik lukis yang lembut tu around RM 50 camtu. tapi kami ni pengembara berpoket nipis, tak masuk list la benda-benda camtu

antara hasil tuaian kawan aku
dalam kedai
selepas borong

dah habis menabur rupiah dekat kedai batik,
kami minta pak Yanto hantar kami ke Malioboro Mall
betul-betul dekat jalan Malioboro
tujuan kami ialah untuk mencari lulur mandi, (amboihla tujuan)
Zara bagitau lulur mandi bali kat sini murah, around RM 3-4 je,
boleh buat souvenir what.
kami solat kat sini jugak, di Indo, ruang solat wanita terbukak kadang-kadang ada yang kongsi dengan lelaki pun. maka pepandailah korang nak buat camne.
lepas borong lulur mandi, kami minta Pak Yanto hantar kami ke POP Hotel

contoh yang aku beli, lulur bali tu takde gambar pulak.

untuk malam terakhir di Jogja, atas permintaan seorang rakan travel
dia mintak last night kami tidur hotel best sikit (kononnye haha)
so, kami book POP Hotel sebab lepas baca dalam blog kakiberangan,ditambah pula dengan review menarik dari trip advisor.
tapi jauh sikit dari Malioboro. but takpe kalau malas jalan naik la becak or teksi. murah jugak.

Kat jogja ni banyak hotel, don't worry
but yang catch my eyes ialah "Hotel Tentrem" hehe..lawa kot
kot-kot karang nak honeymoon ka, bolelah (motiff la nak honeymoon kat Jogja)

Ushar sikit hotel POP ni.
hotel ni okey, selesa, tapi diorang pasang music kat corridor,
what the heck..hey orang mai hotel mau rileks la,bukan mau party.
tapi keselesaan dan keperamahan staff ialah A

katil queen,,ngam
ada sinki kat luar, day bed
colourful pintu bilik-bilik dia (gambar dr:Farhana)
dah masuk bilik, guling-guling sikit..
let's go to Malioboro babeh...ni acara yang ditunggu oleh kawan aku, Zu
berbelas kali dia tanya kitaorang "bila nak pergi Malioboro?" haha
Ampun Zuu....:-)
kitaorang jalan kaki je, sesat-sesat sikit, 2-3 kali Tanya orang baru jumpe

mula-mula kita carik makan dulu
kami makan dekat "Rumah Makan Wong Jowo"
aku nampak lesehan tu macam meriahuolls, sonok what makan sambil bersila kat tepi jalan
tapi kawan aku nih sensitif sikit perut dia, so, untuk keselamatan perut bersama kami carik rumah makan
kat sini banyak resipi ayam-ayaman
ayam penyek,ayam black pepper,ayam bakar,ayam butter
air pulak memang sedap-sedap. Jus Jambu terlazat dalam hidup (setakat ni) aku minum kat sini.
murah jugak harganya.around IDR 24k-25k/meal dengan air

ayam butter & ayam blackpepper

ni view dari rumah makan
mahapla, gambo huduh, tapi ni je yang ada untuk menggambarkan Malioboro

nampak ada Andong, lesehan tempat makan tu tak jelas
gegaran maksima
Bakpia.
okey, dah habis makan
marilah bershopping. target utama ialah T-Shirt lah
katanya Malioboro femes dengan T-shirt.
Yaaa...sapa yang suka kumpul t-shirt this is the place
design cantik-canti dan murah
kalau 100% cotton around IDR 35k, kalau yang biasa-biasa tu dalam IDR 12k-15k bergantung kepada size, kaler dan design.
kalau design exclusive lagi around IDR 50k kot
kat sini lah baru aku beli souvenir untuk kawan-kawan, adik-beradik semua
then aku beli jugak sekotak lagi bakpia yang dimasak kat situ nama Bakpia Djokja. cantik packaging dia
dannn..aku juga terbeli sehelai lagi kain batik :-)
kerugian? hahaha..banyak jugak. takpelah sekali sekala kot

oh, konsep jualan kat sini 
diorang bukak cam gerai depan-depan kedai je

t-shirt @ kaos
t-shirt lagi..beli..beli
ada juga souvenir lain.
flip flop dan produk batik pun ada

kat sini ada satu trend yang sanat femes, dipanggil "ngamen"
ala, pemuzik jalanan la kiranya.
macam-macam pesen ada, tapi sebab kami banyak jalan
so, nampak gitu-gitu jelah
ada satu gerai tu, kawan aku beli barang kat situ
pastu tokey dia offer nak nyanyi untuk kawan aku tu
tapi kawan aku tolak sebab dia taknak jadi center of attraction kat situ
mula la kami speku, ntah-ntah asal usul band-band famous Indo macam Ungu, Nidji,Noah semua tu dari sini hehehee
 
abis dah soping, jom balik hotel
 
bersambung


dzuli

4 comments:

  1. Ohh, beli jugak body scrub tue? Yang sari ratu ke sari ayu takder? Yang tu best. Tapi purbasari tue ok jugak. Mana gambar2 gi Kraton? Gi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sari ratu/sari ayu tak beli. tapi I beli lulur bali tu, jenama tak ingat. semua lulur I beli bagi kat family, tinggal sebotol je untuk I :-P
      keraton I tak sempat pergi tapi Taman Sari sempat, nantikan episode seterusnya hahaha

      Delete
  2. gambar gegar huduh... hahahahhahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambik gambar tengah lapar, gegarlah ia..
      cepat recce tiket, banyak hutang kat Jogja, I tak puas hati

      Delete