Thursday, May 9, 2013

harapan saya

saya mengharapkan gaji yang tingi, tol dihapuskan, WiFi percuma sepanjang masa supaya saya boleh online sampai lebam tapi bill telefon saya rendah. saya juga nak harga barangan seperti tahun 90'an. gula RM 1.30, tepung RM 1.25, minyak RM 2.50/kg.

anak-anak saya pula menikmati pendidikan percuma. untunglah mereka kerana masa saya di Uni dulu kena buat pinjaman kewangan untuk belajar. walaupun sebenarnya yuran belajar biasanya 1/3 daripada wang PTPTN atau biasiswa. yang lebih tu boleh buat beli handphone atau deting ..hiks
untung saya juga sebab tak perlu biaya pembelajaran mereka. oh kat Uni tu mereka bebas berpolitik atau apa saja.. hmm untung-untung anak saya jadi wakil rakyat nanti.

pasal tol, yelah dulu saya pernah kerja disyarikat konsesi lebuhraya, maintenance kos untuk highway 44km pun agak tinggi, macamana la kalau 1000 km kan. at that time,tol kita bayar tu di sesetengah konsesi dah partially tanggungan government.
saya pernah la ke Indonesia suatu masa dulu, sesetengah kawasan tu mungkin tiada subsidi untuk pembaikan jalan, sehingga mereka mengambil inisiatif untuk baiki sendiri, sampai begitu sekali. ada setengan kawasan pula guardrail pun tak ada, gaung  sangat dalam hokey. Kasihan. tapi itu lama dulu, sekarang tak pasti. saya pun asyik berulang alik ke Europe, Japan dan Korea je. Maklumlah dah kaya raya sebab banyak benda takyah bayar.

apa pulak cerita kawan-kawan di pedalaman. dapatkah mereka jalan berturap? public transport? system kumbahan? subsisdi pertanian dsb? oh kisah apa.. yang penting saya dapat segala yang saya mahu.. I kan Urban..feduli ape saya

yelah kita dibandar ni memang nak semua senang, dah ada kereta taknak AES tapi statistic kemalangan tak pernah pun turun, memang bengang kena bayar saman, tapi untuk keselamatan diri dan orang lain tak boleh ke bawak slow sikit. tambahan pulak kereta dah murah. maka dapatlah saya beli kereta yang kelajuan maksimum 300km/j pastu test drive 220km/j kat highway.

life  is so good...


ini sarcasm :-D


dzuli

4 comments:

  1. harapan tidak menjadi kenyataan huhuhuh

    ReplyDelete
  2. heyyy... jadah apakah ini???
    takkan la kalau org lain memerintah depa x nak buat jalan.. bukan tok jib sorang pandai buat jalan...

    ReplyDelete