Tuesday, May 7, 2013

Perhentian ini-Part 2

Assalamualaikum

ehem..masih mood pilihanraya? yaa begitulah yang dapat aku lihat jika membuka facebook,twitter dan blog politik.
tahun ini 1st time aku mengundi. dakwat kekal masih ada lagi (selepas 5 kali mandi dan berpuluh-puluh kali basuh tangan).
sebagai manusia yang jarang menyuarakan pendirian politik dalam facebook, twitter ataupun blog, maka aku redha dengan keputusan. diharapkan BN dapat melakukan yang lebih lebih baik untuk pembangunan ekonomi dan sahsiah rakyat negara Malaysia yang terchenta ni. yang lain-lain kontroversi aku tak tau  maklumlah, aku takde pun kat tempat yang dikatakan blackout, penyokong gocoh, tempat yang ballot box disorok/hilang tu atau  tempat ada pengundi bangla bagai. so, tanak komen :-). oh tapi selama hampir sejam aku di pusat mengundi tiada bangla, Indo ataupun myanmar kelihatan.
apa-apapun aku mengharapkan Malaysia yang maju ,bersatu padu dan membangun bersama Islam tanpa melupakan hak rakyat berlainan bangsa & agama..gitulah
-
-
-

kembali ke tajuk asal.

tanggal 27 April 2013, kami pun akan memulakan perjalanan ke negeri cantik budaya menarik itu.
kami memilih Bas Darul Naim Ekspres (KL-Kuala Besut). sebab aku pilih bas ni ialah ini je bas ke Kuala Besut yang ada online ticketing. kawan aku pun recommend bas ni. Bas ini dijadualkan pukul 9.30 malam.

epik pun bermula. Aku dah sampai kat Hentian Putra tu around 8.30 camtu. Ean pulak dah gerak dari Kelang around 7 p.m lagi. then around pukul 8.45 camtu Ean cakap train dia stopped dan ada lagi 6 stesen sebelum sampai KTM Putra. alamak..so kami hanya berdoa semoga train itu akan pulih.
Lepas tu dah pukul 9.00 p.m. Faezah pun dah sampai. Ean masih stuck & dia masih ada kat Pantai Dalam. apa lagi, meter cuak meningkat ke 100%. kami dah start buat plan B. Ean pulak dan hantar message2 berbaur putus harapan . kami suh Ean naik cab, aku pegi merayu kat pakcik driver bas supaya tunggu lagi 10 minit camtu. pakcik bas tu cakap "adik, saya boleh tunggu, tapi penumpang lain ni entah boleh tunggu ke tak ". aku cakap kat pakcik tu "pakcik tolong tunggu lagi 10 minit je, kalau kawan saya tak sampai, pakcik tinggal je kami" sambil buat mata kucing puss in boots.
Pukul 9.30  camtu, Ean dah sampai, aku lari pergi carik bas dan faizah tunggu Ean. aku tanya kaunter akak tu kata bas dah jalan. arghhh....!!!!!!! tapi budak tu kata bas tunggu kat depan. aku lari kat depan then pakcik yang aku merayu tu nampak aku dan bagitau bas ada kat bawah (tepi highway)
aku lari-lari, Faezah ngan Ean ada kat belakang. lepas tu aku tak tau camne nak turun bawah. ada sorang abag tu bagitau suruh lalu ikut bukit tu, agak tinggi. tapi ada macam step la.
Faizah paling lawak, selamba je dia bagi beg dia kat sorang budak bas tu " abang, tolong bawak beg saya"
pastu kami pun terjun bukit tu.
tak habis lagi, ada 3-4 bijik bas Darul Naim park kat situ, aku berlari ke setiap bas "pakcik 5905, 5905"
dan akhirnyaaaa "adik ni..5905, jangan risau kami tak tinggalnye demo"  Ya Allah, perasaan lega gila. kawan aku si faizah tu, masa naik tangga bas, siap lambai-lambai diva "terima kasih-terima kasih". dah duduk kat seat rasa macam nak sujud syukur. dah la lambat, dalam bas boleh dok gelak-gelak sambil sembang-sembang.
Episod explorace pun tamat. actually ada couple mat salleh pun lambat jugak. bas tu memang tunggu weolls la sebenarnya. Bas Darul Naim ni agak selesa, seat besar, bas baru, driver pun sopan santun. tapi dia tak ikut highway sebab dia akan stop dekat Machang, Jertih dan Kuala Besut.

Hentian Putra-this place need a serious renovation 
bawak daypack je, sebab simple trip la konon

akhirnya, pukul 5.30 pagi kami selamat sampai ke Kuala Besut. muka mengantuk turun bas. kepada sesiapa yang tak amik pakej, jangan risau. akan ada beberapa orang approach kita masa turun bas. Mahal ke murah aku tak pasti la pulak. masa kami turun, yang ramainya memang pelancong asing la, a few koreans and mat saleh.

terima kasih pakcik darul Naim :-)


Misi utama ialah cari surau sebab kawan aku 2 orang ni tak sempat solat Isyak lagi. dekat sebelah bagunan mara, betul-betul depan signboard "Jeti Pelancongan Kuala Besut" ada sebuah surau.
kami lepak situ, solat,cuci muka, gosok gigi dan baring-baring sikit sementara nak tunggu office pakej kami bukak.

nampak signboard ni, jumpa lah surau
banyak company travel & tours, jangan susah-susah hati 

dalam pukul 7 a.m, kami nak pergi cari breakfast. sangat lapar selepas sessi explorace semalam. keluar je surau, nampak satu kedai makan yang baru tengah bukak, apa lagi terus la serbu. nama kedai "restoran Ajwa"
dah sampai Terengganu, menu wajib mestilah Nasi Dagang. dekat kedai ni kami juga ambil peluang untuk cas handphone. tapi kami mintak izin kat akak kedai tu . Makanan okey, agak sedap dan harga untuk 3 orang cuma RM 12 je.

silalah datang jika ke Kuala Besut 

dah kenyang, dah cas hanphone, dah bergambar sakan. marilah ke pulau ey ey...


bersambung..

dzuli

2 comments:

  1. Wahh...mmg suspend betul..kalau JM pun kan cuak jugak time tu..leh ada aksi terjun bukit tu heee

    Ada agak koreans yg nak ke sana?..hikss..gatalkan JM ni..heee

    Murahnya harga makanan...kalau ada peluang nk try gi island naik bas lak..dulu JM pegi ngan flight tapi berdua je..kalau ramai2 lagi meraih kan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, sangat suspend mula2 ingat nak kena burn dah trip kitaorang.
      yaaa...masa saya turun agak ramai Koreans couple, cakap B.I simple pun diorg tak paham hehehe.
      kitaorg pun pergi bertiga je, tapi kecoh macam pergi 5 orang

      Delete