Wednesday, May 22, 2013

Perhentian Ini- Part Finale (Kuala Terengganu)

 
Assalamualaikum.

ini episode finale. aku pun dah tak larat nak recall hehe.
*planning for new trip, tetiba ada kursus time tu , rasain*

hari last di Kuala Terengganu. Around pukul 10 pagi macam tu, kami keluar ke destinasi wajib jika ke Kuata Terengganu, iaitu Pasar Kedai Payang. legend ni.
macam-macam ada, mula-mula plan nak breakfast kat sini. tetiba dah minum milo dengan makan roti yang beli kat Perhentian tu, kenyang la pulak.

meh tengok apa ada kat sini.

haaa...bersopan santun tau, tunduk sikit
batik & sutera asli Terengganu
pakaian (kaftan, seluar pelikat) mak-mak suka ni


tudung bawal gred A (mahal ni), telekung

total lost aku kat sini tak banyak pun. aku mengamalkan terapi "destinasi bajet" dari Qi Razali. Bawak RM 300 je. hehe. so aku beli kain batik untuk mak & nenek, kain pelikat untuk abah, kudapan sikit dengan serunding. tu je. Serunding belah pantai timur femes sebab sedap & murah.
ada jugak jual keychain, FM semua, memandangkan dah beli kat Perhentian, bye jelah.
Tapi, kawan aku nan seorang tu, abis semua kedai diterjahnya. segala batik, songket, pelikat abis diborong. nasib baik naik bas, kalau naik kereta ntah-ntah segala jajan, keropok dihangkut.

Dah habis borong, kami ke destinasi seterusnya. Muzium Negeri Terengganu. sebab apa aku nak mai sini? Ini muzium terbesar di Malaysia & Asia Tenggara (kalau tak salah). perut pun dah lapar. kitaorang makan je kat kafe muzium tu. tak sedap mana, tapi bolelah. Jumpe kedai makan sepanjang jalan tapi takde parking.

Muzium ni memang best. besar gila. kitaorang tak habis pun round. ada replica kapal, rumah limas, muzium perikanan bagai. kami tour around main building tu je. kamera tak bole bawak masuk. heh
tiket masuk RM 5 je. sangat berbaloi.

tiket tu sekali dengan postcard


bentuk dia macam rumah tradisional.


lokasi iklan ADABI

panjat tangga. tinggi oh

taman kat depan

meh masuk dalam. Gambar guna kamera phone je. ada beberapa galeri macam Galeri PETRONAS, Sejarah kesultanan, artifak, macam-macam lagi. ntahla tak ingat dah.

replica pelantar minyak. kerteh mungkin

tempat favourite aku mestilah dekat tempat yang ada gambar-gambar lama KT. seronok tengok.

pasar payang masa mula-mula dibina
replica penyu. sekarang dah takde lagi
Chinatown zaman black & white.



dah habis recce, kami ke destinasi idaman kawan aku. Keropok Lekor Bukit Tok Beng. (BTB). keropok lekor yang kena amik no. giliran macam kat bank. kami tak beli pun kat yang guna nombor tu, beli dekat satu gerai kat dalam tu. keropok lekor cheese. siap beli yang dah goreng, pekena ngan the ais. peh..masyuk

tak borong banyak. sebab malas nak angkut naik bas

dah borong keropok. mari berjalan lagi. kita ke Bukit Puteri. dekat dalam Bandar K.T. dekat depan jetty syahbandar. sayangnya masa kami naik, dah tutup huhu..tengok dari bawah jelah. tapi kami jalan-jalan area Istana Maziah tu.

Jetty syahbandar. Kalau nak pergi Redang, naik bot dari sini

Bukit Puteri dari bawah.

Perkarangan Istana Maziah




menyedari hakikat kami masih belum solat, kawan aku cadangkan kami p cari Masjid Terapung/ Masjid Tengku Tengah Zahrah. masjid terapung kat tasik. nyaman gak

macam siput. dalam tasik masjid tu
lawa


dah setel solat, kami balik ke hotel semula. Bas dari K.T ke KL akan bertolak pukul 11.00 malam. so kami terpaksa sewa hotel. after 5 pm dia dah tak dikira sebagai day use, hotel akan caj per night.
pukul 7.30, Abang Lee dating amik kereta. faezah sempat lagi borong kain pasang kat kedai sebelah hotel hehe.
Around pukul 10.00, kami gerak ke stesen bas. niat nak makan kat situ je sekali semua kedai tutup. perut sangat lapar ni. akhirnya aku ngan faezah jalan kaki ke kedai makan berdekatan untuk tapau nasik.

last meal at K.T
 
Tepat pukul 11.00 malam, bas transnasional bergerak meninggalkan KT. kami membuta tak hengat, sedar-sedar dah sampai dekat genting sempah. Around 5.30 a.m kami sampai kat hentian putra. Husband Faizah dah siap tunggu. adik aku pulak dah on the way & Ean akan gerak balik Shah Alam lepas subuh.

so, berakhirlah satu percutian singkat yang sangat gila. it was so much fun. kalau ada kesempatan InsyaAllah nak travel lagi ngan mereka nih.
aku rasa this is real backpacking experience, naik bas, tido surau, makan merata-rata, berlari sana-sini. dan kami buat semua tu di MALAYSIA.

peace



dzuli

2 comments:

  1. Cuti - Cuti Malaysia.. :D
    lama tak pi ganu kite huhuhuu..

    ReplyDelete
  2. nanti balik mesia, boleh terjah ek..:-)

    ReplyDelete