Friday, May 3, 2013

Perhentian Ini

Assalamualaikum

aku baru je balik dari Island trip itu
wah wah..masih mabuk laut ngan terbayang-bayang keindahan pantai itu
serius cantik,
sebelum ni aku tak chaghe sangat pulau-pulau ni. yelah, aku ni penakut sikit bab-bab naik boat
plus, aku pun tak berapa suka acara snorkeling (aku tak reti berenang)

so, camne aku boleh sampai kat Perhentian ni?
kawan aku, Faezah ngan Ean tu. Masa kami hang out ada la terkeluar idea nak pergi cuti bersama-sama
pastu semua senyap je. Until one day salah sorang dari diorang keluarkan balik idea tu
masa tu aku tengah prepare nak pergi Indonesia
aku bagi tau kalau trip dekat-dekat aku mampu la. kalau oversea, bajet aku dah burst
then, tiba-tiba terkeluar idea...PERHENTIAN!!!!
sebab dekat Terengganu, dalam negara, kos tak tinggi and katanya one of the beautiful beaches in Malaysia.
ehem..
so mula-mula survey package. kebanyakkan pakej offer 3d 1n. kami kan rare, nak pergi 2d 1 n je.
aku survey, email apa semua
dapatlah satu pakej dari Sea Life Travel &Tours. aku jumpa dalam Mudah.my or Majalah.com ntah, (dah tak ingat)
Kami pilih berhentian kecil sebab katanya lebih happening dan mesra backpackers
aku pulak nak perhentian kecil sebab aku tau mesti ramai mat salleh kacak kat situ
pastu, alang-alang ke Perhentian, kami plan nak p merayap kat Kuala Terengganu jugak
kan aku pernah berazam untuk ripit Kuala Terengganu. so aku super excited.

so, akhirnya pada pada 27 April sehingga 30 April, our trip was a huge success. we had fun. ini boleh dikatakan trip paling gila setakat ni..hehe

simple details:

Pakej Perhentian Kecil: RM 190/person
includes boat transfer, penginapan kat Ombak Chalet (best nih !!) dan snorkeling dari pukul 10.30 pagi sampai 5.30 petang (kecut :-D)
Pengendali pakej ni pun bagus. kalau nak number or details boleh email aku.

Kuala Terengganu: Taman Tamadun Islam, Muzium Negeri, ICT (ikan celup tepung), Chinatown, Bukit Puteri, Istana Maziah,Masjid terapung, keropok lekor Bukit Tok Beng, Pantai Batu buruk,
dan penginapan kat DJ Citipoint Hotel (RM 89/night).

whole experience akan aku detailkan nanti, InsyaAllah.

Layan gambaq sikit eh..

Boatman (aku gelapkan gambo dia haha)
kt Jetty Kuala Besut. sesuatu pulak bila tgk gambar nih
Coral Bay. Perhentian Kecil
Sunset
Sunset lagi
sunset lagi dan lagi
Kampung nelayan ke apa tah namanye
3 of us
Coral Bay di tengah rembang


dzuli

2 comments:

  1. Arghh..tengok pic2 ni teringat zaman JM ke sana dulu..seronok sgt bila snorkeling :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah snorkeling mmg seronok..tapi lagi seronok kalau pandai berenang hehe

      Delete