Monday, May 13, 2013

perhentian ini part 3


main suka hati je letak numbering untuk entry part :-P
 
Assalamualaikum..
bersambung dari entry sebelum-sebelum ini
kelmarin aku mimpi aku pegi perhentian lagi. sudah,apakah maknanya? wahahaha
 
lepas rehat-rehat kat bilik, mandi manda, solat semua
kami pergi mengejar sunset. wajib ni. kalau tak pergi anda akan kerugian besar *ewah*
dekat coral bay ni ada jetty yang sangat masyuk dijadikan tempat menembak sunset, couple kissing & deting secara sopan ( muslim lah). bagi yang datang dengan kaum sejenis, jangan risau, anda takkan rasa loser pun sebab view yang sangat magnificent.
pendapat aku : jangan galak, it is disturbing, waktu orang nak feeling2 romatic korang bergalak pulak.
tapi, masa kau tengah dok amik gambar tu, time maghrib. tak dengar azan pun. adakah tiada surau/masjid disini?
tapi i'm sure pulau-pulau lain sebelah ni ada.
 
 
around pukul 7.00 malam rasanya

gambar dicapture tanpa skill

memang feeling habis..

banyak restoran dan mula buat BBQ (Nampak asap)

tak pasti locals/pelancong luar

subhanallah

ehem

lepas dah bergambar sakan, misi mencari dinner sebab sangat lapar. masa lepas snorkel tadi kami bantai makan jajan je.
sapa ntah suggest kami makan dekat Amelia Restaurant. Dekat je ngan chalet kitaorang. makanan memang agak pricey. tapi consider that pulau ni tutup bulan oktober-Feb, takpelah. maybe keuntungan untuk cover 4 bulan yang tutup (aku baca somewhere pasal ni).

view dari Amelia Restaurant
makanan kat Amelia ni memang banyak pilihan. macam-macam ada, from local to western.
aku ngan Faizah oder set nasik (Nasik+ 1 lauk pilihan+ buah), ean amik maggi ketam. minuman pulak aku order mango lassi. sedap oih..
makanan memang best. padpik tu sedap tapi pedas. Tomyam memang sedap.
Harga semua dalam RM 25/person.

kiri-kanan, clockwise : Padpik sotong, maggi ketam, tomyam ayam, mango lassi

dah kenyang? jom kita membakar kalori ke Long Beach. dah jalan dah separuh ikut trail belakang chalet tu. gelapnyaaaa..takut weolls. mula-mula faizah back off, dia balik bilik. aku ngan ean masih berkobar-kobar nak usha beach party, hiks
tetiba, tengah jalan sikit gelap gila-gila, dah la sebelah dia hutan. memikirkan keselamatan, kitaorang pun patah balik. tapiiii...tidak la kami melepak di bilik. Aku ngan Ean jalan-jalan along coral bay tu. lepas tu lepak dekat kerusi malas depan senja bay tu. best ooi, berbumbungkan lagit malam, tepi laut, suara orang main beach volleyball. rasa nak terlelap.
dekat pukul 10 baru balik bilik. tu pun sebab Fezah call, dia takut dok sorang-sorang.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

hari ke-2, last day kat perhentian. wah. tak puas. tapi apakan daya, dok pulau lama-lama pun tak bagus untuk kesihatan mata hehe.
bangun pagi & solat subuh. dengan tak mandi kami turun breakfast, mat salleh sangat perangai.
breakfast kat hotel ni simple, tapi berbaloi sebab dia hidang menu macam nasi lemak, roti, tea, coffee. kenyang.

Nasik lemak dengan kopi, alas meja kain batik tuu..


lepas breakfast, kami meneruskan agenda yang tak settle, pergi usha long beach. siang takde beach party. tapi pantai dia cantik. laluan tu memang hutan kiri & kanan, tapi ada interlocking pavement tu. ikut je trail tu, jangan melencong. selamba je ada biawak saiz mega lalu depan. (syukur tak pergi malam tadi)

pemerhatian aku dekat long beach:
  1. banyak beach bar
  2. banyak chalet murah /backpackers style
  3. banyak pengusaha snorkeling. kalau kat coral bay banyak operator snorkeling through chalet (ye ke?)
  4. kalau malam, ntahape la jadi kat sini ek :-P
  5. pantai cantik & awesome.

long enuff?

ok, serius panjang.

crystal clear water. tapi masin
abang boat menyetat boat.


dah puas meround long beach, kami balik bilik. sapa ntah mesej bagitau boat kami lambat sikit. pukul 12.15, lepas tu dia kata naik boat syukri jawa. hoi, mana aku kenal syukri jawa tu sapa. sepatutnya bagitau no plate boat dengan kaler boat. aku balas balik "camne nak kenal boat syukri jawa"
dia balas " bot putih, nama driver yo" sudahlah nak cari orang nama mat yo pulak.

pukul 12 kami check-out chalet. lepastu gerak p jetty. perasaan masa ni: TAKNAK BALIK lagiiiii.
Masa kat jetty, ramai tokey boat approach, lepas tu aku bagitau nama driver boat aku mat yo. ada sorang mamat kata "sayalah mat yo" tapi boat dia bukan putih. sudahlah, ada berapa mat yo driver boat ni hoiii..

bye-bye baby coz I want you back -eh

pukul 12.15 camtu, seorang brader dengan machonya drive boat putih. yaaa..itulah mat yo yang kita cari. naik boat, mari pulang.
On the way, boat tu singgah 2 lokasi lain untuk pickup penumpang. salah satunya ialah pemuda PAS uolls. masuk boat dengan sopan & memberi salam, sambil melaungkan "INI KALILAH" (aku tipu, tak laung, dia cuma bagitau suruh kami undi PAS, Ini Kalilah dengan gentle)
dan, mamat yang join kami snorkel semalam pun naik boat yang sama. malas dah nak tegur sapa, kitaorang buat-buat tido atas boat. which is mustahil sangat.

meluncur laju diatas air

takde motif

akhirnya, bot pun berlabuh di jetty. ucapan terima kasih kepada abang boat yang baik hati. juga berbasa-basi dengan mamat2 yang kami jumpe masa snorkel semalam.
mari mencari souvenir pulak. dekat jetty ni banyak kedai souvenir. produk hampir sama, harga pun sama, customer service je lain-lain. aku beli keychain ngan FM je. T-shirt macam mahal je. nak beli yang murah tak lawa, hehe.

misi seterusnya, cari bas nak pergi KT, tetiba pakcik teksi approach, dia letak harga RM 100. ok, taknak,mahal
jalan sikit lagi, pakcik kedua, approach RM 80. hmmm...bincang kejap. setujulah. nak tunggu bas macam lambat je lagi. kekerapan bas ialah lebih kurang 2 jam sekali (budak kat office Sea Life bagitau)
 
 
 
perjalanan diteruskan ke KT (kuala Terengganu) jarak perjalanan dalm 100km..
 
 
bersambung 


dzuli

8 comments:

  1. Gambar sunset dan pantulan cahaya di restoran tu mmg cantik...ee..puas hati lah :-)

    Makanan mahal tak per janji sedap kan..wahh..megi ketam tue

    Naper tak ada org mandi manda kat long beach tu eh

    ReplyDelete
  2. ada jgk orang mandi..tapi masa kami pergi tu dalam pukul 9 pagi camtu..agaknya tak bangun lagi kot hehe

    ReplyDelete
  3. waa... lawa sungguh pulau kat Malaysia.. bila la dapat pi perhentian ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..sangat cantik..tahun 2013 ialah tahun melawat tengganu..sila..sila...

      Delete
  4. hi u, salam. boleh bg contact no Sea Life tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEALIFE TRAVEL & TOURS SDN BHD.
      email:sealife_services@yahoo.com
      Tel : 09-690 2230 09-690 2233

      Delete
  5. Untuk krte sewa murah di kuala terengganu viva prdy rm80shja auto myvi rm120shj dn mpv hnye rm160shja.trmurah dn trbaik di kuala terenggnu.. pghntrn ada dsdiakn cj rm10 to 20shja...wssap or cll liey(0104199004)

    ReplyDelete
  6. Untuk krte sewa murah di kuala terengganu viva prdy rm80shja auto myvi rm120shj dn mpv hnye rm160shja.trmurah dn trbaik di kuala terenggnu.. pghntrn ada dsdiakn cj rm10 to 20shja...wssap or cll liey(0104199004)

    ReplyDelete