Thursday, May 9, 2013

Perhentian Ini part 2.1

Assalamualaikum

sambungan dari entry sebelumnya,
lepas makan, kami terus cari pejabat ejen kami tu, Sealife
ramai orang tempatan tanya kami cari sapa, bila cakap sealife ramai tak tau, bila aku sebut nama tokey dia, AJ
barulah diorang kenal. kelasss nama tokey, AJ (cam nama Backstreetboys punya member)
rupanya company tu baru, signboard dia belum naik lagi. heh

lepak-lepak kat pejabat tu, settlekan baki payment, ambik voucher hotel & snorkeling
budak kerja kat company situ baik. layan la sembang-sembang sementara tunggu bot.
diorang suruh beli bekal dekat sini, sebab dekat pulau mahal
kami pun perg kedai cari roti & mineral water
tak jumpa satu pun kedai roti, tapi nampak lori gardenia
sekali lagi kami bertindak luar normal bila kami beli je roti dari lori tu.
tu pun sebab kami nampak auntie2 local beli dari lori hehe
kalau kat sini, jangan harap nak buat benda macam ni weh

dalam pukul 9.00 pg, kami gerak pergi ushar area jetty
dah ramai rupanya kat jetty tu. ada large group & family jugak.
cantik jetty kuala besut ni. dari sini jugak kalau kita nak pergi Perhentian Besar ataupun pulau-pulau disekitarnya.


tengah tunggu bot masing-masing


masih baru & dijaga

bot nelayan
 
kat sini bayar siap-siap marine conservation fee RM 5.00.
masa ni Nampak la mat saleh mana tah gaduh ngan tokey bot sebab bot diorang tak sampai-sampai lagi sedangkan diorang dah tunggu lama.
aku rasa, banyak boat yang dating tu dah arranged by pakej, so diorang yang beli tiket boat transfer sahaja memang hazab la sikit nak menunggu. aku tengok je la, jangan ada sesapa jatuh laut sudah kang kitaorang kena jadi saksi pulak hehe.
Mat saleh tu pun satu, rilex la, ko tak tanya details ke masa beli tiket.

 
tiket marine conservation fee

Tak lama lepas tu, brader pakej kitaorang pun sampai dengan machonya bersama bot kaler putih.
masa tu tetiba ada sorang mamat kat jetty laung nama aku "dzuliza sapa dzuliza" amboi macam aku ada buat salah je kan.
pastu aku jawab " saya dzuliza"
dia jawap  "saya AJ"
aku jawap balik "so?" dan mengundang makian manja dari kawan-kawan sebab kerek nak mampus haha
masa tu dah atas bot, tak sempat nak beramas mesra ngan si AJ tu, kalau tak boleh aku suruh dia nyanyi lagi BSB seround.

semua dah ready? mari merempit menggunakan bot
nasib baik kami share dengan family, takde la annoying
seronok tengok budak-budak tu excited gila.
budak-budak tu ada bawak bola, tetiba bola tu terbang dengan kelajuan 110km/j
dan plepek!!!! kena muka ean..kesian ean
tapi abang boat tu buat U-turn dan amik semula bola tu..fuyohh

budak perempuan kat depan tu menangis sebab takut, laju bebenor
  

abang boat drop family ni kat Flora Bay, Perhentian besar kalau tak salah
bagusla lepak perhentian besar, kalau tak rosak otak budak-budak ni
 
lepas family tu turun, tinggal kami bertiga je atas boat, seronot oiii..
 
sampai je Ombak Chalet, abang tu park boat betul-betul depan resort,
kami diberi masa 10 minit untuk tukar baju sebab terus nak p snorkel
gilakk...berlari macam explorace lagik
settlekan hotel, tinggal beg kat receptionist
 
masa lalu dekat diver port (Ombak chalet one of the chalet yang khas utk diver)
ada brader diver kacak tegur " Hi, good morning"
jawapan kami " tandas mana bang"
haaa....rugi satu peluang disitu..cilakak..
 
siap tukar baju secara ekspress
marilah ke laut ey ey..
 
bersambung

 
 
 
dzuli

2 comments:

  1. Loh sambung lagik bsru kudyuk baca nih
    Hahsha kelakar belibroti dr lori ingatkan dzuli yg tahan suruh berhenti heeeee
    Ombak chalet? Adakah chslet yg sama kala jm ke sana duu cer tunjuk gambar sikit
    Aksi panggil nama dan jawab tu nampak sweet je heeee

    ReplyDelete
  2. malas nak upload gambar hehe..
    actually lori tu tengah park & kami mintak nak beli roti kat dia
    nanti saya tunjuk. ombak chalet tu sebelah shari-la

    ReplyDelete