Sunday, May 19, 2013

The Great Gatsby

Assalamualaikum

semalam aku pergi tengok movie. Filem terakhir aku tengok kat wayang ialah G.I Joe rise of the cobra ke apantah. Tak best langsung, aku tertido dalam cinema.

baru-baru ni, aku dengar dalam radio pasal movie The Great Gatsby, antara movie kutipan tertinggi di Hollywood. Ok, aku tak teruja
Then,aku dengar je pelakon dia Toby Maguire...APA!!! aku mesti pergi tengok. Terus gigil selama 2 hari sebab Alamanda tak amik movie ni. heh

selain Toby Maguire (spiderman 1 & 2) , wanita-wanita juga akan teruja kerana lead actor ialah Leonardo diCaprio. last aku tengok cerita dia berlakon ialah Catch me If you can, purba sungguh

aku bagi movie ni 8/10 sebab kena dengan taste I. Romantic, set yang cantik, sinematografi pun best. pelakon yang A. tambah pulak aku ptengok kat MBO Citta Mall, cinema dia best, tak ramai orang pun.

Awas bagi wanita yang menonton filem ini, akan akan terpersona dengan ke "gentleman" Jay Gatsby. Jangan nak berangan lelaki seperti itu wujud di dunia yang nyata, ewah.
tapi ending tidak menepati citarasa aku. hampir je aku rage dan mintak balik pulangkan duit aku balik. chaitt.

Movie ni adaptasi novel dan dikatakan dialog dia dicedok seketul-seketul dari novel karya F. Scott. Fitgeralz (aku tak kenal, mahap). set dia memang lah, latar belakang New York tahun 1922, rumah golongan elit new york. memang mantaplah. Tapi aku rasa lawak sebab lagu dia lagu baru-baru. motif ada Beyonce tahun 1922. tapi oklah, music macam tahun 1922 pun.

masih ditayangkan, boleh pergi ushar. tapi aku yakin kebanyakkan rakyat Malaysia menantikan Fast & Furious 6 kan..termasuklah I.


DiCaprio yang makin kacak sejajar dengan penuaan


dzuli

2 comments:

  1. Dah lama tak masuk panggung wayang.. :-)

    Kalau mcm ni kena masuk lah hihihhi

    ReplyDelete
  2. highly recommended...tapi if kita suka romatic fantasy-like movie la..hehe

    ReplyDelete