Wednesday, May 15, 2013

Perhentian ini-part 4 (Kuala Terengganu)

Assalamualaikum,

kami pun memulakan perjalanan ke Kuala Terengganu, melalui jalan pantai. ni laluan yang cantik la kalau nak ke K.T. sepanjang perjalanan melalui kawasan tepi pantai. lawa.

masa ni sedang demam pilihanraya
itu bukan tol, tapi macam gate la. nampak bas bandar kaler pink tu? rare
Allah peliharakanlah Terengganu

dekat 2 jam kemudian kami sampai ke Kuala Terengganu. kami mintak pakcik tu drop dekat stesen bas K.T sebab dah janji dengan Abang Lee ( tuan kereta sewa) nak amik kereta kat situ.
Abang Lee ni abang kawan aku, so dia dengan baik hati bagi kami sewa kereta dia sebab aku tak jumpe kereta sewa yang murah kat K.T ni. kebanyakkannya kat area gong badak, tak pun area airport, lepas tu cerewet ngan mahal gila.
abang kawan aku ni bagi kami sewa kancil auto dengan harga RM 50/day.. murah gila.

destinasi pertama di KT ialah Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man,Kuala Terengganu. aku sorang je yang tak pernah pegi, tapi aku drag gak member aku ni suruh ikut hehe. sporting gila budak berdua nih.
mula-mula nak naik cruise, tapi memandangkan hari dah petang, macam tak sempat je
yang tak tahan, bebudak ni ajak sewa basikal yang boleh naik 3 orang tu. hey..ape ni !!!
ada banyak option kenderaan kalau malas nak jalan, ada buggy, ada tram, ada basikal elektrik. tapi budak 2 orang ni ajak sewa basikal kayuh sebab jimat. huhu
memang lawak. aku rasa aku tak berenti gelak masa naik benda ni. bukan senang nak kayuh pun. sewa RM 20/ jam. kalau buggy RM 45/jam.
kalau nak rasa perasaan pakcik becak, try la naik benda ni. lepastu kitaorang berebut taknak duk depan sebab awkward kot.tapi akhirnya kitaorang gilir-gilir dok depan.
honestly, lagi laju kalau jalan kaki hahaha

tengok gambar ni pun aku rasa nak gelak.
okey, jom jalan tengok ada apa kat sini.opkoss la replika masjid-masjid yang unik & rare diseluruh dunia.
amik feel dulu, kot-kot suatu hari nanti boleh sampai dekat lokasi sebenar replika nih :-).

beli tiket, dapat passport ni. dalam ada penerangan pasal masjid-masjid nih


ini masjid kat Xian, China. bukan senget, aku yang amik gambar senget sebab
 tengah kayuh beskal kot

Masjid Sultan Omar Saifuddin Ali, Brunei. Dah pernah sampai , checked

lawa benda ni. kami lepak kat tepi dia untuk efek sejuk. (masa ni panas sangat)
ni, aku bawak korang kat salah satu  tempat yang sangat menyedihkan dalam sejarah Islam,
Kubah Al-Sakhrah. Palestin
kubah al sakhrah ni kubah yang dibina untuk melindungi batu tempat Rasulullah SAW diangkat kelangit semasa Israk Mikhraj.
tempat ni katanya sudah dicemari oleh tangan kaum yahudi yang cuba nak memusnahkan tempat ni dengan menggerudi dari bawah tanah (aku dengar dari sorang pengunjung kat dalam galeri)
lagi satu, selalu orang keliru diantara Al sakrah dengan Al-Aqsa. Al sakrah kubah emas, Al-Aqsa kubahnya kelabu. dari pembacaan aku begitulah.
even replica monumen, anda akan rasa "something" bila baca tentang tempat ni.

pandangan luar, kubah emas ialah Al-sakrah. ramai orang selalu keliru dengan Masjidil Aqsa

dalam dia. tak bole amik gambar sebenarnya
okey..jom jalan lagi. doakan Palestin dapat dibebaskan. Bagus jugak tempat ni sebenarnya. (kalau dihayati)

ni masjid ape? mesti familiar. Yaa..Masjidil Haram, Mekah Al Mukarramah

Aleppo citadel,Syiria. masjid dibina didalam gunung/batu.

tak ingat kat mana, tetapi dibuat dari tanah yang dikeringkan.

insaf tak tengok masjid negara orang dibuat dari tanah kering? Masjid kemain lawa siap ber air cond kat Malaysia ni pun malas nak pegi kan? *cengkerikk*

ada banyak lagi, ada masjid yang kat Singapore tu, kat Indonesia, Masjid Negara pun ada, tidak dilupakan.

dah setel, kami pulangkan basikal tuh, lepas tu singgah kat souvenir shop dia. Oh lupa nak habaq, tiket entry RM 20. dapat RM 2 voucher souvenir & RM 2 voucher makanan. maka aku terpaksa la beli sekeping FM. souvenir dia agak mahal standard la tempat gini. FM nipis sebesar bulu mata da RM 5. takpelah, beli satu buat kenangan.

lepas tu kami nak pergi solat. cari surau, rupa-rupanya masjid Kristal kat belakang tu je,
maka kami pun solat terus kat masjid Kristal ni. Masjid ni kecik je, tapi lawa la. cermin tu memberikan pantulan yang awesome.

lawa?

lawa kan? tanggungjawab kita untuk imarahkan ia.

jambatan apa nama nya ntah.

almost senja.
dah settle solat semua, kami nak pergi makan. last makanan sempurna yang masuk perut ialah Nasik lemak kat Ombak Resort pagi tadi. kalaulah macam ni hari-hari, 3 bulan gerenti kurus.
satu misi aku ke KT telah terlaksana. sekarang masa untuk menyelesaikan misi kawan aku pulak.

bersambung

dzuli
 

14 comments:

  1. Taman Tamadun Islam?..JM pun belum pernah sampai sini dan memangcantik betul masjid kristal tu...betul ke ada cerita pelik di sebalik pembinaan masjid ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita ape tu? ntah, x pernah dengar pun heee..

      Delete
  2. Yang you cakap gate tue, mmg asalnya adalah Toll Booth Collection pun. Dulu jalan / jambatan tue consider as 'expressway' where ada company concession yang collect tue. Tak ingat bile dimansuhkan. Sebelum nie, kalau nak ke seberang, mmg kena naik boat dekat dengan Pasar Payang. Tp masa i sekolah rendah, masih bayar Tol tue.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke..patut la tengok style jalan tu macam highway. nasib baik dah mansuh, tak patutlah ada toll tempat camtu.. hehe

      maknanya you pernah dok Terengganu..wow..

      Delete
    2. Tol tu dimansuhkan masa PAS dapat memerintah Terengganu tahun 1999-2004 yang lepas...harap maklum

      Delete
  3. boleh x nak contact number pak cik sewa kereta tu?sbb i nk dtng tagnu so ingt nk sewa kereta

    ReplyDelete
  4. blh x bg no tepon kete sewa tu contact me mysha_girlberry@yahoo.com tqvm

    ReplyDelete
  5. boleh x nk mint contact no kete sewa tu..wida0204@gmail.com.tq

    ReplyDelete
  6. Blh xnk nom contact pk cik tu??

    ReplyDelete
  7. boleh try kereta sewa 019 743 4242 klezcar kuala nerus

    ReplyDelete
  8. zul@klezcar.com

    ReplyDelete
  9. Try kol wssup number ni klu dtng terenggnu.cri dlam google insyaallh ada.0104199004 krte pling murah area kuala terenggnu pndu sndri

    ReplyDelete
  10. Try kol wssup number ni klu dtng terenggnu.cri dlam google insyaallh ada.0104199004 krte pling murah area kuala terenggnu pndu sndri

    ReplyDelete
  11. Try kol wssup number ni klu dtng terenggnu.cri dlam google insyaallh ada.0104199004 krte pling murah area kuala terenggnu pndu sndri

    ReplyDelete