Friday, May 17, 2013

perhentian ini-part 4.1 (kuala Terengganu)

Assalamualaikum.
selamat hari jumaat. Jumaat yang basah sebab hujan rahmat dari pagi tadi

masih lagi di Kuala Terengganu. dah balik dari Taman Tamadun Islam, mari jalan-jalan cari makan.
kita ke ICT (ikan celup tepung) Haji Pok Long, special request dari Faezah sebab dia mengidam.
lokasi dia dekat dengan airport. somewhere belakang airport tu. masa kami sampai dah pukul 7.00 petang. apa yang tinggal semua kami amik. tak banyak dah pun, tapi cukuplah untuk hilangkan mengidam kawan aku tu. kami jugak oder ABC dan ABJ (air batu jagung). total semua RM 40. mahal ke murah? ntahlah.

tengok masa perniagaan tu, kalau tanak kekecewaan mendalam
ni je yang ada. ketam sekoq, sotong 2 pinggan, ikan 2 ekoq, dengan keropok 7 keping. jadilah

dah kenyang, mana boleh balik lagi. awal lagi. tak remaja la. jom pergi usha pantai batu buruk. takde ape sangat pun. nak makan, dah kenyang. so lepak-lepak je tepi pantai.

sunyi, mungkin sebab weekdays

okey, boring. jom pergi chinatown. aku ada tengok dalam blog kakiberangan yang dia photog kat sini. lawa.
so, aku masukkan dalam list, tetiba masa kami sampai ada ceramah politik la pulak. maka terpaksalah skip. dengan jem sikit, ramai pulak orang. maka kitaorang usha dataran Syahbandar.

Dataran Syahbandar juga sama, kosong dan sunyi. mungkin sebab weekdays. apa kata buat la program mencanting batik ke ape ke, best jugak.

maaf, gambar huduh
belakang ni turtle alley, tak masuk sebab aku sorang masa ni
sunyi gila weh..ada la beberapa couple sedang berdeting. 
Selamat datang ke Kuala Terengganu

bosan jugak, so kami pusing carik kopitiam beraircond nak buat lepak-lepak. tak jumpe la pulak. si Fezah ni sempat la beli kain pasang kat penjual kain tepi jalan. Last-last kitaorang balik hotel je. layan WiFi. Oh, kami lepak kat DJ citipoint hotel, kategori bajet hotel la, betul-betul tengah town, dekat gila dengan stesen bas K.T. RM 89/night. bilik triple. takde breakfast, takde lift. rasain, bilik tingkat 3. tapi ada WiFi sampai dalam bilik, hot shower, TV, dekat dengan bank, kedai kain dan restoran.


bersambung



dzuli

No comments:

Post a Comment