Friday, May 10, 2013

perhentian ini-part 2.2

*Amaran - entry ini banyak sangat banyak gambar & besar. maklumlah tempatnya cantik banget, rugi pulak kalau tak tempek gambar

Assalamualaikum,

sambungan dari entry sebelumnya. selepas menukar baju versi superman (laju-laju) kami pun terus pergi ke tempat berkumpul. dekat dengan restoran apa ntah, tak ingat nama. masa ni kami akan amik fin ikut saiz kaki. lepas tu naik boat. kitaorang naik boat dengan satu large family. 3 keturunan, dari atuk sampai cucu. lepas tu ada jugak 3 mamat kerja MARA ke apentah.

point snorkel yang pertama: Turtle Bay. kat sini water confident session. kitaorang akan diajar cara nak snorkel. Huntunglaa ada water confident untuk aku yang tak konfident langsung ni. kawan aku kata, dia p Krabi kena campak je tengah laut. takde water confident ke ape ke.
frankly speaking snorkeling ialah epic fail dalam hidup aku hahaha.

lepas turtle bay kita orang dibawak ke turtle beach, shark point, lunch, coral reef light house last sekali romantic beach.
banyak kan? 6 point, snorkel la sampai muntah air masin tuh. masa pulak tak ditetapkan..rasa dah nyampah, semua naik boat, penuh ahli Jemaah, boat pun jalan. wahh..gitu
  
heppy ek korang, paru-paru aku penuh air laut tau (tetiba marah)

gila ramai.., turtle beach, turtle pun tak sior tgk ramai camnih

awek cun nak turun, ramai beachboi tunggu.ni species buaya laut nih

kitaorang takde underwater camera..ni je dapatnye

bersepah manusia dalam laut

kitaorang berhenti lunch kat Kampung Nelayan? kot. wawawawa...cantik uollsss...
makanan biasa-biasa je, banyak gerai. kami lepak gerai jauh sikit dari buaya laut yang rimas tuh.
harga agak murah la. Air kelapa, RM 2, Nasik lauk ayam RM 4. ok la tu.
satu lagi, locals disini peramah ok. tak kenal pun tapi boleh sembang-sembang macam dah biasa.


yang mana pilihan anda, biru? Hijau?

ni gerai-gerai makanan

menetes? lawa kottt...

dekat jetty pier. walaupun jernih,airnya masin. jangan tertipu

dh kenyang, di tengahari terik, mana boleh balik tidur. kita sambung lagi seround snorkel. kali ni dekat lighthouse. acara yang dinanti oleh abang-abang gagah yang berangan nak jadi Pandelela ataupun Bryan Nickson. terjun tiruk. wanita anggun seperti kami jangan buat. hahaha

ni Jemaah boat kami. ada baby 3-4 orang.

tudiaaa..brader ni beachboi, so I tak kagum sangat
sekapal half naked mat saleh. *tutup mata,bukak lense kamera*

dah settle memeberikan sokongan moral kepada mereka yang fefeeling Pandelela tu, kita pergi ke spot terakhir yang lebih rileks. Romantic Beach. Romantic sangat, terasa nak main kejar-kejar dengan boifren.
ok, aku tipu, aku tak rasa romantic langsung haha. banyak coral mati, tapi kejernihan air ialah superb. kat sini boleh snorkel jugak. light light je, tak dalam pun.

masa nak turun, biasalah diva cam kami memang lambat sikit, tetiba brader boat tu campak sejenis binatang laut macam gamat tuh atas boat, apa lagi gamatlah kami melontarkan suara jeritan zahir & batin. terkejut kot. tapi bila aku tengok benda tu dalam air, tak la geli pun.

coral yang digantung untuk bagi romantic ambiance kekdahnye
pasir putih, air jernih, seorang atuk pakai hot pants pfttt

jernih uolls

butir keling (locals panggil), spesis gamat. memang gamat kitaorang aku jerit bila nampak benda ni

ehem..

lama jugak kami lepak sini sebab rileks sikit. lepas tu kami pun pulang ke chalet. pekerja chalet ni peramah. bagus la, perniagaan melibatkan service ni perlukan mereka yang peramah, tak gitu? kalau muka ketat, sila kerja kitchen helper sebab takyah jumpe orang. haha
masa ni barulah nak check in semua. kitaorang dapat triple room nama "nudibranch". bilik dia lawa puas hati.
chalet ni baru lagi, katanya around setahun lebih beroperasi. katil besar, plugpoint banyak, ada hot shower, aircond lagi. nak pergi bilik boleh nampak divers tengah salin baju.ehem..
belakang chalet ni letaknya laluan nak ke long bech..ohoii..
so, this chalet ialah A++.




kitaorang pun rehatkan diri, mandi manda, solat jamak (syukur boleh jamak, maklumlah zuhur kat tengah laut :-D)
kitaorang nak pergi layan sunset, dinner dan beach party wakawaka ey ey



bersambung

dzuli

4 comments:

  1. Tak per byk gambar pun baru best nk baca sambil layan gambar

    Yg x bestnya klau JM pegi kawasan pantai ni muka cepat sunburn

    ReplyDelete
    Replies
    1. muka tak sunburn..tangan sunburn teruk sebab tak pakai baju lengan panjang..rasain..haha..

      Delete
  2. Try cntct nmbo ni klu mri terenggnu 0104199004 tu kncil ni viva rm80shja prdy...krte bru dn auto lgi..

    ReplyDelete
  3. Myvi rm120shja prdy dn alza rm160shja.tmpt lain area kuala ternggnu xkkn jumpe hrge murah mcmni sentiasa promosi.......rmai cstmer kmi dri jb,slngor dn kl bpuas hti......cll atau wssap je 0104199004

    ReplyDelete